Followers

Saturday

MENYAHUT PANGGILAN HAJI


Mak, kakak dan abg ipar mama mengaminkan doa yang di baca kan oleh imam besar di felda lubuk merbau iaitu kg mama.



selepas selesai membaca doa, azan dilaung kan oleh tok bilal masjid pak wan dan kemudian mula berangkat


apa yang sedang di bincangkan ......... semoga perjalanan kita selamat dan dikurniakan haji yang mabrur...amin
yang sebelah tepi tu mak jang leha, kawan mak mama, tumpang mak dan kak kerana suaminya tak dapat bersama sama untuk mengerjakan haji.



gambar kenangan bersama adik lekaki tunggal mama, menantu perumpuan mak, cucu dan sebelah kakak tu suami mama.



gambar kenangan bersama sepupu - sepupu mama.



semasa saat menunggu untuk berangkat tiba tiba muncul YB Dato Ng yen Yen bertanyakan khabar dan seterusnya mengucapkan selamat jalan kepada mak dan kakak, sempat juga kami merakamkan gambar kenang-kenangan.



saat untuk bertolak - sedih bercampur gembira. Sedih kerana nak berpisah untuk sementara waktu dan gembira kerana mak dan kakak dapat menunaikan haji sepertimana yang diidam idamkan oleh mak dan kakak.



dah 29 tahun tak jumpa (selepas tamat tingkatan 5). inilah kawan study group abah masa spm dulu, kini dia seorang pengusaha ternakan lembu yang berjaya, anak mak jang leha tadi.

Sunday

NASI LEMAK PANDAN KUKUS


Oppppp soe tayang pic bwu bcoz my hubby say banyak sgt xsesory tak menarik so tayang laaa pic yg nie.lau x suka gak hemmmm tak dpt nak nolong bcoz dah licin dingaapppp






BAHAN-BAHANYA :



3 cawan beras
4 cawan santan
7 helai daun pandan (di mesin dan ambil 1/2 cawan air nya)
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 batang serai (di ketuk)
sedikit halia (di mayang)
 sedikit garam



CARA MEMBUATNYA :



1. Beras di cuci dan di rendam lebih kurang 40 minit.
2. Masukkan beras dalam loyang,campurkan ke semua
     bahan-bahan dan 2 cawan santan.
3. Masukkan 1/2 air daun pandan.
4. Kukus sekejap.apabila santan kering gaul rata dan
     tambah kan lagi 2 cawan santan tadi.
5. Kukus semula hingga masak.
 *sukatan santan adalah bergantung pada jenis beras.

Friday

MAJLIS PENUTUPAN BULAN SYAWAL PERKEP 2009..



aneka juadah yang sempat kak nab ambil..mama x sempat ambil gambar,jadi semua gambar2 ni..mama juz copy n paste ja lam blog mama..kak nab tu kawan mama..kawan blog jugak..hehehe..tq kak nab..




..ok sekarang tetamu pun semua dh datang..majlis bacaan doa di mulakan..ini adalah sebahagian kawan2 mama yang hadir..ramai jugak kawan2 yang hadir..meriah majlis petang td..sempena penutupan bulan syawal..kita syoru dulu..hehehe



..sementara menunggu tetamu yang lain datang ke perkep mama sempat lagi membelek2 majalah saji yang 2-3 tahun yang lepas..

Thursday

KEK BATIK




BAHAN BAHANNYA :-)

600gm biskut marrie (dipatah 4)
8 biji telor ayam
12 oz mentega (350 gm mamasyipah timbang ikut gm)
1/2 tin susu pekat manis (tin 505 gm tapi guna 1/2 saja tau)
150 gm gula pasir
100 gm milo
30 gm serbuk koko
50 gm nestum
1 camca teh esen vanilla
11/2 cawan air

CARA MENYEDIAKANNYA :-)


1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telor sebiji demi sebiji hingga habis.
3. Masukkan susu dan pukul hingga rata.
4. Campurkan milo, koko, nestum dan air kacau hingga
     rata dan masukkan kedlm adunan mentega tadi.
5. Masukkan kesemua adunan tadi kedlm periok
     dan masak hingga pekat.
6. Apabila adunan tadi telah pekat masukkan roti
     marie yg telah di patah 4 tadi.
7. Kacau rata2 dan tuang kedlm loyang yg beralaskan
     kertas minyak dan sapukan sedikit mentega.
8. Tekankan adunan tadi hingga rata dan simpan
     dlm peti sejuk selama 1-2 jam.
 9. Siap utk di hidangkan.





MOIST BROWNIES



Resipi ni mamasyipah cilok drpd blog teratak impian
tq moist brownies niii memang sedap kejap jer dah abisss.ni percubaan yg pertama tak sempat nak pic.seketoi jer dpt pic.lain kali wat agi laaa.

Bahan A

1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]

2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara

1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping

Bahan250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara

1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas
     secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan
     campurkan butter,Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

Sunday

MAKARONI BAKAR




BAHAN :



250 gram makaroni (rebus hingga kembang)
5 biji telur ayam
300 gram daging ayam (dipotong dadu)
2 biji ubi kentang (di potong dadu)
1 peket rempah kari daging
2 biji bawang besar (di potong dadu)
sedikit keju (mengikut cita rasa sendiri)
sedikit air
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis


CARA MEMBUAT NYA :



1. Panas kan minyak dalam kuali.tumis bawang
     besar yang di potong dadu tadi hingga kekuningan.
2. Masukkan rempah kari kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging ayam.
4. Masukkan pula kentang yang di potong dadu tadi.
     Masukkan sedikit air sekadar untuk melembutkan kentang.
5. Masukkan makaroni dan garam secukup rasa.gaul rata.
6. Pelahan kan api masukkan telur dan gaul sehingga rata.
7. Masukkan ke dalam loyang pembakar
     taburkan sedikit keju di atas nya dan bakar hingga masak.
     suhu 160' lebih kurang 20 hingga 25 minit.

Wednesday

RENDANG DENDENG PERAK

 

BAHAN-BAHAN NYA :


1 kilo daging lembu
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu gula
2o tangkai cili kering*
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
   halia dan belacan*
   sedikit air asam jawa dan garam 
   sedikit minyak untuk menumis

 semua bahan2 bertanda * di mesin halus


CARA MEMBUATNYA :

1. Daging di rebus hingga empuk dan potong nipis2.
2. Perap dengan kicap lebih kurang 1/2 jam.
3. Tumis bahan2 yang di mesin tadi hingga wangi.
4. Masukkan daging yang diperap td dan masukkan air asam jawa.
5. Masukkan gula dan garam.
6. Goreng hingga rata dan keluar minyak.

Monday

KEK LAPIS MASAM MANIS



BAHAN-BAHANNYA


10 biji telor
450 gram mentega
3 gelas gula halus
3 gelas tepong biskut tawar(roti kabin)
1 tin susu pekat(tin kecil)
hawflakes secukupnya (asam masam manis)
2 sudu teh baking powder
pewarna hijau,kuning,merah



CARA MEMBUATNYA



1. Pukul mentega dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telor satu persatu hingga habis.
3. Masaukkan pula susu pekat manis
     tepong biskut dan baking powder.
4. Adun hingga sebati.
5. Bahagi kepada 3 bahagian.Hijau, kuning
     dan merah.
6. Kukus satu senduk warna hijau bila
     masak susun hawflakes di atasnya.
7. Masukkan satu senduk warna kuning
     bila masak susun hawflakes di atasnya.
8. Kukuslah berselang seli hingga habis.



Sunday

ANAK MURID CIK GU SYARNI

dalam rmai2 tetamu yang hadir di rumah terbuka tersebut terjumpa pula salah seorng ank murid adik mama.yg tengah bertudung kelabu..melnjutkan pelajaran nya di India..bakal menjadi seorng dokter.
mak dia,bakal dokter n mama..



anak mama ngan bakal dokter di masa hadapan..

RUMAH TERBUKA HARI RAYA WARGA IPD..2009

hari ni di tmpat tnggl mama,diorng da buat rumah terbuka sempena hari raya yg masih di rasakan oleh kebanyakkan masyarakat terutama kaum melayu..
abah sedang melayan TIM.KPD.DPT.YDH_SUPT MOHAN SINGH.....
bergambar bersama PUAN AYU...
mama n abah sedang menjamu selera..
mama ngan jiran atas rumah mama..
di dewan..ramai yang menghadirkan diri..
abah cuba menarik perhatian tetamu di dewan untuk menjamah hidangan mereka..
sesi memasak pada pagi tersebut..

Saturday

CELOTEH ANAK2 ZAMAN SEKARANG

 
celotah anak2 menakan mama..
sehari seblm hari raya.


Addean: baby tau tak micheal jackson dah mati.
Baby ira: tau laa...
Addean: baby tau mana?
Baby ira: tengok dalam surat khabar.
Addean: Addean tengok dalam TV.
Tiba2 abah mencelah ,betul ka micheal jackson dah mati?
Addean dan Baby ira: betul laaa dia dah mati (menjawab dgn serentak)
Abah : mati pasai pa??
Baby ira : dia exciden.
Addean : tak la,dia sakit jantung.
tercetus la perang k3..perang mulut antara diorang..masing2 nk menang..
tp hnya 2 3 minit..hehehe
depa ni sepupu umoq dia org baru 5 thn. Ada sorang lagi asma nama dia

 anak sobri adik mama tu.depa ni kawan baik laaaa

Itulah anak2 zaman melinium

ALLAH MAHA KUASA

Allah maha kuasa.Mgkin pe yg b'laku d muka bumi ni da hikmah d sebalik nya.Kita hnya mmpu merncang.Allah yg menentukan.Adakah anda percaya dgn perkara yg pelik dan mgkin tdk masuk akal dri segi pemikiran kita sebagai hamba kpda yg maha kuasa??dan mgkin firasat pemikiran seorang saintis juga tidak mmpu memikirkan sesuatu sedalam ini.WALLAHU'ALAM. pe2 pun Allah maha kuasa.ni semua kejdian adalah kehndakNya.Allah tlah menntukan sgla nya.

..suami isteri terkejut sejadah "berdiri" sendiri..


MOHAMAD Shuhaimi Md Ilias, 26, (kanan) menceritakan kepada orang ramai mengenai kejadian sejadah berdiri secara sendiri di kediamannya di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. - Foto Rosli Ahmad


BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba "berdiri" dengan sendiri malam tadi. Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli, masing-masing berusia 26 tahun, menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira jam 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari. Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan adalah hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lalu.
"Sebelum ini kami tidak pernah berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah dan ia mula menjadi pertikaian semalam selepas arah kiblat berbeza dengan apa digunakan masjid berhampiran rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya, ketika kejadian beliau sedang memandikan anak perempuan mereka berusia dua tahun, manakala isterinya pula sedang menggosok pakaian di bilik berlakunya kejadian ganjil itu. Mohamad Shuhaimi berkata, beliau yang menghamparkan sejadah itu di bilik berkenaan sebelum memandikan anaknya dan tiba-tiba dipanggil oleh Zainab yang berada dalam keadaan ketakutan serta terkejut.
"Isteri beritahu sejadah dihamparkan tadi berdiri secara sendiri ketika dia hendak mengambil pakaian untuk digosok. Saya yang bergegas ke bilik itu terkejut melihatnya. "Saya bertanya kepada isteri saya sama ada dia ada terkuis sejadah terbabit dengan menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya "berdiri" tetapi dia menafikannya dengan mengatakan ia berdiri secara sendiri," katanya. Katanya, beliau menganggap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri dan berkemungkinan hendak memberitahu keluarganya mengenai arah kiblat yang sebenarnya. Kejadian itu menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri sejadah "berdiri" berkenaan. - Bernama

..koleksi yang abah dapat..








Friday

ANAK2 SAUDARA MAMA

ank adik bongsu..sofea..



ank adik bongsu..adddean..



ank adik sobri..abg mie..


ank2 dara..gadis melayu terakhir..hehehe..


..adik mama,sobri ngan ank menakan..bby ira dn addean..


..antara ank menakan mama yg besar..blkang dari kiri..angah tika,angah zuria n along nadia..dan di depan dari kiri..along fizi dan abg mie..

Thursday

ADAK BERADIK MAMA...1 SYAWAL. 2009

mama da 5 adik berdik..4 girl,1 boy..hehehe..mama ank yg k2..yg sulong kakak..k3,laki..k4 n k5..adk prmpuan..suma dh mendirikan rumah tngga..
koleksi gmbaq kakak mama xdk la..sebab kak mama tu raya di perlis..lepas sembahyang rya bru kak balik kg..rya bersama..tp mama x t'ingat nk ambil gmbaq la plak..lagi pun kak skrg sibuk
melengkap kn persiapan untuk ke tanah suci mekah pd thn ni..kak pegi dgn suami tercinta dan mak mama..doakan keselamatan pegi balik diorg..nama kak..rogayah,45 thn.seorg juru tknik pergigian di klinik kerajaan smpang 4,perlis....tkang buat gigi palsu..hehehe..suami azizin sarip..seorg kontraktor..spa2 nk buat rumah..calling2 la yo.hehehe.kak da 3 org ank..1 girl 2 boy..yg sulung dh kwen..dh da sorng ank..

..ni family adik mama yg k3..dia la stu2 nya adk laki mama..sobri..seorng tauke daging..sesiapa yg nk uat korban??akikah??knduri kwen??bleh ode daging kt adk mama ni..hehehe..tinggal di kg..blkang rumah mak..da 4 org ank..ank sulung,mohd zluhilmi 19 thn..ank k2.mohd zulakmal 15 thn..xdak dlm gmbaq..sibok kutip duit raya kot..hehe..ank k3 izzatul nur ain 11 thn..ank bongsu ezzatul hanida 6 thn..perasan x is3 adk mama ni xdak??hehehe..adik ipar mama,rohani saad.hnya seorng suri rumah tngga sepenuh masa..tgh sibok layan tetamu..ramai dtang rumah..so x boleh nk terjah dia..


..ni lak adik mama yg k4..che solehah..ngan fmly tercinta..seorng suri rumah tngga sepenuh masa..tinggal di kuarters polis farlim air itam..ank sulng,nadia 18 thn..stdy kat matrikulasi kedah..ank k2 atika 16 thn..ank k3 alif syazwan 10 thn..ank bongsu,nadira 5 thn..adik ipar mama sorng ni plak alias,sorng angota polis..


..fmly adik mama bersama mak tercinta..


..kuarga adik mama yang bongsu..noor syarni..bersama dengn suami dan ank2 tercinta..ank sulung,addean nuqman 5 thn..ank dara kecik..hehe..adreana sofea 1thn 9 bln..adik mama ni seorng guru fizik..mengajar di sek.men sains sri puteri KL..suami dia pula saiful jemaat seorng ezecutive di sbuah syarikay di kl..


..kasih seorang ayah kepada ank nya..hehehe..adegan romantik antra diorang..

1 SYAWAL..2009

di pagi syawal..selepas sembahyang raya..mama ngan family mula kan la ngan sesi fotografy..hehehe..ngan perut belum isi..excited nk bergambar..yela..raya kn setahun sekali..

..kasih mama ngan abah..



..mama ngan family tersayang..


..mama,abah ngan ank sulong..


..mama,abah ngan anak k2 mama..

..mama,abah ngan ank bongsu mama..
Related Posts with Thumbnails