Followers

Thursday

CHOCOLATE MOIST CAKE ROSE GANACHE


Chocolate moist cake rose ganache.
sesiapa nak tempah boleh laa hubungi mamasyipah yer...


Thursday

STRAWBERRY LAYER CAKE

   
Selamat ulang tahun perkahwinan abah ngan mama yang ke 24 tahun. Semoga panjang umur , murah rezeki dan beroleh kebahagiaan didunia dan Akhirat.
may god bless you
 Sumber : Hana memories

  Syrup (Mama tak buat)

  30g gula
  60ml air panas
  satukan bahan hingga gula larut
      Cream/Filling



      400ml whipping cream ( non dairy whipping cream @ fresh cream )
      30g gula
      300g strawberry - separuh potong dan separuh hiasan
        cocktail in syirup secukupnya

      CARA MENYEDIAKANNYA :-

            1. Untuk membuat filling - Putar whipping cream
                dan juga gula hingga putih gebu. Jangan over
                mix yer.. ketepikan. *jika guna non diary whipping
                cream rasanya tak perlu tmbh gula sbb dah ada gula.
                rujuk link di atas.
           2.  Bila kek dah sejuk, belah tengah kepada dua/tiga bahagian.
           3. Sapukan atas kek dengan syrup menggunakan brush
                hingga lembab. (mama tak buat step ni).
                Kemudian sapukan cream.
           4. Taburkan strawberry yg telah dipotong dua dan cocktail.
                Letak lagi cream menutupi strawberry.
           5. Tutupkan lagi dgn kek. dan ulang langkah
                tadi (sapu syrup dan buh cream).
           6. Jika buat dua lapis, memadai sekali sajer sapu
                syrup, cream dan stroberi.
           7. Sapu keliling kek dengan cream. dan hiaskan ikut suka.
               Sejukkan baru potong


        Sponge cake

        BAHAN BAHANNYA :-

        Bahan A

        300 grm sponge mix
        300 grm telor (5 biji telur gred A)
        60 ml air

        Bahan B

        60 ml butter yang telah dicairkan (sejukkan) 

        CARA MENYEDIAKANNYA :-

        1. Masukkan bahan A kedalam mixer dan kacau 
            hingga sebati dengan kelajuan yang tinggi.
        2. Pukul bancuhan sehingga kembang berkrim.
        3. Campurkan bahan B perlahan lahandan bancuh
             hingga sekata.
        4. Tuangkan campuran kek kedalam acuan bersaiz
         9 inci yang sudah digriskan dengan marjerin.
        5. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan pada
            suhu 180c selama 30 - 35 minit.
        6.Setelah masak telanggkupkan kek keatas rak kek
            selama 5 minit dan terbalikkan semula kek itu.
            Ini untuk menghalang kek daripada tenggelam
            di bahagian tengah.

        Tuesday

        KEK HANTARAN


        Kek hantaran tempahan Dilla untuk majlis perkahwinannya pada 18hb Dec 2010. Selamat pengantin baru buat Dilla dan khairy. Semoga bahagia selalu hendaknya..


        BUAH BUAHAN MEJA PENGANTIN

        Buah buahan di meja pengantin ni anak mama yang buat. Atas pemintaan tuan rumah nak yang simple2 ja...

        PANDAN LAYER KEK


        Pandan layer kek tempahan dari asma untuk hari lahir Ibu mertuanya. Terima kasih banyak2 semoga berpuas hati. Selamat hari lahir buat ibu mertua asma moga sihat2 selalu dan bahagia dunia akhirat.. Amin...

        CUTI2 DI LANGKAWI














        Thursday

        BIRTHDAY CAKE



        Selamat hari lahir Aiman, Aidil dan Aizam semoga mendapat kesenangan di dunia dan Akhirat Amin...



        Tiga biji kek di tempah oleh kawan sepejabat hubby untuk 3 orang anak yang kebetulan sambut haji lahir pada bulan Disember. Pertama kali terima tempahan steam buttercream selepas berguru dengan ana raman. Alhamdulillah dapat buat dengan sempurna tapi bunga rose kurang cantik sikit. Dia orang nak buat tiga tingkat dan minta mama tanda tempat nak letak stand cake, tu la nampak beserabut sikit...harap dia orang puas hati..al- maklum la kan pertama kali ..

        Wednesday

        KEK CHIFFON PANDAN


        Terima kasih pada yatie jb kerna kongsi resipi ni. Betul la kata yatie kek ni memang sedap. Mama suka sangat2 sebab kek ni bukan saja lembut tapi lembab. Anak mama yang tak suka kek chiffon pun cakap sedap laaa kek ni. Mula2 dia tengok jaa kek ni atas meja, langsung dia tak sentuh tapi bila mama cakap sedap baru laa dia cubit sikit jaa nak rasa katanya, lepas tu laju laa pula dia makan sedap katanya. Lain kali boleh buat lagi laaa... 


        sumber :- yatie jb 


        BAHAN BAHANNYA :-
        Acuan chiffon 22 cm  

        Bahan A

        * 6 biji kuning telur
        * 2/3 cawan minyak Mazola
        * 2/3 cawan santan pekat
        * ½ sudu kecil garam
        * 1 cawan gula pasir
        * pewarna hijau dan perisa pandan
        * 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
        * 2 sudu kecil baking powder* diayak

        Bahan B

        * 6 biji putih telur
        * 1/2 cawan gula pasir
        * 1 sudu kecil cream of tar tar

        CARA MENYEDIAKANNYA :-

        Bahan (A): 


        1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau.
           ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
        2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan
            dan kacau lagi.
        3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama 
            baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu


        .Bahan (B) :- 

        1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
        2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi
            hingga kembang.
        4.  Masukkan cream of tar tar. 
             Pukul lagi hingga betul2 kembang,
             jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
        5. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam
            bahan A sedikit demi sedikit....guna 
            spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
        6. Tuang adunan ke dalam periuk lubang..
             tak perlu di lenser.
        7. Setelah siap, hentakkan beberapa kali
            dan bakar selama 45-50 minit 175c.
        8. Setelah masak, angkat kek dan terus
            terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
        9. Setelah sejuk, boleh lah dipotong dan hidangkan.




        lembut lembab dan gebu jaa kek ni...



        Jemput makan kawan2 semua...


        Related Posts with Thumbnails