Followers

Wednesday

DAGING BLACK PEPPER

MySpace


hidangn tengahri td.


 

resipi ni mama ambil dari umah hana.Tq hana minta halal yer
mama letak resipi ni kat cni untuk rujukkan mama dan anak2 mama di masa akan datang.Jom kita tengok resipi kat bawah nii



BAHAN BAHANNYA


500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg di tumbuk kasar-lebihkan jika ingin pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 sb sos lada hitam (mama tambah sendiri)
1 cawan air (mama lebihkan ckit anak2 suka makan kuah)
1 sb tepung jagung yg di bancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus
1 sb gula
 minyak utk menggoreng


CARA MENYEDIAKANNYA


1.  Potong daging nipis2 dgn cara melawan urat supaya daging tidak liat.
2.  Bersihkan dan tos kan selama 1 jam   atau lebih supaya tidak
      mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
3.  Potong panjang kedua2 lada.
4.  Panaskan minyak.Seboleh2nya gunakan minyak yg banyak dan
      menggunakan api yg kuat sprt yg di tunjukkan oleh chef asal
      supaya daging itu tak perlu di goreng dgn lama.
5.  Goreng daging lebih kurang 3-4 minit sambil di kacau
      supaya rata masaknya dan angkat.
6.  Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj.
7.  Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi
     dan masukkan lada merah.Lepas itu masukkan kicap manis,
     sos tiram,garam dan gula.Kacau sebati.
8.  Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkam air.
9.  Sekiranya ingin lebih kuah,lebihkan sukatan air.
10 Biar mendidih,barulah dimasukkan lada benggala dan
      bancuhan air tepung jagung.Biarkan mendidih.
11. Bila dah agak pekat bolehlah di padamkan api dan
      hidangkan panas2 dgn nasi putih.
Peringatan:Garam tak perlu letak byk2 kerana dah pun masin dari kicap dan sos tiram.

Monday

TIWUL AYU

Tiwul ayu ku yg tak berapa ayu.Tiwul Ayu nii sepupu sepapat ngan puteri Ayu.

Assalamualaikum dan salam satu malaysia buat semua rakan tak kira dimana jua berada.Lama sudah tak jenguk kat umah sendiri.Hari nii ari minggu tak tau nak buat pa,ronda2 kat umah kwn2 jumpa resipi TIWUL AYU.Nampak cantik jer memang ayu.Tengok bhn2 semuanya da,nak bikin pun sng jer jadi mama cubalah buat,hasilnya tak mengecewakan.Tapi tak laa seayu tuan punya resipi tuu.Pa2 pun tq laa mama kastam tioman .Minta izin ya mama copy resipi ni utk rujukkan mama dan anak2 dimasa akan dtg.Kpd kwn2 yg nak cuba buat resipinya ada kat bawah nii.



BAHAN BAHANNYA

3 biji telur
200 gm gula melaka di hiris
1 sudu teh ovelette
300 gm tepong gandum
50 gm gula caster
140 gm susu segar


INTI KELAPA PUTIH


1/2 biji kelapa parut putih
1 sudu teh tepong ubi
1 sudu teh garam


CARA CARANYA


1. Putar telor + gula melaka + gula caster + ovelette sehingga betul2 kembang.
2. Masukan tepong berselangseli dengan susu segar, putar sehingga sebati.
3. Inti kelapa - satukan semua, gaul rata.
4. Sapu acuan dengan minyak, isi inti kelapa, tekan sehingga kemas.
5. Tuang adunan, kukus selama 5 minit





 ni lah rupa kuih tiyul ayu yg mama bikin semalam.resipinya mama dapat daripada mama kastam tioman.sedap kuih nii gebu gebus gitu anak2 suka sebab tak terlalu manis.terima kasih kepada yg empunya resipi.

WATER ROUX



Water roux nii mama buat semalam rasanya nak merotilah pula, tuu pun kalau angin ghajin tuu datang kalau tak kau duduk laa dam esbox tuu.nasib kau laa water roux oii.resipi ni mama ambil kat umah Cik Mat Gebu tuuu, siapa yg tak pi umah dia rugi tau macam2 ada .Best laa, pa2 pun tq cik mat kongsi resipi nii.Selalu nengok resipi roti guna Water roux,terpikir2 gak apa ke benda tuu.tapi skrg dah ada resipinya ingin lak nak cuba buat roti. minta halal ya cik mat mama letak resipi kat umah mama,bukannya pa nak buat panduan dimasa akan datang.jom tenguk resipi kat bawah ni tau p umah cik mat tuu.


WATER ROUX


BAHAN BAHANNYA

50 gm tepung gandum
250 ml air

CARA MEMBUATNYA

1.Satukan semua bahan2 diatas.
2.Kacau rata2 dan jerang diatas api yang pelahan sambil di kacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji.
3.Matikan api.
4.Sejukkan.Guna seperti yg di syorkan dalam resipi .
4.Selebihnya tutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti ais.Tahan selama 3 hari.
Related Posts with Thumbnails