Followers

Monday

kek pandan

 
KEK PANDAN KELAPA 
 
BAHAN- BAHANNYA :-)

250 gram mentega 
250 gram tepung kek 
1 sudu the serbuk penaik 
200 gram gula kastor 
100 gram santan 
50 gram kelapa parut kering 
4 biji telur gred A 
1 sudu the pes pandan 
1 sudu teh pewarna hijau epal 
Sedikit garam 

CARA MENYEDIAKANNYA :-) 

1. Pukul mentega,gula dan garam sehingga kembang dan putih.
2. Masukan telur sambil di pukul 
3. Kemudian masukkan kelapa kering, pewarna hijau
    dan perisa pandan kacau hingga rata  
4. Seterusnya masukkan tepung sedikit sambil dikacau 
    berselang seli dgn santan hingga sebati.
5. Tuang adunan kedalam acuan.
6. Dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah. 

KELAS MASAK PERKEP JUMAAT 10.7.2009

1 comments:

sunkist said...

nampak gebu je kek tu mama.. bak mai sini sepotong hehe

Related Posts with Thumbnails