Followers

Monday

COKLAT

Coklat hantaran Tempahan dari Nooraziah. Terima kasih banyak2


APAM POLKADOT - TEMPAHAN


Apam polkadot 2730 pcs. 30 pcs satu pack.Tempahan dari BANK RAKYAT sempena hari guru. Terima kasih pada ana kerna memberi semangat dan kepercayaan pada mama utk meneruskan projek ni..

KUIH KETAYAP / KUIH DADAR

Tempahan dari Nakotik IPD. 150 pcs kuih badak dan ketayap. Kuih badak tak sempat ambil gambar. Terima kasih 

Sunday

APAM POLKADOT - TEMPAHAN








KEK COKLAT KUKUS


Tempahan Kak Sakyah untuk majlis merisik besok pagi. Minta buat deco paling simple.Harap kak puas hati ya. Terima kasih banyak2 .
Sumber :- maz ilham dapur
BAHAN BAHANNYA :-)

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko - kita guna serbuk koko vanhouten
1 cawan susu cair 
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap) 

1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder 
1 tsp soda bicarbonate 

3 biji telur

CARA MENYEDIAKANNYA :-)


1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak
     ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil
     sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.
     Tepung, sodabiakrbonat dan baking powder di ayak.Telur dipukul 
     kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul 
     sebatidan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm
    1/2 acuan je) Tutup acuandng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam 
     baru angkat dan sejuk kan.

TOPPING COKLAT :- Noor Masri


BAHAN BAHANNYA :-)

250 g coklat masakan } potong kecil2 

1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream 

sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt)
optional (kita ganti dgn susu pekat)


CARA MENYEDIAKANNYA :-)


Cairkan coklat secara double-boiler. Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan. Hias mengikut cita rasa masing2.



Tuesday

BLENDED ORANGE CAKE




sumber : Azlita Aziz
BAHAN BAHANNYA :- ( loyang 9 inc )


1 bji buah limau 
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - ita letak 1 1/2 cwn
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
1 sudu besar orange sunquic
sedikit pewarna oren

CARA MENYEDIAKANNYA :-


1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan
    urat putih di tengah2.
2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
3. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan 

    telur dan kisar hingga halus.
4.Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan 

    masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
5.Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
6. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.


KEK SPAN BUTTERCREAM



Sumber: Chef James Phang
BAHAN BAHANYA :-

40 gram butter (dicair dan sejukkan )
40 ml minyak jagung
5 biji telor (gred B ) atau 250 gm telor
250 gram sponge mix
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh golden sirap
60 ml air ais
sedikit garam 

CARA MEMBUATNYA :-

1. Cairkan butter biarkan sejuk kemudian masukkan
     minyak jagung. Ketepikan.
2. Putarkan sponge mix dan telur hingga sebati.
3. Masukkan pula air sejuk sedikit demi sedikit 
     hingga habis.
4. Kemudian masukkan butter dan minyak jagung
     tadi dan putar hingga kembang dan putih.

5. Akhir sekali masukkan golden sirap esen vanilla 
     dan garam putar hingga sebati.
6. Bakar dalam oven dengan suhu 160-170 darjah 
     hingga masak.

    
Related Posts with Thumbnails