Followers

Thursday

PAU KACANG MERAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan2. Mama buat kuih pau untuk juadah berbuka petang tadi. Sebenarnya kuih pau ni mama guna resipi yang selalu mama buat tu. Selalunya mama buat sendiri inti kacang merah. Tapi hari ni mama guna inti kacang merah yang readymade ja. Kak wan (cita rasawan) ada bagitau  inti readymade halus cantik jaa, so mama cuba la betul kata kak wan tu, lepas ni senang la nak buat bun inti kacang pula. Tapi pada kawan2 yang rajin boleh la buat sendiri kan.



Tak lengkap pula rasanya bila tak letak resipi kat sini. Jom kita tengok kat bawah ni


BAHAN BAHAN

500 gram tepung pau / tepung hong kong
5 sudu besar gula kastor
1/2 sudu besar shortening
1/2 sudu besar softener
1 sudu teh double action
1 sudu teh yis kering
250 ml air (260 ml mama tambah)
inti kacang merah secukup nya


CARA MEMBUAT PAU :-

1. Campurkan kesemua bahan A dan uli
      sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
2. Timbang adunan setiap satu seberat 50 gram.
3. Bulat kan adunan sehingga licin permukaan nya.
4. Masukkan sedikit inti dan bulatkan kembali.
5. Alas kan pau dengan kertas putih.
     biarkan adunan selama setengah jam.
6. Kukus sehingga masak lebih kurang 15 minit.
     Mama kukus 2 minit jaa

Untuk mengelakkan pau berkedut2 ,selepas kukus selama 15 minit , tutup api dapur kemudian buka sedikit saja penutup periok kukus tu untuk keluarkan wap sekejap jaa , lepas tu baru lah buka penutup tu keseluruhannya dan keluarkan pau tadi



Kuih Pau tengah posing dengan periuk pengukus  mama yang baru. Sekejap ja guna pengukus ni, 2 minit dah siap masak 8 biji pau. Pengukus ni 2 tingkat, mama buat 1/2 kilo tepung 2 kali kukus. kejap ja kaaan. Kempen jangan tak kempen, Kepada kawan2 yang nak order tu boleh la order sekarang.

AYAM BEREMPAH


  Kak Nur dan Ika minta izin yeaa letak resipi kat blog mama, terima kasih pada mereka berdua kerna kongsi resipi yang sedap ni.


BAHAN BAHAN

1 ekor ayam dicuci bersih dan di potong lapan atau mengikut
   cita rasa sendiri sedikit kunyit utk menggorengkan ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
200 ml santan
3 biji bawang besar di kisar (mengikut saiz pada bawang)
4 ulas bawang putih di kisar
6 cm halia di kisar
4 batang serai di kisar
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
garam secukup nya
sedikit gula (Nur tak letak) mama letak 2 sudu jaa
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
Minyak masak untuk menumis

CARA CARA

1. Ayam digaulkan bersama kunyit, garam dan
     goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang
     di kisar bersama rempah kari dan cili kisar hingga naik bau nya.
3. Masukkan santan, garam, asam keping dan juga ayam.
4. Kacau rata dan biarkan kuah menjadi pekat.
5. Akhir sekali masukkan buah tomato jika suka.





Tuesday

DONUT SURIA


Asslamualaikum dan salam sejahtera semua kawan2 dah minum petang ke. Jom kita minum sama2. Petang ni mama buat Donat suria. Mama tengok ramai kawan2 buat donat suria ni lembut jaa. Memang betul la hasil tak mengecewakan. Terima kasih pada tuan empunya resipi kerna sudi kongsi resipi yang senang ni. mama dapat resipi ni dari rumah hana seperti biasa minta izin letak resipi dekat blog mama.



DONUT SURIA

By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net


Bahan A

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula caster
** I like this count of threes....senang ingat!!!! - aku setuju!! hihihi

Bahan B

200ml air suam
2 sudu teh instant yeast
=> 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
 
Kaedah penyediaan

1. Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan
     Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu.
     Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
2. Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
3. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
5. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

Saturday

PANDAN LAYER CAKE





BAHAN BAHANYA : -

 bahan untuk kek

40 gm butter (dicair dan sejukkan)
35 ml minyak jagung
250 gm sponge mix
4 biji telor (gred A) @250 ml
100 air daun pandan
sedikit garam (tak letak pun boleh)
sedikit kelapa kering utk hiasan

 
CARA MENYEDIAKAN KEK : -

1. Telur dan sponge dipukul hingga kembang.
2. Masukkan air daun pandan dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan butter dan minyak jagung pukul lagi
     hingga sebati.
4. Masukkan adunan dalam loyang bulat 10'' yang
     telah dialas dengan kertas minyak dan
     disapukan marjerin.
5. Bakar pada suhu 170C selama 40-45 minit
     atau sehingga masak.
6. Biarkan sejuk, kemudian potong kek
     sebanyak 3 lapisan.
7. Gunakan loyang yang bakar kek tadi masukkan
     satu bahagian puding diikuti dengan satu lapisan kek.
8. Lakukan proses ini berselang seli hingga habis.
     Biarkan sejuk barulah dipotong.

BAHAN BAHAN PUDING :-

128 gm hoen kwee flour*
15 gm agar agar powder*
380 ml santan*
1200 ml air pandan*
sedikit pewarna hijau*
sedikit garam*
5 biji telur
330 gm gula kastor
30 gm marjerin

CARA MENYEDIAKANYA :-

1. Campurkan bahan2 yang bertanda (*) dalam periuk
     dengan menggunakan api yang perlahan kacau
     hingga sebati.
2. Kemudian masuk gula, telur dan marjerin.
3. Adunan ini henaklah dikacau selalu supaya tidak berketul2.
4. Masak adunan ini hingga berkilat atau sehingga masak.
5. Bahagi adunan ini kepada 4 bahagian.
6. Lakukan proses melapis ketika adunan ini masih panas
     dengan kek hingga selesai.
    Sejukan dahulu, keluarkan dari loyang dan taburkan
    kelapa kering.Siap boleh dipotong untuk di hidangkan. 

Friday

ROTI CICAH KAYA...


Sumber Cik Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)


3 biji telur
300 ml pati santan (nak sedap guna santan segar)
180 g gula pasir (resipi asal 240g)
2 helai daun pandan
60 g gula pasir*
125 air panas*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Masak gula hingga perang, dengan berhati2 masukkan air
panas kacau rata dan matikan api. Biar suam.
2. Satukan telur, gula pasir dan pati santan. Kacau rata hingga
gula larut dan tapis. Tuang 1/2 adunan ke dalam karamel
tadi dan kacau pantas dengan whisk. Kemudian, bancuhan
karamel tadi tuang kembali ke dalam bancuhan telur dan
kacau rata2.
3. Alih ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan jerang atas
api kecik sambil dikacau sentiasa hingga bancuhan pekat dan
berkilat. Mati kan api, angkat dan sejukkan.
Simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka
hayat seri kaya tadi.

Jangan lupa keluarkan daun pandan....



Sumber Hana
Bahan-bahan

250g tepung roti
11/2 sudu kecil dry yis
2 sudu besar marjerin@butter@shortening
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu - hana lebihkan sket
150ml susu segar @ air suam
2 sudu besar water roux
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

Cara jika Menggunakan Tangan

1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.
2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.

Cara BreadMaker

1.Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.
3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. Gliss mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari.

Wednesday

PANCAKE

Sumber : Dayang Jack



BAHAN-BAHAN NYA :

3 sudu besar butter-dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe secubit garam


CARA MEMBUAT NYA :


1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat

Monday

HAPPY MOTHER'S DAY


..HAPPY MOTHER'S DAY..

kepada kawan2 mama,
tak terasa lambat lagi untuk raikan hari ibu.
so,sila lah ambil kad ni tanda penghargaan.

Sunday

KAD DARI KAWAN2 = HAPPY MOTHER'S DAY



Dari Izah daut


dari maz : dapur maz

Dari Cik Mat Gebu

Dari Kak Ummi

Dari Yatie
Dari Love2 Cook

TANDA PERSAHABATAN DARI NJ

Bunga rose tanda persahabatan dari NJ. Dah lama NJ bagi bunga ni baru hari sempat letak kat blog mama.Terima kasih NJ moga persahabatan kita berpanjangan Amin...

AWARD DARI YATIE



Ketiga2 award ni dari yatie dah lama yati bagi
ni...baru hari ni gantung kat blog mama.Terima kasih
yatie bagi award ni dekat mama.

Friday

TANGZHONG PANDAN BUN


Tangzhong pandan bun : Sumber Hana



Kawan2 yang nak tengok resipi asal boleh pergi dekat blog Hana yang tinggal kat Jepun tu. Tapi bukan orang Jepun tau, Orang Malaya juga. Eh eh lama tak dengar perkataan Malaya. Dulu2 orang Sarawak panggil orang semenanjug ni dengan panggilan orang Malaya.Tapi apa2 pun sama juga kan.. Jom pergi blog hana, sana macam2 ada, kalau tak percaya pergi la tengok rugi kalau tak pergi sana....




Terima kasih banyak2 laa Hana resipi roti yang tersangat lembut dan sedap ni..
Seperti biasa la mama minta izin letak resipi roti dekat blog mama..



BAHAN BAHANNYA

200g tepung roti
50g gula
2g garam
1 sk bread improver
4g yis kering
1 biji kuning telur @ 1/2 biji telur
50ml fresh milk (campur ngan santan pekat sedikit)
50g water roux @ tanzhong
30g butter
pandan emulco

CARA CARANYA

1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker
    dan pilih menu Dough dan ONkan. Tunggu sehingga siap.
    Jika menggunakan kaedah uli tangan, uli sehingga
    menjadi doh yg elastik.
2. Perap doh hingga naik 2 kali ganda.
3. Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Uli sekejap.
4. Bahagikan doh bolat2 yg kecil. Susun ke dalam loyang.
    Tunggu hingga doh naik sekali ganda lagi.
5. Panaskan oven. Bakar suhu 175 selama 23min
     atau hingga keperangan.
6. Keluar dr oven sapukan butter dan sejukkan di atas redai.

HASIL KERAS TANGAN MAMA


..percubaan yang pertama BIRTHDAY CAKE angah..

Petang kelmarin mama buat kek untuk anak dara mama. Sebenarnya mama ni kalau bab2 buat kek ni memang  hancuuuussss, tapi cik abang selalu bagi semangat kalau tak jadi cuba dan cuba lama2 ok la. Lagi pun buat untuk makan2 kat umah ja. Jadi hari ni sahut cabaran cik abang. Tengok dalam youtube dia tunjuk buat aising kek tu senang ja.Tapi bila cuba buat sendiri aduuuhh susah teramat2. Nak siapkan sebiji kek ni makan masa berjam2. Tiba pula giliran nak buat bunga rose tu lagi la susah. Tak jadi bunga rose pun... hentam ja laa. Mama buat juga hingga selesai sambil cakap sorang2 macamana la kawan2 yang ambil tempahan kek  eeee tak sanggup mungkin dia orang tu lama mengikuti kelas membuat kek dan dah menjadi pro.Nak aising kek ni kena banyak sabar. Syabas mama ucapkan pada kawan2 yg berjaya dalam bab2 aising memgaising ni yeaa. Tapi mama ni pun pro juga perosak la jawabnya. Selamat hari lahir buat angah. Mama, abah, along dan adik Doakan Semoga  Angah berjaya didunia dan akhirat.Amin... Pada 26.6.2010 nanti angah akan melaporkan diri dikampus UiTM Alor Gajah Melaka. ingat pesan abah mama belajar sungguh2 sehingga mencapai cita-cita yang di idam-idam kan. kami semua mendoa kan kejayaan angah. ingat, pelajaran amat penting menentukan masa depan kita. kejayaan angah kejayaan keluarga. Amin....

Thursday

HOMEMADE POPCORN


..RESEPI DARI HANA,TQ..

Bahan-bahan


1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya- ada jual d pasaraya
garam secukup rasa
Karamel
1 sudu mentega/margerin
3 sudu besar gula pasir (ikut suka byk mana pop corn yg ada)

Cara-cara

1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn.
4. Taburkan garam secukupnye. - jika wat perisa ori.
5. Utk perasa karamel - panaskan butter/marjerin, masukkan gula.. hana tmbh skit madu. kacau hingga gula agak2 hangus. api jgn besar yer! tkt hangit! tutup api.pastu masukkan popcorn yg dh siap tadi. kacau rata. siap!

to : dik rhea..


..buat dik kcik mlek yg jauh nun d'sna..

" happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to dik rhea..
happy birthday to youuuu.."

 so mama nya. amek la teddy bear ni utk ank kmoo yerk.

moga menjadi ank yg solehah..aminnn..

Wednesday

ACAR IKAN

Sumber majalah

BAHAN BAHAN

2 ekor selar(mama guna ikan ikan kembong)
1 cawan air asam (mama guna 3 sudu cuka t 1/2 cwn air)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji buah tomato (mama guna tomato ceri)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau* (letak cili padi hijau)
1 biji bawang besar*
* di kisar

CARA MENYEDIAKAN : =

1. Ikan di goreng sehingga kekuningan.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Bila sudah agak layu,masukkan cuka t air tadi  
     buah tomato dan serbuk kunyit.
4. Apabila mendidih, masukkan ikan dan garam secukup rasa.
     gaul rata, siap untuk di hidang.

AWARD DARI KAKSU

Terima kaseh banyak2 kak su bagi Award ni dekat mama.Sebenarnya dah lama kak su bagi Award ni. Hari baru mama letak dekat sini. Maaf ya kak su. Mama amat hargai pemberian dari kawan2 semua. Semoga
persahabatan kita berpanjangan.

Tuesday

INI PUN DARI KAK SU JUGA...

Salam buat semua. Hari ni mama berpeluang gantung Award  pemberian dari kak su. Terima kasih banyak2 ya kak su.Award pro memasak eh.. pro ke mama ni memasak, tak ada la biasa ja mama ni.. masak untuk keluarga boleh la.. Ok la nak kena jawab dulu ni..


3 jenis lauk pauk yang suka dimasak

    * Asam pedas
    * Kari (tak kira kari apa pun)
    * Sambal tumis

3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
     * Som som pandan
     * aiskrim kacang merah
     * puding roti

3 jenis biskut kegemaran time raya
      * Tart nenas
      * biskut kacang
      * biskut cornflakes

Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak
     Tak tau pula nak bagi dekat siapa2 sebab semua kawan2
      mama ni rajin dan pandai masak.

Ok dah siap pun...

SOM SOM PANDAN




Resipi dari blog hana. Terima kasih hana mama minta izin letak resipi dekat sini. 

BAHAN BAHAN

100 g tepung beras
100 g tepung jagung
1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau (opt)

SIRAP GULA MELAKA
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

CARA MEMBUAT NYA
 
1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.
    Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

SARAWAK GRILLED CHICKEN WINGS


Sarawak Grilled Chicken Wings. Resipi dari hana. Terima kasih Hana seperti biasa minta izin letak resipi kat sini.


BAHAN BAHANYA


• 8 pieces kepak ayam
• 2-3 inci halia - parut
• 2 ulas bwg putih - parut
• 3 sudu makan cili kisar
• 1 sk serbuk lada putih
• 2-3 sudu makan madu
• 2-3 titik pewarna merah
• garam

CARA CARA MENYEDIAKANYA

• Gaul semua bahan dan perap 1-2jam atau semalaman.
• Grill@bakar hingga masak.
• Sedia dihidang.

Monday

SAMBAL BENDI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan2 semua. Apa khabar, harap2 sihat semuanya. Sambal bendi resipi  mama dapat dari blog Cik Mat Gebu tu siapa lagi. Masakan hari ni dapat pujian dari pada cik abang. Satu kelainan walaupun ringkas tapi sedap, ada rasa masam,manis dan masin semua cukup. Ok la Cik Mat mama minta izin letak resipi kat blog mama, minta halal ya. Resipi boleh tengok di sini juga yea.



BAHAN-BAHANNYA :-)


15 biji bendi, pilih yang muda
1 biji bawang besar, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 biji tomato (mama guna tomato ceri)
10 - 15 ekor udang sederhana besar (udg kecil ja )
3 - 4 biji limau kasturi, perah jusnya
3/4 camca besar gula melaka
Garam scukup rasa
2 biji cili merah*
3 biji cili padi (optional)* (cili padi hijau)
2 ulas bawang putih*
3/4 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk hancur)

CARA MEMBUATNYA :-)


1. Bendi direbus dalam air mendidih yang ditambah
      sedikit garam, hingga lembut. Toskan bendi dan
      rendam dalam air batu, bila sejuk, keringkan dengan
      paper towel..dan hiris serong, tapi jangan terlalu nipis.
      Udang dibuang kulit, kecuali ekor, buang urat belakang
     dan celur 2 minit, toskan. Tomato dibelah dua, buang bijinya.
     1/2 biji di hiris halus dan setengah lagi potong kasar. Ketepikan.
2. Masukkan tomato yang dipotong kasar, gula melaka
     dan sedikit garam bersama bahan tumbuk hancur.
     Terus menumbuk hingga semua bahan2 sebati.
3. Dalam satu bekas, satukan udang, bendi, bunga kantan hiris,
      bawang besar, baki tomato dan bahan no. 2. Gaul rata2
      dan tambah jus limau kasturi secukupnya. Rasa dan jika
      ok boleh hidangkan segera sebagai pembuka selera......
Related Posts with Thumbnails