Followers

Monday

BLACK PEPPER CURRY PUFF TUNA




Sumber Cik Mat Gebu

BAHAN BAHANNYA :-

1 tin ikan tuna dalam tin
2 camca besar mentega
1/2 cawan mix frozen mix vege (campuran lobak merah,kacang pis, dan jagung)
1 biji bawang besar (di cincang halus)
2 ulas bawang putih (di cincang halus)
1/2 camca teh biji lada hitam (di tumbuk halus)
2 helai daun bay
1/2 cawan susu cair
sedikit serbuk pala,garam dan gula
sos thousand island secukupnya
10 keping pastry puff (saiz 4x4 inci)
1 kuning telur + 1 camca besar susu cair
serbuk lada hitam untuk di tabur

CARA MEMBUAT :-

1. Panas kan mentega hingga cair,tumis bawang besar
      bawang putih dan daun bay hingga harum.
      masuk kan tuna, kacau rata dan tuan susu cair.
      kacau lagi.
2. Masukkan sebuk pala,lada hitam tumbuk dan  mix vege,            
       kacau rata.tambah garam secukup rasa dan secubut gula.
       masak dengan api perlahan hingga kering
       tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
 3. Pastri puff di potong 2,satu di kelar dan satu lagi 
       biar kosong. sudukan sedikit inti,lebih kurang satu
       camca besar, ratakan dan letakkan sos thousand island
       atas inti tadi,temukan bahagian atas dan bawah
       tekan tepi2nya dengan garfu. Alih ke dalam
       dulang pembakar yang telah disapu dengan
       sedikit mentega.
4. Sapu kuning telur pada setiap permukaan
      puff tadi dan tabur dengan serbuk lada hitam.
      bakar 200C,selama 20 minit.

Wednesday

SPONGE KEK LAPIS NUTELLA


 Sumber : iytafrozen

BAHAN BAHANYA

2 biji telur
2 biji telur kuning
85gm gula castor
50gm Tepung
8gm Tepung jagung
1 tsp baking powder
1/2 sudu besar Ovalette
1/2 tsp esen vanila
30gm air sejuk

40gm minyak


CARA MENYEDIAKANNYA:-


1. Putar semua bahan kecuali minyak hingga
    kembang dan gebu menggunakan kelajuan maxima

2. Kemudian masukkan minyak pelahan-lahan
    (sedikit demi sedikit). Kacau hingga sebati

3. Ambil sedikit adunan dan campurkan dgn pewarna
    (ikut suka nak warna apa - utk membuat corak)
4. Masukkan adunan kedlm tray 10" x 10"
5 .Bakar pada suhu 200c selama 15minit. 
    Gunakan api oven atas-bawah
6. Bila dah masak..keluarkan dan sejukkan 
7. Potong kek menjadi dua bahagian
    sapukan dengan coklat Nutella/ jem/buttercream
8. Lapiskan dengan satu lapis kek lagi.
    Siap untuk di hidang...
    
   

Tuesday

BERTUAHNYA IBU.................


Tempahan dari seorang anak yang mahu dikenali sebagai IZS YANA dari Seberang Jaya untuk birthday mamanya yang tersayang. Bertuahnya mama yang mempunyai anak seperti IZS YANA ni.. Sejuknya perut ibu mengandung. Happy birthday buat mama ISZ semoga mendapat kemenangan didunia dan akhirat. Amin......


Semasa datang ambil kek... minta tambah nama anak buah kebetulan sambut birthday pada bulan yang sama. Happy birthday juga buat anak buah IZS YANA semoga menjadi anak yang berjaya...

TANDA PERSAHABATAN DARI YATIE

Cantik bunga ni.. terima kasih yatie kerana bagi hadiah tanda persahabatan.... somoga persahabatan kita berpanjangan..
Related Posts with Thumbnails