Followers

Thursday

HIDANGAN TENGAHARI MAMA SEKELUARGA


SOMTAM EPAL HIJAU ALA THAI


BAHAN-BAHAN



1 biji epal
1 batang lobak merah
1 biji tomato
6 tangkai cili padi
3 sudu sos ikan
2 sudu makan udang kering
1 sudu makan bijan (mama t'lupa kn letak akn.hehehe)

CARA MEMASAK :

1. Campurkan bahan bahan hirisan ke dalam magkuk.gaul rata.
2. Kemudian masukkan udang kering dan sos ikan.kacau sebati.
3. Akhir sekali,taburkan bijan di ataasnya.sedia untuk dinikmati.





Asam rebus ikan

Friday

PANCAKE

salam.happy anniversary to mama n abah yang ke-23.sempena anniversary tu,abah bawa kami
sekeluarga pergi makan di luar.sebagai hadiah,abah beli kan non-stick pan 2 biji yang b'ukuran 22cm n 12cm.so,untuk memanfaatkan hadiah pemberian abah kepada mama tu angah pun nk try r.hehehe.angah crik la resepi pancake lam uma kwn2 mama ni.las2 jmpak kt uma dayang-jack.nengok gebu cntik jer.geram nengok nye.try buat la pe lg.ni la hasil nya x la secntik dayang-jack buat.al mklum la guna non-stick pan bru ktakan,ketaq tangan2 time buat nye.hehehe.len kali nk try lg la bb resepi dia simple je but still sedap.



BAHAN-BAHAN NYA :


3 sudu besar butter-dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe secubit garam


CARA MEMBUAT NYA :


1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat




resepi di kopi n pste dri dayang-jack.tq.

Wednesday

BERCUTI BERSAMA KAWAN2 -2009-

sebahagian kwn2 mama yang dapt dirakam kn sebelum berangkat pulang ke rumah masing2.
time 20 hb tu , mama sekeluarga pergi bercuti di pantai feringgi.bersama2 dgn kwn2 polis abah n kwn yg setia dri sarawak dlu.kmi still berhubung.walaupun suma pakat berpecah ke merata tempat.ada yang dh ada ank 7 8 orang..n yg dh da cucu..hehehe..kmi nginap selama 1hari 1 mlm di hotel rasa sayang.
boring dok kt uma jerk.kuar b'cuti la.
dalam dok skit pun smpat posing..hehehe.tp tgn tu ttp pgang tmpat skit,,hhehe.
spontan n natural.hehehe.
adik tembam yang xbapa nk btol.bwnk nyelam.minum n telan air masin,jdik cm ni la,,ni bwu tkat dpt btol.cba dpt alat2 memasak..ayok..jdik tkang masak kt tepi laut kang t..hehehehe.

KEPULANGAN

Syukur alhamdullah..pada tanggal 14 hari bulan yang lalu,mak,kakak dan abang ipar selamat kembali dari tanah suci mekah.kehadiran sanak saudara yang setia menunggu di balai ketibaan menyambut mereka dengan penuh kesyukuran.ni beberapa gambar yang dapat di rakam kan.





soe..!!

salam, pergh.. berabuk dh r umh mama ni.soe la yerk.lma x on9. mama skit.ni ank mama. mama bwu ja mnjalani pembedahan.skit pendix. mnx MC uat seketika yerk. nnti mama dh sihat.mama jmpak la kwn2. mama kim slm uat suma kwn2. di mna tercetus nya kejadian tersebut.hehehe.sastera lak. pg 25 ri bln ri tu. cm besa mama ciap kan srpan utk abh n angah. abh g keja.angah amek exam spm. as tu mama lak b'srapan. dgn membekal kan hnya skping roti dan segelas air kosong. n dat ttba je mama skit prut.than jela,engat nomal je an. lima minit kemudian.hehehe. prut mama mkin skit r plak. adoi ai.cm na la keadaan mama msa tu an. whoo2.mama t'cirit la pulok.huhu. skit mkin membara.skit whoo. trus clling2 her aby larh. hm.abh ngan isaw nya trus blek uma tgok cyg dia. cdang g hos la.abh mndi kn mama.suddenly,mama muntah lorh. abh pcut r keta nk g hos. mama lak,dlm dok skit bguling2.ajk g klinik ja.ek eleyh. las2 abh bwk je g hos BM. check pny check.dkter kta mama skit pendix.da trok da. tghri lak diorng pndah mama ke sbrg jya. ptg tu pas pper agma angah abez. g trus la sbrg jya. mlm tu jgk dkter msok kn mama ke blek bedah. kol 10 mlm pai 1 pagi. tngu la kmi ank beranak pan blek bedah. pai adk tido t'nganga.hehehe dh slamat mnjlni bedah tu,abh n adk blek uma la. angah jaga mama pg tu pai la k'sok kan ari. dkter dtg tgok keadaan mama. upa2 nya bkn skit pendix jerk. ovari mama pun trut serta. skit pendix tu dh merebak. ptt la mama skit sngt.an.an. kol 9 pg tu,abh mai r tgok2 mama. n amek angah g blek uma. angah pun sari suntuk x mndi an.hehehe.ucuk. angah kemas uma.masak bubur tuk mama.mndi pe suma. kol 12 lak.g len r. sampai jerk kt mama,dkter kta mama leh blek. uiks.dsyat.bwu jerk bedah.dh leh blek. tp alhamdullah la.mama pun kuat jerk.lari trus..hahaha. xdk la.lwk je. skrg da smnggu. alhamdullah mama sihat2 jerk. bnyk2 lak b'doa la erk utk kshatan mama. aminnn.

Friday

UDANG MASAK PE EEH??





BAHAN-BAHAN NYA :

500 grm udang basah
3 sudu besar rempah kari daging
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar susu cair
5 biji kentang (di belah 4 dan di goreng hingga masak)
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis


CARA-CARA NYA :

1.Bawang putih dan bawang merah di tumbuk,tumis hingga kekuningan.
2 Masukkan rempah kari daging.kacau sehingga garing.masukkan air asam jawa.
3.Masukkan udang.biar hinga masak.
4.Masukkan ubi kentang dan susu cair.masukkan garam secukup rasa.
    siap untuk di hidang..

Thursday

STUFFED TOFU


 
resipi nii mama ambil dari blog teratak impian....Zai minta izin yer mama sangkut resipi nii kat umah mamasyipah


Bahan-bahan :


3-4 keping tauhu (digaul bersama sedikit garam)
2-3 ekor udang basah (direbus dan dicincang) - tak letak pun ok
1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
sedikit lobak merah (dihiris dadu kecil)
1/2 sdt serbuk lada hitam
1/2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris dadu)
2 helai daun bawang (dihiris)
1 sdt lada sulah
sedikit daging cincang (mama guna daging ayam)
garam secukupnya
1 biji telur (dipukul sedikit)


Cara-cara :


1. Goreng tauhu sehingga keperangan tetapi jgn sampai masak.
2. Kemudian dibelah 2 dan keluarkan isinya.
3. Lenyek2kan sedikit isi tauhu tersebut.
4. Gaulkan isi tauhu bersama semua bahan di atas
     kecuali telur dan sumbatkan semula ke dalam tauhu tadi.
5. Celupkan tauhu ke dlm telur dan gorengkan sehingga masak.
6. Hidangkan bersama sos cili.

Monday

HONEY PRAWNS



BAHAN BAHAN = ( 4-5 orang )

400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit,
 garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit.
Kemudian digoreng sehingga garing)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi,
 limau nipis atau jus oren) sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat

CARA MEMBUATNYA =

1. Kisar bahan2 bertanda *.
2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
3. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
4. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit.
5. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
6. Setelah kuah agak kering, masukkan udang,
     jus lemon dan daun ketumbar.
7. Gaul mesra selama 10 saat.
8.Tutup api, siap untuk di hidang...


Saturday

LAKSA SARAWAK



BAHAN-BAHANNYA


1 peket (200g) perencah laksa
500 g udang
3 ketul dada ayam (boleh gunakan kiub ayam)
2 cawan pati santan
1 cawan susu cair
2 batang serai
2 liter air
garam secukup rasa
3 biji telur ayam
sedikit taugeh
limau kasturi
1 peket bihun


SAMBAL BELACAN


2 senduk cili kering yg telah di kisar
sedikit belacan
sedikit minyak masak


CARA MEMBUAT KUAH


1. Rebus udang ( dengan kulitnya sekali )
     dan ayam ke dalam 2 liter air.
2. Setelah masak keluarkan udang dan ayam
     tersebut dari air rebusan.
3. Masukkan perencah laksa serta serai
     ke dalam air rebusan dan kacau dgn
      menggunakan api yg pelahan
4. Setelah mendidih masukkan pati santan dan
     susu cair biarkan mendidih sebentar.
5. Masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa.


CARA MEMBUAT SAMBAL


1 Panas kan minyak masukkan cili dan belacan
2 Masak hingga pecah minyak


CARA MENYEDIAKAN BAHAN


1. Bihun di celur hingga lembut dan toskan.
2. Taugeh di celur , udang dikopek kulitnya
     dan isi ayam dicarik2 halus.
3. Telur di pukul dan di goreng dadar dan di hiris nipis2.
4. Masukkan bihun dlm mangkuk,masukkan taugeh
     telur,isi ayam , udang .limau kasturi dan sambal belacan.
5. Masukkan kuahnya.Siap untuk di hidang.


Mama guna perencah laksa HJ MANAN.
Cara2 membuatnya mama ikut resipi yg telah di sediakan
di dlm bungkusan perencah laksa,cuma mama
tambah sedikit susu cair.

Wednesday

BLACK PEPPER TUNA PUFF


salam.
boring la.
mlawat kawan2 la.
smbil mlwat kwan2,mama pk ..
hari ni mama nk uat pe erk??utk abh mkn ptg.
hmm.ttba tgok black pepper tuna ni lam blog cik mat.
uiks.uat yg ni la.
bhan2 suma da.cukup lengkap.
lg pun dh biasa ngan recepi ni...selalu uat.
simple je.cpat.x memenat kan.hehe
so,pe lagi.uat je la.
tq daun keladi,cik mat bb kongsi recepi ni.

Tuesday

DAH SAMPAI...



barang yang mama order mngu lpas dh sampai da.tq affeen.

Friday

KEK KUKUS SANDWICH LAPIS JEM

BAHAN-BAHAN NYA : (LOYANG: 9X9) 3 biji telur (gred b) 1/2 sudu besar ovalite 30 gram air 100 gram gula kaster 100 gram tepung naik sendiri 20 gram susu tepung 30 gram minyak masak 1 sudu teh chocolate emulco (mama guna chocolate van hauten + 1 sudu teh kopi emulco) HIASAN : jem (mengikut citarasa) *mama guna resberry

CARA MEMBUAT NYA :

1. pukul telur, gula dan ovalet sehingga pekat.

2. ayak kan tepung dan susu tepung kemudian masukkan ke dalam adunan telur tadi.

3. akhir sekali masukkan minyak dan kacau rata.

4. ambil dua sudu adunan dan warna kan chocolate emulco.

5. tuang kan semua adunan dan paip kan adunan chocolate sepanjang kek dan tarik dengan lidi buat marble.

6. kukus selama 20 minit.

7. setelah masak potong kek menjadi 2 bahagian.sapu kan jem dan lapis kan seperti sandwich.

Monday

..JOM JALAN2 DIKEBUN ABAH..

Wahai pokok mempelam bila agaknya kau nak berbuah,makan dan minum dah kasi . Dah 2 taun tau .tapi tak paa dia org cakap 3 taun baru dia buah.(org yg tempat mama beli tuu laaa cakap) Mama guna baja asli tauu.



Cabai nii kaler kuning .Buah dia gemuk2 tapi banyak biji laaa.bila tumbuk wat sambai nampak biji dia jer



Ni pun spisis yg sama . suka nengok sebab rhajin berbuah.


  Ni cabai besar . sbb dia besar tu laa org panggil cabai besar. Cantikkk... merah menyalaa., sebab tu dia posing terlebih sikit



Ni pokok mengkudu putih , tapi daunnyer kaler kuning ,pasai paa org panggil mgkudu putih.... esok nak mbik masak lemak ngan telur sedap nii



Ni lak pokok kari.Pokok ni laa Hak Kerajaan Untuk Semua .Sebab selalu di petik kwn2 wat masak kari.Sapa2 yg ambik tuu di jamin HALAL



Ni pokok herba, pokok misai kuching . sapa2 yg berpenyakit berkenaan dgn nya leh la petik rendam sat dlm ayaq panas bila suam leh la minum jgn laa minum panas2 tebakaq anak tekak jadi penyakit len lak.tak mau taggong jawab oiii



Pokok nangka nii bila nak leh makan buah kecik lagi,jgn la kau berbuah masa dah hasben mama dah pencen kempunan laa tak dpt nak merasa.Apa2 pun hak kerajaan untuk semuaaaa.

Saturday

MENYAHUT PANGGILAN HAJI


Mak, kakak dan abg ipar mama mengaminkan doa yang di baca kan oleh imam besar di felda lubuk merbau iaitu kg mama.



selepas selesai membaca doa, azan dilaung kan oleh tok bilal masjid pak wan dan kemudian mula berangkat


apa yang sedang di bincangkan ......... semoga perjalanan kita selamat dan dikurniakan haji yang mabrur...amin
yang sebelah tepi tu mak jang leha, kawan mak mama, tumpang mak dan kak kerana suaminya tak dapat bersama sama untuk mengerjakan haji.



gambar kenangan bersama adik lekaki tunggal mama, menantu perumpuan mak, cucu dan sebelah kakak tu suami mama.



gambar kenangan bersama sepupu - sepupu mama.



semasa saat menunggu untuk berangkat tiba tiba muncul YB Dato Ng yen Yen bertanyakan khabar dan seterusnya mengucapkan selamat jalan kepada mak dan kakak, sempat juga kami merakamkan gambar kenang-kenangan.



saat untuk bertolak - sedih bercampur gembira. Sedih kerana nak berpisah untuk sementara waktu dan gembira kerana mak dan kakak dapat menunaikan haji sepertimana yang diidam idamkan oleh mak dan kakak.



dah 29 tahun tak jumpa (selepas tamat tingkatan 5). inilah kawan study group abah masa spm dulu, kini dia seorang pengusaha ternakan lembu yang berjaya, anak mak jang leha tadi.

Sunday

NASI LEMAK PANDAN KUKUS


Oppppp soe tayang pic bwu bcoz my hubby say banyak sgt xsesory tak menarik so tayang laaa pic yg nie.lau x suka gak hemmmm tak dpt nak nolong bcoz dah licin dingaapppp






BAHAN-BAHANYA :



3 cawan beras
4 cawan santan
7 helai daun pandan (di mesin dan ambil 1/2 cawan air nya)
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 batang serai (di ketuk)
sedikit halia (di mayang)
 sedikit garam



CARA MEMBUATNYA :



1. Beras di cuci dan di rendam lebih kurang 40 minit.
2. Masukkan beras dalam loyang,campurkan ke semua
     bahan-bahan dan 2 cawan santan.
3. Masukkan 1/2 air daun pandan.
4. Kukus sekejap.apabila santan kering gaul rata dan
     tambah kan lagi 2 cawan santan tadi.
5. Kukus semula hingga masak.
 *sukatan santan adalah bergantung pada jenis beras.

Friday

MAJLIS PENUTUPAN BULAN SYAWAL PERKEP 2009..



aneka juadah yang sempat kak nab ambil..mama x sempat ambil gambar,jadi semua gambar2 ni..mama juz copy n paste ja lam blog mama..kak nab tu kawan mama..kawan blog jugak..hehehe..tq kak nab..




..ok sekarang tetamu pun semua dh datang..majlis bacaan doa di mulakan..ini adalah sebahagian kawan2 mama yang hadir..ramai jugak kawan2 yang hadir..meriah majlis petang td..sempena penutupan bulan syawal..kita syoru dulu..hehehe



..sementara menunggu tetamu yang lain datang ke perkep mama sempat lagi membelek2 majalah saji yang 2-3 tahun yang lepas..

Thursday

KEK BATIK




BAHAN BAHANNYA :-)

600gm biskut marrie (dipatah 4)
8 biji telor ayam
12 oz mentega (350 gm mamasyipah timbang ikut gm)
1/2 tin susu pekat manis (tin 505 gm tapi guna 1/2 saja tau)
150 gm gula pasir
100 gm milo
30 gm serbuk koko
50 gm nestum
1 camca teh esen vanilla
11/2 cawan air

CARA MENYEDIAKANNYA :-)


1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telor sebiji demi sebiji hingga habis.
3. Masukkan susu dan pukul hingga rata.
4. Campurkan milo, koko, nestum dan air kacau hingga
     rata dan masukkan kedlm adunan mentega tadi.
5. Masukkan kesemua adunan tadi kedlm periok
     dan masak hingga pekat.
6. Apabila adunan tadi telah pekat masukkan roti
     marie yg telah di patah 4 tadi.
7. Kacau rata2 dan tuang kedlm loyang yg beralaskan
     kertas minyak dan sapukan sedikit mentega.
8. Tekankan adunan tadi hingga rata dan simpan
     dlm peti sejuk selama 1-2 jam.
 9. Siap utk di hidangkan.





Related Posts with Thumbnails