Followers

Wednesday

TANDA INGATAN DARI LINA PG

BUNGA ROSE

Bunga Orkid


Bunga rose

Cantik la bunga2 ni.Mama baru jer petik dari umah lina-pg. Pandai la lina ambik gambar mama suka.terima kasih banyak2 bagi bunga ni kat mama.

IKAN SIAKAP TIGA RASA


sumber dari majalah

UNTUK IKAN

1 ekor ikan siakap/kerapu/merah
garam secukup rasa
1 cawan tepung jagung
lada putih secukup rasa
2 sudu besar jus limau

1. perap kan ikan bersama jus limau,garam dan lada
2. gaul kan bersama tepung dan goreng dengan minyak yang banyak dan panas.

UNTUK KUAHNYA

15 ulas bawang putih (dicincang)
10 biji cili padi (dicincang)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar tepung jagung (campur air)
2 sudu besar sos cili
lada benggala
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 biji tomato
2 biji jagung muda (dibelah dua)
50 gram lada benggala (hijau)
80 lobak merah

CARA MEMBUAT NYA

1. tumis bawang putih dan iikuti cili padi
2. masukkan serai
3. masukkan pula air,sos cili,sos tomato dan sos tiram
4. masukkan tomato,jagung muda,lobak merah
5. kemudian masukkan gula dan minyak bijan
6. selepas itu masukkan tepung jagung dan biarkan kuah pekat
7. akhir sekali tuang kan kuah ke atas ikan ynag telah digoreng.

TANDA PERHARGAAN DARI AZIAN

Bunga rose yg cantik ni tanda persahabatan dan perhargaan dari Azian.Terima kasih banyak2 yeaa. Semoga persahabatan kita di alam maya ni berpanjangan..

Tuesday

CARROT RAISIN BUN


Carrot Raisin Bun : Sumber daripada Hana


Carrot raisin bun ni kan lembut jaa. Terima kasih la Hana sebab kongsi resipi nii.
Seperti biasa Hana mama minta izin tempek resipi kat umah mama. Ok jom p tengok resipi kat bawah ni...atau pun anda2 semua boleh pergi kat umah Hana tuuu macam2 ada disana..... disana.....


BAHAN BAHAN

• 300g tepung roti
• 50g gula
• 2 sudu besar susu tepung
• 2 sudu besar marjerin
• 6g yis kering
• 1/2 biji telur ( mama guna 1 biji gred c )
• 1sk bread improver
• 100g carrot - potong kecil
• 60g kismis ( mama potong dua bagi kecik sikit )
• 90-100ml air @ susu segar

Bahan kastad

• 1 sudu besar tepung kastad
• 1 sudu besar gula - leh add if nk manis lg
• 1/2 cawan susu segar
• >> kacau atas api hingga pekat. dan masukkan 
  dalam  piping bag utk paip atas roti.

Untuk gliss

• susu segar+madu - sebelum bakar
• butter - selepas bakar


CARA CARANYA

1. Rebus carrot hingga empuk. Toskan.
    Blend@kisar carrot dengan setengah dari sukatan air.
2. Masukkan bahan2 lain ke dalam BM dan pilih menu doh,
    ONkan dan tunggu hingga siap.
3. Jika menguli dengan tangan, mulakan dengan mencampurkan
     bhn2 yg kering dahulu kemudian baru yg basah.
     masukkan air sedikit demi sedikit. uli semua bahan hingga
     kental dan elastik. kemudian bulatkan doh dan tutup
     menggunakan plastik wrap. Biarkan kembang naik
     hingga 2 kali ganda dari yang asal.
4. Keluarkan doh. Tumbuk2 keluarkan angin.
     Bahagikan kepada bulat2 kecil.
     Susun di dalam loyang yg telah disapukan tepung @ butter.
5. Naikkan doh hingga dua kali ganda lagi.
6.  Panaskan oven suhu 170-180. Glisskan roti yg telah naik td
     dengan campuran susu segar dan juga madu agar berkilat.
7.  Kemudian paipkan kastad di atas roti.
      Bakar selama 15-20min atau hingga keemasan.
8.  Keluarkan roti dari oven dan sapukan dengan butter
      agar roti anda lebih cantik. Jika tak mau sapu pong takpe,
      sbb susu dan madu tadi dah boleh membuatkan
      roti anda cantik.
      Sejukkan di atas redai. Dan siap utk dihidang.




Monday

AWARD DARI MAZ

Terima kasih MAZ bagi award kat mama.Top ke blog mama ni.. Apa2 pun terima kasih la semoga persahabatan kita di alam maya ni berpanjangan..


Ni pun Award dari MAZ

Wednesday

HOTDOG SCRAMBLE EGG



 Ni sarapan anak mama pagi tadi.Dah petang baru dapat n3 gambar ni.Macam biasa laa hana mama minta izin copy n paste resipi ni.


Resepi Hotdog Bread


BAHAN BAHANYA

 • 160ml air
 • 250g tepung roti
 • 14g(1 1/2 sudu besar) gula
 • 4g(1 sudu kecil) garam
 • 8g(1 sudu besar) lemak sayur
 • 2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
 • 16g(3 sudu besar) susu tepung

CARA CARANYA

1. Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam
     breadmaker. On kan. tunggu siap
2. Bila dah siap, keluarkan angin.
     Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian.
     Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
3. Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
5. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit.
     Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau
     mahukan roti kelihatan lebih perang.





  Resepi Hotdog Scramble Egg


BAHAN BAHANYA

 • Roti hotdog
 • Telur + garam+ lada sulah > goreng dengan
     minyak sedikit dan kacau hancur.
 • Daun salad
 • Tomato
 • Sos cili
 • Mayonis

 CARA CARANYA

1.  Potong dua roti hotdog tak putus.
2.  Susun salad dan juga hirisan tomato.
      Sumbatkan scramble egg.
      Letak sosej dan paipkan sos dan juga mayonis.
3. Siap untuk di ngap! Jgn lupa baca bismillah yerr......

SUP CENDAWAN


Sup cendawan 

AWARD DARI MIMIELOMA


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan - kawan.Apa khabar harap2 sihat la yeaa. Hari ni mama nak gantung kan award yang mama dapar dari mimieloma.Daah banyak hari award ni dok simpan ,hari ni baru ada masa nak gantung. Teima kasih banyak2 mimieloma kerna bagi award ni kat mama.Semoga persahabatan kita berpanjangan.. Ok la nak dapat award ni kena buat homework sikit berkenaan diri sendiri..

Ni sedikit catatan mengenai mamasyipah =

1.  Che Pah binti Tasu adalah nama sebenar. Emak dan arwah bapa panggil syaripah , masa kat sekolah dulu kawan2 panggil Che Pah,saudara mara dan kawan yg terdekat panggil Syipah dan kwn2 anak mama si Along tu panggil mama.Tapi dlm blog ni lebih suka dgn panggilan Mamasyipah laa kan

2.  Mempunyai 5 orang adik beradik, 4 perempuan 1 lelaki . Mama anak yg ke 2.

3. Dilahirkan di kpg Jabi pokok sena  dan berpindah ke FELDA Lubuk merbau Kedah (rumah emak sekarang laa)sekarang ni tinggal kat Bandar Baru Perda,Bukit Mertajam .Pulau Pinang.

4. Seorang manusia biasa yg pendiam tapi kalau biasa tu jadi peramah juga tengok keadaan  laa.

5. Suka masak dan cuba resipi2 yg baru.tak mengenal erti putus asa cuba dan cuba.. kalau resipi yg di cuba tu menjadi suker la sangat2... kdg2 buat sampai dua tiga kali..

6.Tak suka pada seseorang yg suka menjatuhkan dan mengaibkan org lain..bencii tau org macam tuu.

8. Apa lagi ehh...ooo suka berangan2..haha macam2 hal la tuuu.

Ok la ni saja yg dapat mama coretkan dan award ni hendaklah dipanjangkan pada kwn2 yg lain . Tapi mama tak pandai la nak tag mengtag kawan2 ni.. Ok la pada kwn2 semua semoga persahabatan kita perpanjangan .....

Tuesday

BINGKA UBI



Assalamualaikum,salam sejahtera dan selamat petang semua kawan2.Petang ni mama buat bingka ubi. Dok tengok kat umah Cik Mat dan umah yatie buat bingka ni teringin laa pulak.Apa lagi petang kelmrin mama dan cik abang p cabut ubi kat tepi umah banyak jugak..satu pokok ja dapat tiga kilo lebih jadi pagi tadi mula la projek mama kat dapur tuu , maka terjadilah bingka ubi ni, sedaap.. tak la terlalu manis sgt. Resipi dari umah Cik Mat , macam biasa laa Cik Mat minta izin tempek resipi kat umah mama sebagai rujukan mama dan anak menantu di masa akan datang .


BAHAN-BAHANNTA :-)


1 kg ubi parut
650 ml santan kelapa
100 g gula melaka, hiris halus
2/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak sapi...


CARA MEMBUATNYA :-


1. Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan
     daun pandan. Kacau rata dan jerang atas api,
     kacau hingga gula larut (tak perlu mendidih),
     masukkan minyak sapi dan kacau hingga sebati.
    Angkat dan biar sejuk. Ubi dimasukkan ke dalam
    kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi.
    Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam
    bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga
    sagunya mendak.

2. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan
    sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil,
    lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin,
    tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti.
    Ketepikan.

3. Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal
    sagunya yang mendak. Gaul dengan ubi tadi.
    Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan
    ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.

4. Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar
     selama 1 jam 30 minit hingga permukaannya
     kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam
    dan keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya
    sebelum dipotong....Selamat mencuba...
    kalau rasa macam "susah"..beli jeee lahhhh!!!!...
    habis cerita....

Monday

PAHA AYAM BAKAR


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ..dah makan tengahari ke belum .Hari ni mama panggang ayam jer buat hidangan tengahari ni.. Dah dekat satu minggu dapur umah mama tak berasap asyik jalan kesana kemari jadi maleh rasanya nak masuk dapur... tapi makan tetap gak makan cuma maleh nak masak jaa. Resipi ni mama copy dari umah Hana dan resipi asal dari chef Hanieliza. Terima kasih pada kalian berdua. Ok lah jom tengok resipi kat bawah ni.Layaannn........



BAHAN BAHAN NYA :

Bahan A:

5 bahagian kepak ayam (mama guna 2 ketul paha ayam )
1 sudu besar madu
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
minyak masak

Bahan B (ditumbuk):

3 cm halia
1 sudu besar lada hitam
3 ulas bawang putih

Cara-Cara

1. Bersihkan paha ayam dan basuh serta toskan.
2. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
     Perap selama 1 jam atau lebih.
3. Bakar di atas pemanggang hingga nampak garing.
4. Sapukan sedikit minyak kemudian bakar lagi.
     Balikkan ayam agar masak sekata.
5. Hidangkan bersama salad.

Friday

HONEST SCRAP AWARDS FROM ITA


The award came with request to share
10 honest truths about me:

Assalammualaikum semua.. hari ni tak de menu nak dikongsikan bersama.. cuma mama nak kongsikan sedikit homework dari ita nih... thanks ita coz bagi award ni..


inilah 10 perkara yang harus smua tahu tentang mama :

1. seorang yang pendiam TAPI
    bila dah kenal lama jdik peramah la jgak.
2. seorang yang tidak kenal erti putus asa.
    (pe yang org uat.mama pun nk uat.)
3. suka memasak.(cuba resepi2 yang baruDAN
    suka mengemas rumah
4. seorang yang PALING TAK SUKA akan kegiatan
    membasuh baju,lipat baju dan iron baju.
    pe2 je berkaitan dgn baju.tapi jahit baju,SUKA.(dpt upah maa.)
    kegiatan2 ni adalah keja partime abah kat rumah.
    (dulu,kini dan selamanya.hehehe.)
5. setiap tarikh yang da peristiwa ttp mnjadi ingatan utk selamanya
    (t'utama keluarga)
6. seorang yang suka menghabiskan TENAGA dan DUIT
    semata mata untuk mencari dan membeli
    barangan pinggan mangkuk YANG DI SUKAI.
7. seorang yang geli akan binatang yang berbulu TERUTAMA
    anak kucing,tapi fmily ttap bela.(nma bobo,ahli keluarga mama yang baru)
8. suka mendengar lagu2 yg slow (sentimentel),
    suka menonton tb (klau da bola,suka berebut remute ngn abah)
9. mempunyai seorang suami yang penyayang dan tiga orang anak
    (yang dah besar(adik) dan yang pnjang(along).hehehe).
    suami dan smua ank2 cm kwn2 je,tapi cpt nek angin gak klau ank xdngq ckp.
10. bab ni lah yang PALING SUKA sekali.slalu b'angan2 nk kaya.
      bila nak kaya eeh..tapi tetap bersyukor dgn apa yg ada skrg.

ROTI NAIK


Salam pagi jumaat buat semua kawan2.Pagi  ni kita sarapan dengan roti lagi laa.Resipi dari blog Cik Mat terima kasih banyak2 cik mat.
macam biasa la Cik Mat mama letak resipi ni di umah mama minta halal yeaa..




jom semak resipi kat bawah...



BAHAN-BAHANNYA :-)


400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong ( tepung gandum pun boleh gak )
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) mama guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
1 sudu teh susu pekat ( resipi asal tak letak )
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu
     bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh,
     masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus
     menguli hingga menjadi doh yang kenyal.
     Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.
     KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam
     Breadmaker dan pilih setting untuk "doh".
    Tekan on dan tunggu hingga siap.

2. Tumbuk doh untuk membuang udara,
      bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar,
      bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu
     dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih
     dan biar kan 1 jam atau hingga naik.

3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit.
     Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan
     dari oven.
     Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....

Tuesday

JUS JIMI ASMARA


jus ni copy dari blog cik mat,terima kasih minta halal  yeaa letak resipi kat sini.


BAHAN-BAHANYA :-)

Air masak secukupnya (anggaran 1500 ml)
4 - 5 camca besar gula (atau ikut tahap kemanisan masing2)
1 1/2 camca besar jus pekat minuman oren sunqick (dalam botol)
1 camca teh esen pisang (mama guna 3/4 camca teh)
1/4 camca teh pewarna hijau
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

1.  Bancuh gula dengan sedikit air panas, kacau rata.
       Kemudian satukan semua bahan di atas kecuali air   batu.
       Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah gula.
2.  Tuang ke dalam jug sesuai dan isi dengan ais kiub secukupnya...
       Atau boleh juga isi ais kiub dalam setiap gelas dan tuang
       jus jimi asmara tadi secukupnya. Biarkan sejuk sebentar
       dan boleh nikmatinya....nyamannnnnn!!!!!!!

Saturday

MENU TENGAHARI


salam untuk semua..hari ni mama masak rendang ala2 kampung gitu..
jom semak resipi kat bawah..


BAHAN BAHANNYA

1 kilo ayam ( potong ikut suka )
11/2 camca besar serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
10 ulas bawang merah *
15 tangkai cili kering *
6 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 inci halia *
1 inci kunyit * ( di blender )
3 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
minyak.garam.asam jawa
sedikit rempah tumis

CARA MEMBUATNYA

1. Panas minyak masak tumis rempah tumis.
2. Kacau hingga wangi, masuk bahan2 yang di blender tadi
     biar hingga masak atau pecah minyak.
3. Masuk ayam dan pati santan,biar hingga ayam masak,
     masukkan kerisik,air asam jawa dan garam.
4. Masak hingga kuah pekat sedikit baru angkat
     dan siap utk dihidang.





Nasi tomato ni mama guna perencah readymade al iman ja.Saja la nak cuba sedap gak.



Friday

ROTI BENGGALI


Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam pagi jumaat buat semua.. petang kelmarin mama buat seri kaya, jadi pagi ni mama buat la roti benggali untuk makan dengan seri kaya tuu. Sedaaap, terima kasih Cik Mat mama ambik resipi roti benggali dari blog  Cik Mat.Tapi roti tu mama potong dgn pisau potong sayur jaa. Mama tak dak alat pemotong roti laaa. tak pa la janji perut kenyang....



  
                                


BAHAN-BAHANNYA :-)

350 g tepung roti
1 camca besar shortening (lemak sayur)
Secubit garam
120 - 160 ml air suam
1 camca besar yeast (mauripan)
2 camca besar gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan air suam, yeast dan gula,
     kacau rata dan biar sebentar.
     Gaul rata tepung garam dan lemak sayur.
     Masukkan yeast tadi sedikit demi sedikit
     sambil digaul hingga menjadi doh.
     Uli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik.
     Perap hingga naik 2 kali ganda (35 - 40 minit).
     KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas
     ke dalam beredmaker, pilih setting untuk "doh" dan
     tekan on, tunggu hingga siap.

2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara.
     Bahagi doh kepada 2 bahagian, bentukkan dan susun
     dalam dua bekas yang telah disapu sedikit mentega.
     Perap sekali lagi hingga 2 kali ganda.
     Bakar dalam oven yang telah dipanaskan
     pada suhu 180C selama 25 - 30 minit.
     Bergantung pada oven masing2.
     Sejukkan roti atas jaringan sebelum dipotong.

Thursday

SERI KAYA KARAMEL


Salam petang khamis buat semua.. tadi mama tengok dekat blog Cik Mat ada seri kaya karamel tengok bahan2 dia semuanya ada, jadi mama pun cuba buat nii la hasil nya .Sedap dan  wangi jaa.Alahai tersilap laa.... mama buat 1 adunan dapat 1 mangkuk kecil tu jaa.Lain kali kena buat 2 adunan baru cukup.Resip ni mama ambik dari blog Cik Mat dan resipi asal Cik Mat bagitau dari Norzailina Nordin.Terima kasih banyak2 pada mereka berdua sebab kongsi resipi ni.. Ok la pada anda berdua izinkan mama letak resipi kat sini yeaa.. kalau siapa2 nak cuba boleh tengok resipi kat sini atau pergi jenguk kat blog Cik Mat .jom tengok kat bawah ni..


BAHAN-BAHANNYA :-)

3 biji telur
300 ml pati santan (nak sedap guna santan segar)
180 g gula pasir (resipi asal 240g)
2 helai daun pandan
60 g gula pasir*
125 air panas*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Masak gula hingga perang, dengan berhati2 masukkan air
      panas kacau rata dan matikan api. Biar suam.
2. Satukan telur, gula pasir dan pati santan. Kacau rata hingga
      gula larut dan tapis. Tuang 1/2 adunan ke dalam karamel
      tadi dan kacau pantas dengan whisk. Kemudian, bancuhan
      karamel tadi tuang kembali ke dalam bancuhan telur dan
      kacau rata2.
3.  Alih ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan jerang atas
      api kecik sambil dikacau sentiasa hingga bancuhan pekat dan
      berkilat. Mati kan api, angkat dan sejukkan.
      Simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka
      hayat seri kaya tadi.
      Jangan lupa keluarkan daun pandan....
   

Tuesday

APAM TEPUNG BERAS


     

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan2.Petang ni mama buat apam tepung beras lagi untuk minum petang.Rasa mama kuih ni lah yang paling senang nak buat dan bahan-bahan dia pun senang jaa nak dapat


      

Dua tiga hari yang lalu mama dah buat kuih apam ni dan mama guna resipi yang sama gak ambik dari blog maz dan blog mamafami.terima kasih banyak2 yea dan terima kasih juga buat tuan empunya resipi , tapi kali ni mama bubuh pewarna pink gitu..


BAHAN BAHANNYA ( 12 biji )

• 100g tepung beras
• 50g gula
• 130 ml air
• 2g yis
• 2g eno
• sedikit pewarna

CARA MAMBUATNYA

1. Campurkan tepung beras,gula,yis dan air
     kacau sehingga sebati dan gula larut,
     kemudian tutup tupperware ( kedap udara )
    dan perap lebih dari 4 jam sblum dikukus
    ( mama bancuh pukul 10 pg dan kukus pukul 4.30 ptg )
2. Bila dah kembang (masa nk kukus) masukkan warna dan eno,
     kacau perlahan2 je dan biarkan selama 5 minit sblum dikukus
     Kukus selama 15-20 minit dlm cwn2 apam dlm pngukus
     yg telah dipanaskan terlebih dahulu (mcm nk kukus kuih2
     lain jgk ) mama tak panaskan dulu acuan .

Monday

APPLE PUFF



Assalamualaikum semua..dah minum petang kaa, ari ni mama buat apple puff . Dok tengok fried apple pie kat blog Hana tu sedap ja rasanya.Petang tadi mula operasi kat dapur tuu..Tapi pastery tu mama beli yg dah siap ,bahan dan cara nak buat intinyer pula mama ambik dari blog Hana tuu. Terima kasih Hana halal yeaa..



Apple puff  jom tengok resipi kat bawah ni yeaa..


BAHAN BAHANNYA

 3 biji epal hijau
 3/4 cawan gula
 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
 10 keping puff pastery (mama guna jenama kawan)
 1 kuning telur *
 2 sudu kecil susu cair * ( * campur kedua2nya utk sapu kat atas puff )


CARA MEMBUATNYA


1. Kupas kulit epal dan potong dadu.
2. Campurkan gula dan serbuk kayu manis.
3. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil.
4. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu
     dan yang lebihan biarkan ia berketul , Sejukkan.
5. Pastri puff di potong 2,satu di kelar dan satu lagi biar kosong.
     sudukan sedikit inti,lebih kurang satu camca besar ratakan.
6. Temukan bahagian atas dan bawah,
     tekan tepi2nya dengan garfu.
7. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah di sapu
     dengan sedikit mentega.
8. Sapu kuning telur pada setiap permukaan puff tadi dan
     bakar 200C,selama 20 minit.
Related Posts with Thumbnails