Followers

Friday

SERI MUKA PANDAN


Sumber: Majallah
BAHAN - BAHANNYA :-)

Bahan Pulut:-

250 grm beras pulut
225 ml air (bergantung pada jenis pulut )
50 ml santan pekat
sedikit garam halus

Bahan Atas (A)

10 helai daun pandan
11/2 cawan air
1 cawan santan pekat
sedikit kulit kayu manis pauder

Bahan Atas (B)

50 grm tepung gandum
1 sudu tepung beras
2 biji telor gred B
90 gram gula pasir
1 sudu besar minyak masak
sedikit warna hijau
sedikit garam




    CARA MEMBUATKANNYA : -)

1. Rendam pulut sekurang-kurangnya satu jam.
2. Toskan, masukkan pulut ke dalam loyang kemudian ratakan.
3. Campurkan santan pekat,air dan garam halus ke dalam pulut.
4. Pastikan paras santan menyamai paras pulut.
5. Kukus pulut selama 20 minit,buka dan kacau rata.
6. Kukus lagi selama 5 hingga 6 minit.
7. Sediakan loyang lain, sapukan minyak pada dasar loyang.
8. Alas dengan plastik yang tahan panas.
9. Masukkan pulut (kala panas) dengan segera ke dalam
     loyang yang telah di sapu minyak dan plastik tadi.
10. Tekan pulut agar mampat dengan plastik. ( ketepikan )

UNTUK MENYEDIAKAN BAHAGIAN ATAS :

1. Kisar daun pandan dan air kemudian tapis
     airnya untuk mendapat jus pandan.
2. Campurkan jus pandan dengan semua bahan (A) bahagian atas.
3. Kemudian masukkan  bahan (B) iaitu tepung gandum
     dan tepung beras.
4. Kisar pelahan agar tidak melimpah keluar.
5. Kemudian masukkan telur, kisar lagi sehingga sebati.
6. Keluarkan adunan kemudian masukkan ke dalam periuk.
7. Campurkan dengan gula,garam,sedikit pewarna hijau epal
    dan minyak masak (agar adunan lembut).
8. Kacau di atas api pelahan selama 30 minit atau sehingga
     adunan tidak melekat pada senduk pengacau.
9. Tuang adunan dengan segera di atas pulut tadi.
10. Goyang-goyangkan loyang agar adunan atas rata.
11. Biarkan sejuk, barulah dipotong.

  ( Proses ( no8 ) ini memerlukan kesabaran kerana adunan akan
   bergentel dan berketul ketul pada mula nya tetapi setelah di kacau 
   lama adunan berubah menjadi semakin lembut dan berkilat ).






Thursday

UDANG GORENG TEPUNG BEREMPAH






Sumber Resipi :Ilhamdapur
Terima Kasih: Maz

BAHAN -BAHANNYA :-)

15 ekor udang - potong hujung kepala dan toskan 1/2 cawan air
tepung beras secukupnya
1 sudu kecil serbuk kari
2-3 sudu besar kelapa parut
1/4 sudu kecil jintan manis dan jintan putih (ditumbuk halus)
1/2 sudu kecil air kapur makan
secubit gula dan garam
beberapa titik pewarna merah
minyak masak secukupnya untuk mengoreng





CARA MENYEDIAKANNYA :-)

1. Dalam mangkuk satukan semua bahan-bahan
     kecuali tepung beras dan udang, kacau sebati.
2. Kemudian masukkan tepung beras sedikit-sedikit
    sambil dikacau guna sudu sehingga bancuhan menjadi
    sedikit pekat (kiranya kalau celup udang tu tepung akan
    melekat pada udang). Jangan terlalu pekat sangat ye.
3. Panaskan minyak dan celup udang satu persatu dalam
     bancuhan tepung tadi lalu digoreng sehingga keperangan
     dikedua bahagian. Angkat dan toskan. Siappp...
     Selamat Mencuba...

Tuesday

AYAM GORENG BEREMPAH


Sumber : DayangJack
Terima kasih kongsi resipi ni.

BAHAN - BAHANNYA :-)

1 ekor ayam sederhana (dipotong dan dibersihkan)
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2-3 batang serai (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)
1-2 sb serbuk cili
1/2 sb serbuk kunyit
1-2 sb serbuk kari ayam
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk jintan putih
1 sk serbuk ketumbar
2 sb tepung jagung
garam secukupnya
2 tangkai daun kari
1 sb gula

CARA MENYEDIAKANNY :-)
 
1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas
     dan perap selama 1 jam. Panaskan minyak utk
     goreng terendam. Gorenglah hingga masak keemasan.
     Siap untuk di hidang..

Sunday

KUIH KERIA



BAHAN - BAHANNYA :-)

500 gram ubi keledek putih
60 gm tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air
minyak masak untuk menggoreng

CARA MENYEDIKANNYA :-)

1. Rebus ubi keledek hingga empok.
2. Kemudian lenyek ubi tadi hingga halus.
3. Masukkan tepung gandum. Gaul hingga sebati.
4. Buat bentuk gegelang satu persatu hingga habis.
5. Goreng dengan minyak dengan api yang pelahan
     sehingga kekuningan atau hingga masak. (toskan)
6. Masak gula pasir dengan 1/4 cawan air
     hingga pekat atau air gula nampak berbuih2.
     ( Padamkan api )
7. Masukkan kuih tadi, kacau pelahan2 hingga air
     gula tadi bersalut pada kuih dan terus kacau
     hingga air gula kering.
     Siap untuk dihidang..

Wednesday

LEPAT PISANG


Sumber : Cik Mat Gebu

BAHAN - BAHANNYA :-)

700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
70 g gula melaka, dihancurkan
1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut,
  potong ikut saiz yang sesuai


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking
     powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung
     sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
2. Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang
     telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat
     lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang
     lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
3. Kukus atas air mendidih selama 20 minit.
     Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan.
   

CARD DARI KWN2

Dari AlongRoz


 Dari Leen Hussien

Thursday

BLUBERRY FINGER BUN




Sumber :Ummizaihadi dan Nor secubitgaram
CnP: Ummizaihadi
Terima kasih kak ummi dan nor

 BAHAN - BAHANNYA :-)

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur gred A
100ml air
100gm Water Roux
30gm butter
30gm shortening

Topping:

blueberry filling (diblend halus) atau custard filling

Filling kastad:

1 cawan susu fresh
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula

CARA MENYEDIAKAN FILLING KASTARD
1. Campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
2. Kacau supaya tidak berketul / hangus
3. Masak hingga sedikit pekat
4. Padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan




Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):

1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur.
     Kocokkan sket dgn garfu.
2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari
     garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis
     manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk
      bulat masukkan butter dan shortening. Biarkan proses
      menguli hingga selesai. (Utk menghasilkan doh yg lebih
      lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.) -
      mama wat sekali jek..cukup lembut dah...
5. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda
6. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
     Rehatkan lebih kurang 15 minit.
7. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
8. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk
     jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
9. Susunatur ke dalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
10. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
11. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan
       doh tak terlalu kering masa proses membakar.
12. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard
       ke atas doh yg dah naik.
13. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih
       kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
14. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan
      dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)





Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:

1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml
     air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati
     dan biar hingga naik dan berbuih.
2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula
    ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati
     baru la dimasukkan bahan no1.
4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan
      butter dan shortening, sedikit demi sedikit.
     Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
6. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut.
     (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah
     sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
7. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan
      plastic cling supaya udara tak keluar.
8. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan
     dgn step no. 6 di atas dan seterusnya


Wednesday

PUDING KASTARD FRUIT COCTAIL





Sumber : citarasawan
Terima kasih kak wan.

 Sos Kastard

 400ml susu sejat Ideal
 200ml air
 200ml sirap cocktail
 200gm gula
 1 biji kuning telur
 1 tsp esen vanilla
 2tbsp tepung kastard
 1 tin fruit cocktail (asingkan sirapnya)

 CARA MENYEDIAKANNYA :-)

1. Satukan semua bahan sos kecuali fruit coctail,
     kacau hingga gula larut kemudian tapis dan masak diatas api   
     perlahan hingga agak pekat, Angkat dan sejukkan
     di dalam peti sejuk.





 Puding Kastard

  140gm tepung kastard @ 1 cwn
  1/2 tsp garam halus
  1200ml air
  2 tbsp gula /2 tbsp susu pekat manis

 CARA MENYEDIAKANNYA :-)

 1. Campurkan semua bahan puding dan tapis.
       Masak diatas api sederhana sehingga menjadi
       pekat dan berkilat.
 2. Basahkan dulu acuan dan letak sedikit fruit
       cocktail di dalamnya. Tuang puding ke dalam acuan
       dan hentakkan sedikit supaya rata ke dasar acuan.
       Buat hingga habis apabila suam sedikit sejukkan
       di dalam peti sejuk.
 3. Keluarkan dari acuan dan hidang bersama sos
       kastard dan fruit coktail. Sedap dimakan sejuk.

Tuesday

KUIH BADAK MAMASYIPAH




Resipi : mamasyipah
(menghasilkan 16-17 biji )

BAHAN-BAHANYA :-)

5OO gram ubi keledek putih yg telah dibuang kulit
50 gram tepung gandum
minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKANNYA :-)

1. Ubi keledek di rebus hingga empuk dan dilenyek.
2. Masukkan tepung gandum gaul hingga sebati.
3. Bulat2kan lebih kurang 30 gram setiap satu 
4. Ambil sebiji doh leperkan dan masukkan inti
     dan bentuk bulat hingga menutupi inti tadi.
5. Ulangi proses 4 hingga habis.
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas hingga masak.
     Siap untuk di hidang 








Inti kelapa sumber: mamasyipah
Inti untuk 1 kilo ubi keledek

 BAHAN BAHAN INTI :-)

200 gram kelapa parut putih*
8 biji bawang merah*
7 batang serai*
1 sudu besar jintan manis*
50 gram udang kering*
5 sudu besar pes cili kering
1 sudu  teh serbuk kunyit
1/2 sudu besar garam
6 sudu besar gula pasir

CARA MENYEDIAKANNYA :-)

1. Kisar semua bahan yang bertanda
2. Masukkan bahan2 kisar, pes cili, garam,gula dan kunyit.
3. Masak hingga kering tapi jangan terlalu kering sangat.
     Inti ini sesuai untuk kuih badak, pulut udang ( pulut panggang )
     atau apa2 kuih yang sesuai dan sewaktu dengannya. 



Monday

KACANG PANJANG GORENG BELACAN




BAHAN - BAHANNYA :-)

300 gram kacang panjang ( dipotong )
50 gram udang basah dibuang kulit*
4 biji cili besar*
2 biji bawang besar*
sedikit belacan*
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar (dipotong bulat )
 semua bahan* dikisar kasar

CARA MENYEDIAKANNYA :-)

1. Panaskan minyak tumis bahan bahan yang
     dikisar tadi hingga sedikit garing.
2. Masukkan sedikit kunyit dan garam.
3. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, goreng sekejap.
     Siap untuk dihidang


   

Sunday

KARI UDANG KAPITAN




Resipi : Cik Mat Gebu
CnP : Hana
Terima kasih pada anda berdua kongsi resipi ni..

BAHAN - BAHANNYA :-)

500 g udang besar, dibersihkan
300 ml santan segar
1 biji bawang besar, didadu
1 camca besar gula ( letak 1/2 je)
2 1/2 camca besar jus limau kasturi
1 biji timun - hana tuko rebung
1 tangkai daun pudina
Garam secukup rasa

Bahan dikisar halus

4 tangkai cili kering, kerat, rendam dalam air panas dan toskan
8 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
3/4 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus
1 inci belacan

CARA MENYEDIAKANNYA :-)

1. Udang tadi dilap kering dan goreng selama 30 saat
      hingga bertukar warna kemerahan, angkat dan toskan.
      Timun dikupas kulitnya, kerat 3 dan belah 6 untuk
      setiap keratan. Ketepikan.

2. Dalam periuk, panaskan minyak, tumis bawang besar
      hingga layu, masukkan bahan2 kisar halus dan tumis
      hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
      Masukkan udang, gaul rata dan tuang sedikit air
      (anggaran 2 cawan). Kacau dan biar mendidih.

3. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa.
     Bila mendidih, tambah timun dan masak hingga
     timun lembut sedikit. Akhir sekali masukkan jus
     limau kasaturi. Kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api.
     Hidangkan dengan menabur daun pudina tadi.


Related Posts with Thumbnails