Followers

Sunday

POPIA ISI KETAM



Popia isi ketam laa , resipi ni mama ambik dari buku Senangnya memasak...Kuih - Muih Minum Petang bersama Chef Hanieliza..



jom layann resipi kat bawah..


BAHAN A

- kulit popia secukupnya
- minyak secukupnya utk menggoreng
- 2 sudu besar tepung gandum
   (di bancuh dgn 3 sudu besar air sebagai gam )

BAHAN B ( inti)

- 16 batang isi ketam
- 1 batang lobak merah *
- 1 mangkuk sengkuang*
    ( *disagat atau dipotong halus)
- 1 pokok daun bawang (dipotong halus )

CARA MEMBUATNYA

1. Kulit popia di lerai dan diletakkan ke dalam pinggan.
2. Letak isi ketam , lobak merah.sengkuang
     dan daun bawang di atas kulit popia.
3. Lipatkan seperti mambuat kuih gulung.
4. Gam dengan bancuhan tepung gandum dan air.
5. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan
     popia dengan api yang sederhana.
6. Balikkan popia supaya masak rata.
7. Apabila nampak kuning keemasan
     angkat dan toskan minyak.
8. Hidang dengan cili sos.




APAM TEPUNG BERAS


Lembutnyaaa kuih apam nii , selalunya mama buat kuih apam ni guna tapai nasik , tapi hari ni mama jalan2 dari blog ke blog jumpa lak resipi ni kat blog maz dan blog mamafami .Tengok resipi dia senang jaa , mama cuba laa buat hasil nya tak menghampakan , lembut dan gebuuu jaa..terima kasih pada yang sudi kongsi resipi ni...



BAHAN BAHANNYA ( 12 biji )

• 100g tepung beras
• 50g gula
• 130 ml air
• 2g yis
• 2g eno
• sedikit pewarna

CARA MAMBUATNYA

1. Campurkan tepung beras,gula,yis dan air
     kacau sehingga sebati dan gula larut,
     kemudian tutup tupperware ( kedap udara )
     dan perap lebih dari 4 jam sblum dikukus
     (mama bancuh mlm dan kukus pagi esok)
2. Bila dah kembang (masa nk kukus) masukkan warna dan eno,
     kacau perlahan2 je dan biarkan selama 5 minit sblum dikukus.
     Kukus selama 15-20 minit dlm cwn2 apam dlm pngukus
     yg telah dipanaskan terlebih dahulu (mcm nk kukus kuih2
     lain jgk ) mama tak panaskan dulu acuan .
 

Thursday

BAN MEXICAN



Ban Mexican...eh...eh.. naper topping tu bekedut2 ..ni percubaan yg pertama nanti cuba lagi lah..
Salam pagi khamis untuk semua rakan2. Dah sarapan ke belum . Jom kita sarapan sama2 . Pagi nii kita makan roti lagi. Roti..roti..roti tak jemu kaa. Oooo tidaaaak rumah mama selalu sarapan ngan roti . Kalau malas nak buat, mama beli jaa roti kat kedai .
Sekali sekala tuu ada la hidangan lain tuu pun kalau angin ghajen datang, bukan nya pa roti ni senang mama sediakan pada waktu malam.
Pagi tu siap hidang jaa.Senang kan, kann. Resipi ni mama ambik dari blog Azian. Sapa2 nak cuba boleh p kat blog azian atau tengok kat bawah niii.



   BAHAN UNTUK DOH

  500 gram tepung roti, diayak
  20 gram tepung susu, diayak
  75 gram gula kaster
  1 sudu teh) garam
  1 1/2 sudu teh yis segera
  1 biji telur, dipukul sedikit
  270 gram (270 ml) air
  60 gram mentega, dilembutkan

   CARA MEMBUATNYA


  1. Campurkan tepung yang telah diayak,
       gula kaster dan garam didalam mixer dan putar
       pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
  2. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit
       pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan
       sederhana selama 8 minit.
  3. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit
       pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti
       menjadi lembut dan licin.
  4. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram
       (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat.
  5. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.


   BAHAN UNTUK INTI


  100 gram mentega/ cream cheese , dilembutkan
  1/4 sudu teh esen vanilla
  35 gram gula perang/ icing sugar


   CARA MEMBUAT INTINYA


  1. Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan
       sederhana selama 3 minit.
  2. Masukkan esen vanilla dan gula perang
      dan pukul hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam mangkuk
       dan bekukan dalam peti sejuk.
  4. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram
       dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk
       sehingga sedia untuk digunakan.


   BAHAN UNTUK TOPPING


  100 gram mentega, dilembutkan
  80 gram gula aising, diayak
  2 biji telur, dipukul sedikit2 (mama guna gred B)
  2 Sudu Esen Roti Boy / cappucino essence
     ( mama guna kopi emelco)
  100 gram tepung serbaguna ( superfine flour)


  CARA MEMBUAT TOPPING


  1. Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana
       selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit .
  3. Masukkan kopi emelco.
  4. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan
       sehingga semuanya sebati.
  5.Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam
       peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.


  CARA MEMBUAT MEXICAN BUN


  1. Leperkan satu bebola doh dan masukkan intinya.
  2. Cantumkan dan bulat kan duh. Buat sehingga habis.
  3. Biarkan ia naik sebentar.
  4. Paipkan toping diatas permukaan doh yang telah naik.
  5. Bakar selama 20 minit dalam kepanasan 160C -
       atau topping telah garing.

Wednesday

DAGING GORENG SOS TIRAM DGN SAYUR - SAYURAN


Menu ringkas....Daging goreng ngan sayur jer...


BAHAN BAHANNYA


300 gram daging (direbus hingga empok)
4 ulas bawang putih (di cincang kasar )
1 sudu besar tpg jagung (di bancuh dgn sedikit air )
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar )
3 sudu besar sos tiram
250 gram cendawan shitake segar*
300 gram brokoli *
1 batang karot * (di celur sekejap )


CARA MEMBUATNYA


1. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan sos tiram dan sedikit air.
3. Kemudian masukkan daging dan lada hitam.
4. Biar mendidih seketika, masukkan tepung jagung.
5. Masukkan sayur dan cendawan  tadi.Kacau sekejap dan angkat.
    Siap untuk dihidang ,makan panas2 sedap.





Tuesday

PAU KACANG MERAH


Selamat petang kawan2,dah makan ke belum . Petang nii kita minum teh O dengan kuih pau kacang merah.Kuih pau nii mama dah buat dulu , resipinya pun sama
jugak dengan yang dulu.Saja mama letak gak resipi kat sini.



BAHAN BAHAN :

BAHAN A.

1/2 kilo tepung hong kong atau tepung pau
5 sudu besar gula kastor
1/2 sudu besar shortening
1/2 sudu besar softener
1 sudu teh double action
1 sudu teh yis kering
250 ml air


BAHAN INTI :


150 gram kacang merah (rebus sehingga empuk)
115 gram gula kasar (mengikut cita rasa)
115 gram minyak jagung


CARA MEMBUAT INTINYA :


1. Kacang merah direndam terlebih dahulu.
2. Rebus sehingga empuk dan kembang.
    pastikan air ada sedikit biar kan sejuk.kisar hingga halus.
3. Masukkan ke dalam kuali,
    campur kan dengan gula dan minyak jagung.
4. Kacau hingga berkilat.sejukkan.


CARA MEMBUAT PAU :


1. Campurkan kesemua bahan A dan uli
    sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
2. Timbang adunan setiap satu seberat 50 gram.
3. Bulat kan adunan sehingga licin permukaan nya.
4. Masukkan sedikit inti dan bulatkan kembali.
5. Alas kan pau dengan kertas putih.
    biarkan adunan selama setengah jam.
6. Kukus sehingga masak lebih kurang 15 minit.

 Untuk mengelakkan pau berkedut2 ,selepas kukus selama 15 minit , tutup api dapur kemudian buka sedikit saja penutup periok kukus tu untuk keluarkan wap sekejap jaa , lepas tu baru lah buka penutup tu keseluruhannya dan keluarkan pau tadi.

ICE CREAM STRAWBERRY


Ice cream strawberry resipi dari Cik Mat ice cream kacang merah, tapi mama buat perisa strawberry.Terima kasih Cik Mat.Mama letak resipi kat bawah ni untuk rujukkan mama dan anak menantu di masa akan datang.Sama gak macam Hana yang dok kat jepun tuu.Hihi anak menantu bila lah agak nya Hana oiii .Untuk resipi tengok kat bawah..



BAHAN BAHAN ( 7 - 8 orang )

270 g coffemate (creamer tepung)
500 ml susu segar (perisa strawberry)
100 g gula halus (gula kastor)


CARA CARANYA


1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar.
2. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati.
3. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam
    (sehingga 3/4 beku).
4. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam
     mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga
     pekat dan gebu. .
     Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware)
     dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.
   

Monday

DALCA DAGING

MOCHA BUN



Sebenarnya Mocha bun ,bukan Coffee Bun sorry Cik Mat tersalah tulis laa..
Mocha bun baru ja bawak keluaq dari oben.Masih panas g dah di sambaq leh anak mama yg kecik tu.Sedap katanya mama buat tuk bekpes.



Jom kita tengok resipi kat bawah ni atau tengok kat blog Cik Mat .Trima kasih Cik Mat kerna kongsi resipi nii. Pa2 pun jom layannn


BAHAN-BAHANNYA :-)



190 g tepung roti (high protein flour)
50 g gula halus
2 g garam halus
6 g instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1 kuning telur
50 g susu segar (mama guna "nescafe mocha" dlm tin)
1 camca besar serbuk koko + 1 camca besar air panas
60 g "water roux"
1/2 camca teh coffe emulco
30 g mentega


CARA MEMBUATNYA :-)


1. Satukan semua bahan di atas kecuali mentega, gaul rata hingga
     menjadi doh.Tambah mentega dan terus menguli hingga
     mendapat adunan yang lembut dan anjal (kurang lebih 20 -    
     25 minit),
     kemudian alih adunan ke dalam bekas dan tutup dgn plastik,
     biar kan 1 jam hingga adunan kembang.

    KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan ke dalam
     bread maker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on "
     Biar hingga siap, dari proses mengadun,menguli dan
     memerap mengambil masa 1 jam 30 minit....
     (ikut BM memasing yeaa).

2. Keluarkan adunan, uli sekejap untuk membuang udara,
     biarkan 10 minit.Bagi2 adunan ke beberapa bahagian
     yang beratnya setiap satu 35g. (Mama buat besar2 40 gm
     dapat 12 biji ja) Bulat2kan dan susun dalam tin yg telah
     disapu dengan sedikit mentega. Biarkan doh naik 2 kali ganda.

3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu
    190C selama 25 - 30 minit,(oven mama 145C ja )
     bergantung pada oven masing2. Sapu mentega pada
     permukaan roti sejurus keluar dari oven.
     Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang....

Sunday

TAUHU GORENG SINGAPURA



Tauhu goreng singapura ni mama ambik dari umah Cik Mat.trima kasih Cik Mat kongsi resipi nii..
Izin kan mama letak resipi di umah mama ya..


BAHAN-BAHANNYA :-)

4 keping tahu biasa
1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap
1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
4 ulas bawang putih*
5 - 6 biji cili padi*
200 g kacang tanah*
3 - 4 camca besar gula melaka*
3 camca besar kicap pekat*
1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
Sedikit air*(*bahan sos kacang)
CARA MEMBUATNYA :-)

Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.

Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.

Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!




Friday

TALAM GULA MERAH

 

ni da lah fes time mama buat talam gula merah menggunakan tpung gandum,slalu buat guna tpung beras.kali ni sajaaa nk mencuba.mama kopi pes resipi dari blog hayati ramlan.


BAHAN UNTUK LAPISAN BAWAH

* 200gm gula merah (gula merah mama tu hitam sikit laa)
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur

CARA CARA NYA

1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan.
    Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya
    dan tuang adunan lapisan atas.

LAPISAN ATAS

* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

CARA CARA NYA

1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Thursday

KUIH KOCI PULUT HITAM

Kuih koci pulut hitam.Resipi mama ambik dari Blog Cik Mat.Trima kasih banyak2 Cik Mat kerna kongsi resipi ni.Resipi mama letak kat bawah ni,jom tengok kat bawah sana atau pi lawat kat blog Cik Mat di http://tiffinbiru.blogspot.com/
Cara2 nak buat kelongsong step by step pun ditunjukkan oleh Cik Mat.


BAHAN DOH :-)


250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 cawan air
1/2 cawan santan
Secubit garam


BAHAN INTI :-)


1 biji kelapa inti (yang sedikit muda dan berkulit cerah)
1 ketul gula melaka, dipotong kecil
1 cawan gula pasir
2 helai duan pandan
1 1/2 cawan air


BAHAN LAIN :-)


Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong ikut saiz sesuai
Minyak masak untuk disapu atas daun pisang


CARA MEMBUATNYA :-)


UNTUK INTI :- Masak gula melaka, gula pasir, 1 daun padan dan air hingga gula larut. Angkat dan tapis gula tadi. Masukkan kan ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukkan kelapa parut tadi dan baki daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga inti sedikit kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 doh kecuali air, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menajadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan, tambah sedikit lagi air jika perlu. Ketepian untuk 10 - 15 minit.

UNTUK KUIH KOCI :- Ambil sekeping daun pisang tadi, sapu dengan minyak masak pada permukaannya. Letakkan secukupnya doh dan ratakan. Ambil 1 - 1 1/2 camca teh inti dan letak di tengah2 doh, cantumkan doh dan kemaskan, bungkus kemas dan letak dalam pengkukus. Buat hingga siap. Kukus 15 - 20 minit atas air mendidih. Boleh dihidangkan segera ada dingin sedikit....

Wednesday

BUN PANDAN INTI KELAPA


ptang ni kta makan roti lg.

kopi pes dri hana, kat umah hana Tangzhong bun.mama ambik resipi doh aja
sebab mama boh inti kelapa.Terima kasih Hana .

BAHAN BAHAN NYA

200g tepung roti
50g gula
2g garam
1 sk bread improver
4g yis kering
1 biji kuning telur @ 1/2 biji telur
50ml fresh milk ( campur ngan santan pekat sedikit)
50g water roux @ tanzhong
30 g butter
1 sudu teh pandan emulco


CARA CARA NYA


1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan
     pilih menu Dough dan ONkan. Tunggu sehingga siap.
     Jika menggunakan kaedah uli tangan uli sehingga
     menjadi doh yg elastik.
2. Perap doh hingga naik 2 kali ganda.
3. Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Uli sekejap.
4. Bahagikan doh bolat2 yg kecil. kemudian masukkn inti kelapa.
5. Susun ke dalam loyang. Tunggu hingga doh naik
     sekali ganda lagik.
6. spray air ke atas roti.tabur kan kelapa putih di atas nya.
7. Panaskan oven. Bakar suhu 175 selama 23min atau
     hingga keperangan.
8. Kuar dr oven sapukan butter dan sejukkan di atas redai.

Sunday

MAJALAH RASA JANUARI DAN MAC



Pe yg korang piki kn time ni??pe motif mama ttba n3 gmbo ni??pe k'istimewaan sngt buku ni??myb bg korng buku ni jus utk masakan n prkra2 s'waktu ngn nya.tp bg mama..hehehe..phm2 la ye.mak spa yg xbngga ank dia mnjdi ank yg bguna.


edisi majalah rasa januari '10.yang sebelah tepi sekali tu anak mama along.dalam majallah edisi januari ni anak mama bersama2 pensyarah dan kawan2 masak masakkan menu bekal anak2 kesekolah.ada macam2 resipi yang ringkas dan berkhasiat ...
.


edisi majalah mac '10.apa yang dibincangkan oleh cik Hafis dengan anak2 buahnya.

Friday

ROTI PAUN


Hari ni terlebih ghajen la pulak.Dah lama nak buat roti ni.Dok tengok umah kawan2 teringin laa pulak nak meroti.Alhamdulillah dah pun tercapai hasrat di hati.Ni laa hasilnya,baru jaa bawak keluaq dari oven, Nah ambik ko setalam bak.makan la anak2 oii, nanti mama buat pesen lain pulak.



tengok laa lembut ja kan




yang ni dah pun berpisah ngan kawan2 kat atas tu.banyak dah kawan2 cuba buat roti nii.Mama ambik dari uma Hana.Tq hana dan Tq empunya asal resipi ni.Jom kita tengok resipi kat bawah ni.


BAHAN BAHAN NYA :

*300 gm tepung
*80 gm gula
*20 gm susu tepung
1 biji telur (saiz AA)
1 camca teh yis (campurkan dengan 1/2 cawan air suam)
1 camca besar majerin
1/2 camca teh pelembut roti (bread softener)
sedikit bread improver3

bahan bertanda * saya timbang sekali harung.. = 400gm semuanya..

CARA CARA NYA :

1. tepung + gula + susu tepung + bread improver
     gaul biar bercampur lubangkan tengah..
2. masukkan telur..
3. masukkan majerin gaul rata then masukkan air+yis uli
     then masukkan pelembut roti..
4. uli jadi doh (tak payah lama sangat.. asalkan dah jadi doh)
     perap doh n biarkan naik.
     (resepi asal suruh perap 2 jam..saya letak kat luar rumah.
      tak sampai sejam doh dah naik)
5. bentuk2kan... then saya letak majerin sikit kat tengah2 bun..
     (macam tahi lalat laa) bakar about 20 minit @ 180C
      bila dah masak gliskan dengan majerin...

Nota dr sumber:
* lepas bentukkan tak payah tunggu dia naik lagi..
   boleh terus masukkan kat oven..
* doh ni agak melekit.. so.. saya just tabur2 tepung je..
   1 adunan boleh dapat 16 biji bun yang sederhana..

Wednesday

KEK PISANG LAGI


Pelik benar ghoper kek mamasyipah hari nii.Ni kes tak sabor laaa, cepat sangat bawak keluar dari acuan.
Kek pisang ni selalu mama buat sebab my family suka buat bekfes dan minum ngan teh o waktu petang.
minggu lepas pun buat gak kek ni resipi yang sama gak tapi tak serupa.



Jom kita tengok resipi kat bawah ......


BAHAN-BAHANNYA

1 cawan gula pasir
6 biji telor (gred b)
3/4 cawan minyak masak
8 biji pisang emas (di lenyek)
2 cawan tepung gandum * (campur dua2 dan di ayak )
1 sudu teh soda* s
edikit esen vanilla
sedikit garam

CARA MEMBUATNYA

1. Gula pasir dan telur di putar hingga kembang.
2. Masukkan pisang dan garam.
3. Putar sekejap dan masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung gandum dan putar sekejap.
5. Masukkan dlm loyang dan bakar selam 45 minit dgn
    suhu 180 darjah.Atau sehingga masak.

GULAI REBUNG DENGAN DAGING


Menu tengahari gulai daging t rebung

Tuesday

MEE KUNING


MEE KUNING


BAHAN BAHANNYA

5oo gram tepung gandum
1 sudu teh air kapur
1 biji telur
1/2 sudu teh garam *(tak boh pun tak pa)
sedikit pewarna kuning*
200 ml air *(campurkan kesemuanya)
sedikit minyak masak.


CARA MEMBUATNYA


1. Masukkan tepung dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan pula telur, air kapur dan air
     sedikit demi sedikit sambil di uli hingga sebati.
3. Air tak perlu di habiskan jika adunan sudah menjadi doh.
4. Jika airnya kurang tambahkan sedikit air lagi.
5. Guna mesin mee untuk membuat nya.
     Mama guna mesin cara manual ja.
6. Selepas selesai proses membuat mee, rebus mee di dalam
     air mendidih sekejap saja lebih kurang 1 atau 2 minit saja.
7. Jangan terlalu kembang sangat.
8. Tuangkan  mee dalam penapis dan cuci mee tadi dgn air biasa.
9. Kemudian toskan sekejap dan gaulkan dengan sedikit minyak
     masak supaya mee tidak melekat.
                                      



MI KUAH

Ni lah hasil  mee kuning yang mama buat tadi.Mama buat mee tu awai sikit sebab malam nanti baru nak masak.
Mama masak mee kuah .Simple pakai campak2 ja.





Monday

KAILAN OYSTER FLAVOURED SOUCE


Selamat tengahari semua.Dah makan ke belum.Hari ni mama masak simple2 ja.Sayur kailan sos tiram , ikan  goreng, sambal dan ulam ulaman.My laling balik makan pukul 1 tghari.Mama siap hidang atas meja pi kat dapur nak ambik nasi,YA ALLAH YA TUHAN KU nasi lupa masak.Nasib baik Angah tak p keja lagi,jadi si angah p beli nasik kat kedai laa.Selalunya orang masak nasik kat umah Lauk Pauk beli kat kedai.Tapi nii dah tebalik laa pulak.Nasib baik la my laling tuu penyabar orang nya.Tq my laling I Love You So Much....


BAHAN BAHANNYA


250 gram daging (di rebus hingga empuk dan potong nipis2).
 jgn buang buang air rebusan daging tadi.
3 batang sayur kailan (di bersih dan potong sesuka hati).
3 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar lada hitam(di tumbuk kasar).
1 sudu besar tepung jagung di bancuh dgn sedikit air.
4 ulas bawang putih (di cincang kasar2)
2 cawan air.
sedikit minyak masak.


CARA MEMBUATNYA


1. Panaskan minyak masukkan bawang putih.
2. Tumis bawang  hingga kekuningan.
3. Masuk daging bersama air rebusan tadi.
4. Masukkan air, biar mendidih.
5. Masuk sos tiram dan lada hitam.
6. Lepas tu masuk sayur kailan kacau sekejap.
7. Masukkan pula tepung jagung yang telah
     di bancuh dgn air tadi.Kacau dan angkat .
8. Siap utk di hidang.Sedap di makan panas2.

KARIPAP


Karipap sumber dayang jack


Bahan-bahan utk pastri : (20-24 biji)

250 g Tepung gandum
120g Marjerin
70-80 ml Air sejuk + secubit garam (dibancuh)

Cara-cara :

1. Tepung gandum dan marjerin diramas2 menggunakan
     hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.
2. Sejukkan selama 1 jam.
3. Kemudian tuangkan air dan uli hingga menjadi doh yg licin.
4. Canai dan terapkan doh. Letak inti di tengah2nya
     dan kelim dgn kemas.
5. Goreng hinggga keemasan dgn menggunakan api kecil.
     Boleh juga dibakar jika suka.

Thursday

AYAM ROSE BERMADU




BAHAN-BAHANNYA


500 gm ayam di bersih dan toskan
4 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu teh pati ayam
1 cawan susu cair
1 senduk cili kering kisar
6 biji cili merah *
3 biji bawang besar*
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
mesin bahan2 bertanda*
2 batang serai (di ketuk)
sedikit bunga cengkeh, bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis
sedikit minyak utk menumis
garam dan serbuk kunyit secukupnya


CARA MEMBUATNYA


1. Ayam di gaul garam dan kunyit
     kemudian goreng separuh masak.
2. Panaskan sedikit minyak  masukkan
     rempah tumis dan serai biar hingga wangi. 
3. Kemudian masukkan bahan2 yang di mesin dan cili kering 
     tadi dan biarkan pecah minyak atau sehingga   masak.
4. Masukkan pula sos tiram dan sos cili biarkan seketika.
5. Masukkan madu kacau sekejap,masuk serbuk pati ayam
     dan susu cair.
6. Biar mendidih ,kemudian masukkan ayam .kalau tak masin
     tambah sedikit garam.
7. Biar hingga masak.




Wednesday

KUIH KETAYAP




Kuih ni mama buat petang tadi untuk minum petang




BAHAN BAHANNYA 


2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan air
1/2 cawan air daun pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

BAHAN INTI

1 cawan kelapa parut putih sahaja
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
sedikit garam

CARA MEMBUAT INTI

1. Masak gula merah dengan 1/2 cawan air kemudian tapiskan.
2. Masukkan gula pasir dan kelapa parut dan sedikit garam. 
3. Masak diatas api yang sederhana  dan kacau hingga sebati
     dan biarkan sedikit lembab.
4. Angkat dan sejukkan

CARA MEMBUAT KULITNYA

1. Masukkan semua bahan dalam blender
     dan blend hingga sebati.
2. Panaskan non-stick pan,tuangkan satu senduk kecil
     adunan ini dan goyangkan kuali supaya adunan rata dan nipis.
3. Tutup non -stick pan sekejap atau sehingga adunan masak.
4. Bila masak angkat dan letakkan inti kelapa tadi.
5. Lipatkan bahagian kiri dan kanan, gulung dengan kemas.
6. Buat hingga selesai.





Tuesday

SERBUK PERENCAH BIJIRIN MENTEGA


ni la perencah yg mama guna.

BUTTER CEREAL PRAWN


BAHAN-BAHAN :

600 g udang (ayam, ikan pun boleh)
100 g serbuk perencah bijirin mentega
2 sudu besar mentega
sedikit daun kari
10 biji cili padi (klau nk pedas + kn lg)

CARA MEMBUATNYA :

1. Udang di bersih kan dan di goreng sehingga masak,toskan
2. Bersih kan kuali dan panas kan mentega dengan api yang pelahan.
3. Tumis kn daun kari dan cili padi sehingga wangi.
4. Masukkan udang.gaul sehingga rata dan padam kn ap.
5. Masuk kan serbuk perencah bijirin mentega dan gaul sehingga sebati.sedia untuk di hidang.

Monday

KEK PISANG 1





BAHAN-BAHANNYA

1 cawan gula pasir
6 biji telor (gred b)
3/4 cawan minyak masak
8 biji pisang emas (di lenyek)
2 cawan tepung gandum * (campur dua2 dan di ayak )
1 sudu teh soda*
sedikit esen vanilla
sedikit garam

CARA MEMBUATNYA

1. Gula pasir dan telur di putar hingga kembang.
2. Masukkan pisang dan garam.
3. Putar sekejap dan masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung gandum dan putar sekejap.
5. Masukkan dlm loyang dan bakar  selam 45 minit dgn
    suhu 180 darjah.Atau sehingga masak.

Related Posts with Thumbnails