Followers

Tuesday

AYAM PANGGANG LADA HITAM


Sumber :- Majalah saji
Di ubah suai ikut cita rasa keluarga mama

BAHAN BAHANNYA :-

1 ekor ayam dibersihkan
5 ulas bawang putih
3 cm halia
6 batang serai
3 sudu serbuk lada hitam
sedikit garam

CARA MENYEDIAKANNYA :-

1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Kisar semua bahan2 di atas dan lumur
     pada ayam dan perap ayam selama lebih
     kurang setengah jam.
3. Panggang ayam atau bakar dalam oven
     sehingga masak.



Sos lada hitam

BAHAN BAHANNYA :-

1 labu bawang Holland yg besar ( didadukan )
3 sudu besar mentega
100 gm serbuk sos perang
3 sudu lada hitam ( ditumbuk kasar2)
3 sudu besar whipping cream ( mama tambah )
1 batang saleri (diracik halus )
2 cawan air ( mama letak 3 cwan )

CARA MENYEDIAKANNYA :-

1. Panaskan mentega sehingga cair, tumiskan
     bawang Holland hingga kekuningan.
     Masukkan saleri yg telah diracik tadi,
     biar layu sikit
2. Kemudian masukkan air, lada hitam dan sos perang.
     Masak hingga agak pekat.
3. Masukkan whipping cream dan masak
     hingga pekat.
     Tak perlu letak garam sebab sos perang
     tu dah rasa masin
     Siap untuk di hidang dengan ayam panggang tadi.

Saturday

KEK MARBLE SUSU

Resipi: Norzailina
Sumber: yatie jb
BAHAN BAHANNYA:-
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*

(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

    CARA MENYEDIAKANNYA:
    1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus 
         hingga putih. Masukkan telur satu
         persatu sambil terus memutar hingga
         kembang dan gula hancur. Masukkan susu
         pekat dan gaul rata.
    2. Perlahankan speed dan masukkan tepung
         sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
         Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama
         banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu
         bahagian di campur dengan susu cair, serbuk
         koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
    3.Tuang secara berselang seli antara adunan
         tanpa warna dan adunan coklat dalam tin 
         yang telah dilenser dengan mentega dan 
         dasarnya dialas dengan kertas minyak. 
         Kemudian buat beberapa pusingan
         dengan menggunakan chopstick.
         ( mama tak buat macam ni pun)
    4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan
         pada suhu 175C selama 30 - 35 minit.
         Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan
         dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas
         jaringan dan hias ikut suka.




    Sunday

    SWEET BUN




      Resipi Roti Asas - asal dr Roshayati Rnet
     Sumber: liza jb

      Bahan A

      500 gm tepung roti

      100 gm gula castor

      20 gm susu tepung
      11 gm yis
      5 gm bread improver (optional)
      bahan A 
      ni digaul dahulu sebati masukkan garam 6gm

      Bahan B

      air dan sebiji telur dicampurkan menjadi 265gm

      jumlah bahan cecair ini bergantung pada kondisi tepung
      mungkin lebih atau kurang

      Bahan C

      butter 80gm atau gandingan butter dan shortening

      5 grm  bread softner 


      CARA MENYEDIAKANNYA :-

       1.  Gaul sebati bahan A masuk bahan B dan
             di uli hingga sebati.

       2.  Masuk kan Bahan C dan uli lagi sehingga licin
              dan elastik mcm roti canai ditarik tak putus.

       3.  Perap hingga 2x ganda dlm lingkungan 
               30 ke 45minit.
       4.  Setelah naik buang angin dan bahagikan doh
             dan bentuk2kan, dan boleh di taruk inti semasa ini.
       5.  Perap hingga 2x ganda. 
       6.  Bakar ikut suhu panas oven masing2 biasa
             180c ke 200c,,,
             Kalau bun dlm 15minit kalau roti loaf 
            dlm 25 ke 35 minit



    Wednesday

    BLUEBERRY CHEESE CAKE

     

    Salam buat semua...hari ni mama merajinkan diri buat cheese cake. Tengok sana sini ramai dah mencuba cheese cake ni.. Sedap wooo... nak tau sedap ke tidak cuba laa tuan2 dan puan2. Rasanya lemak2 masam gitu.. Resipi ni mama ambil dari blog Ika. Terima kasih Ika kongsi resipi ni..Tapi mama dah tukar bahan biskut tu dengan kek span. Ok jom tengok resipi kat bawah ni.. 

    Sumber : Ika
    BAHAN BAHANNYA :-

    Bahan-bahan A:
    250 gm biskut mudah hadam - lebih kurang 200g
    125 gm mentega tanpa garam - letak 100g

    Bahan-bahan B:
    200 ml krim putar(whipping cream)
    250 gm krim keju
    165 gm gula kastor - letak 150g
    1 sudu besar jus lemon- 2 sb

    Bahan-bahan C:
    15 gm gelatin halal
    100ml air
    - campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit 

    Topping
    Blueberry topping secukupnyer
    Jus lemon
    Gula caster
    Sedikit air


    CARA MENYEDIAKANNYA :-

    1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
    2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
    3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
    4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
    5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
    6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
    7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese boleh sapukan fresh cream yg dpukul sebelum dtuangkan kuah topping, lebih kurang 150ml fresh cream.
    8. Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.
    9. Tuangkan kuah topping hingga habis


     Resipi kek Span 

    BAHAN BAHANNYA :-

    50 gram minyak jagung
    80 grm butter dicairkan  (sejukkan)
    500 grm sponge mix
    8 biji telur (gred A) atau timbang 5oo grm telur
    1 sudu besar Golden syrup
    1 sudu teh esen vanilla
    sedikit garam
    120 ml air sejk dari peti ais

    CARA MENYEDIAKANNYA :-

    1. Pukul sponge mix dan telur hingga gebu  lebih
         kurang 5 atau 6 minit.( guna kelajuan yg tinggi )
    2. Masukkan air sejuk dan pukul lagi hingga sebati.
    3. Pelahan kan kelajuan mesin masukkan minyak, 
         butter dan esen vanilla.
    4. Kemudian gunakan spatula gaul adunan tadi
         hingga minyak dan butter tadi sebati.
    5. Masukkan dalam loyang yang berukuran 8 inci bulat.
    6. Bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah lebih
        kurang 40 hingga 50 minit atau hinggga masak.
    7. Biarkan kek betul2 sejuk kemudian potong 3 lapis
        dan lapiskan dengan cream cheese tadi.
    8. Sejukkan sekejap dalam peti ais. 
        Selamat mencuba.

        Adunan kek span ni banyak  jadi yang
        selebihnya tu mama buat kek gulung
        yang berukuran 12x15 inci. 



    Tuesday

    Cuti Cuti Malaysia - Melaka 2010


    Dataran Keris




    Cantik... pemandangan dari atas Menara Taming Sari..

    Dah penat jalan2 perut pun dah menyanyi macam2 rentak.. berdangdut laa , keroncong laa.. Ok singgah makan kejap dekat Pengkalan Balak. Makanan kat sini sedap2 laa. Kejap jaa duduk kat situ dah pun sampai makanan... rupa2nya semuanya siap dioder dari rumah lagi oleh Mejer Ibrahim. Terima kasih banyak2..semoga dikurniakan kesihatan yg baik kita jumpa lagi.. 


    Perigi Hang tuah... eh pandai ka anak mama ambil air guna timba tuu. Masa dah berlalu zaman anak mama dah tak ada laaa cam ni...Zaman mama kat kampung dulu guna air perigi macam ni laa ....Sejuk laa air kat perigi ni maaa.....

    Zoo Melaka

    Wahai sang burung walaupun aku tak cantik tapi..... kelebihan aku  berkaki empat.. dapat juga berjalan   dengan dua kaki.. ..tu lah agaknya ungkapan bila sang beruang dapat berkata2  he he...

    Tenang  damai.. pemandangan tasik kat Zoo Melaka

     ...Ada gaya..bila laaa dapat beli matosikal ni eeh..

    Sebelum balik singgah makan nasi ayam hailam  sedap murah pula tuu.
    ..Selamat tinggal Melaka jumpa lagi 2011... insyaallah...

    bye..bye kak lang jumpa lagi jangan nakal2 ya..

    LOVELY HAZELNUT BALL


    Menghasilkan :120biji-1/2 sb each


    BAHAN BAHANNYA :-


    250g butter
    120g gula caster
    1 biji telur
    esen vanilla
    350g tepung gandum
    50g tpg jagung
    secubit emplex
    50g serbuk hazelnut
    2 sb susu tepung
    2 sb coffeemate


    CARA MENYEDIAKANNYA :-


    1. Ayak bersama kedua2 tepung bersama emplex.
        satukan dgn hazelnut,susu tepung dan coffeemate.
        ketepikan
    2. Pukul gula dan butter hingga berkrim.
        Masukkan telur dan vanilla.pukul lagi
    3. Masukkan bahan kering.gaul sebati 
        hingga jadi doh yg lembut.
    4. Bentukkan ikut kegemaran masing2 dan susun atas
        tin yg di alas baking paper.
    5. Bakar 20-25min pd suhu 160c dgn oven yg 
        telah dipanaskan
    6. Sejukkan atas redai kuih sblm di hias.

    Bahan hias :-

    strawberry chocolate,cooking chocolate@apa2  
    saja yg digemari.pandan@white etc.
    royal icing

    cairkan chocolate
    celup biskut dan biar atas redai kuih 
    hingga keras sblm dipaip royal icing..

    Utk royal icing :-

     2 biji putih telur
     150g gula aising
     esen vanilla
     2 sb tepung jagung

    1. Satukan putih telur,tepung jagung dan gula 
         icing dlm bekas tahan panas.
    2. Double boilkan bahan sambil dikacau
         hingga agak panas.
    3. Pindahkan ke dlm mixer bowl.(tapis dulu)
    4. Pukul hingga kental(tak jatuh dr pemukul)
        masukkan vanilla.pukul lagi.
    5. Warnakan dan masukkan dlm piping bag.
    6. Pipekan atas biskut
    7. Biar icing mengeras sblm disimpan
        dalam bekas kedap udara.

    Thursday

    Roti benggali .lagiiiii... percubaan kedua

       
    Doh yang lebih buat roti benggali tu mama buat bun sardin, dapat la 6 biji. Lupa pula nak tabur bijan kat atas bun tu. Kalau ada bijan lagi cantik kan kannn..





    Roti benggali nii.. adalah percubaan mama yang kedua. Alhamdulillah hasilnya tak menghampakan..


     RESIPI DOH ASAS ROTI (1)
     RESIPI : Liza jb

     BAHAN BAHANNYA :)-

      A 100g tepung roti (high protin)
     70 g air mendidih

      B 300g tepung roti (high protin)
     100g tepung gandum
     80g gula castor
     6g garam
     20g susu tepung
     9g yis segera

     C 175g air sejuk
     60g telor sejuk

     D 60g butter

     CARA MENYEDIAKANNYA :)-

    1. Campurkan air panas didih kedlm tepung
         sebatikan jadikan doh. sejukkan dah masukkan 
         kedlm peti ais selama 12 jam.
    2. Campurkan adunan B sebatikan dan masukkan
         adunan C dan uli sehingga menjadi doh baru
         masukkan adunan A tadi, uli sehingga sebati.
    3. Campurkan adunan D dan uli sehingga menjadi 
         elastik, buat ujian elastik
    4. Rehatkan selama 40minit atau sehingga
         naik 2x ganda
    5. Apabila doh naik tumbuk buang angin dahulu.
         Buat doh besar rehat 10 minit.
    6. Bahagi2 kan doh dan bentuk2 kan dan masukkan
         inti jika perlu. 
    7. Rehat 30minit to 1jam atau sehingga
        doh naik 2x ganda bakar dalam oven dengan 
        suhu170 darjah atau ikut oven masing2.



    masa bawa keluar dari oven cantik jaa roti nii licin ja, tapi tangan ni dok gatai laa pula bawa masuk sekali lagi dalam oven nak bagi garing la sikit baru laa sedapkan, tapi hasilnya berkedut2 laa pula. Tapi apa2 pun roti ni memang lembut. Terima kasih pada liza jbdan kak norli kerna kongsi resipi ni.. Resipi bleh tengok di sini. 

    Tuesday

    wOOWWW.... buMM buM...........


     Ya Allahh.. kenapa jadi cam nii...Dah tahu adunan tuu banyak napa la sumbat masuk gak..  ni laa akibatnya..Resip mama ambil kat sini


    RESIPI DOH ASAS ROTI (1)

    RESIPI : Liza jb


     A 100g tepung roti (high protin)
     70 g air mendidih

     B 300g tepung roti (high protin)
     100g tepung gandum
     80g gula castor
     6g garam
     20g susu tepung
     9g yis segera

     C 175g air sejuk
     60g telor sejuk

     D 60g butter

     CARA MENYEDIAKANNYA:)-

    1. Campurkan air panas didih kedlm tepung 
         sebatikan jadikan doh. sejukkan dah
         masukkan kedlm peti ais selama 12 jam.
    2 Campurkan adunan B sebatikan dan masukkan
        adunan C dan uli sehingga menjadi doh baru
        masukkan adunan A tadi, uli sehingga sebati.
    3. Campurkan adunan D dan uli sehingga menjadi
         elastik, buat ujian elastik
    4. Rehatkan selama 40minit atau sehingga naik 
         2x ganda
    5. Apabila doh naik tumbuk buang angin dahulu. 
         Buat doh besar rehat 10 minit.
    6. Bahagi2 kan doh dan bentuk2 kan dan
         masukkan inti jika perlu. 
    7. Rehat 30minit to 1jam atau sehingga doh naik 
         2x ganda Bakar dalam oven dengan suhu 
        170 darjah atau ikut oven masing2.



       
    Apa2 pun roti ni teramat laa lembut, suka sangat dengan resipi nii..terima kasih pada LizaJB.
    terima kasih banyak2 kerna kongsi resipi ni..

    Monday

    PEPPERMINT MUFFIN WITH CHOCOLATE

     Jom minum petang dengan muffin pudina sedap nih..

    sumber : Mat gebu
    BAHAN-BAHANNYA :-)

    100 g mentega
    85 gram gula halus
    2 biji telur gred A
    175 gram tepung gandum*
    10 gram baking powder*(*digaul rata dan ayak)
    80 ml susu segar
    30 gram coklat susu, didadu kecil (mama guna milk chocolate colatta)
    Beberapa titik perwarna hijau muda
    2-3 titik esen pudina


    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
    2. Putar mentega bersama gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang, jarak masa antara 1 biji telur ialah seminit. Perlahan kan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati.
    3. Masukkan pewarna hijau muda dan esen pudina, putar sebati. Akhir sekali masukkan coklat susu tadi, gaul rata.
    4. Sudukan 3/4 penuh dan bakar 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dihidangkan..
    gebu ja muffin ni..

    Mama guna acuan yang kecik ja, dapat banyak gak ni..
    Related Posts with Thumbnails