BAHAN BAHAN :-
500 gram tepung pau / tepung hong kong
5 sudu besar gula kastor
1/2 sudu besar shortening
1/2 sudu besar softener
1 sudu teh double action
1 sudu teh yis kering
250 ml air (260 ml mama tambah)
inti kacang merah secukup nya
CARA MEMBUAT PAU :-
1. Campurkan kesemua bahan A dan uli
sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
2. Timbang adunan setiap satu seberat 50 gram.
3. Bulat kan adunan sehingga licin permukaan nya.
4. Masukkan sedikit inti dan bulatkan kembali.
5. Alas kan pau dengan kertas putih.
biarkan adunan selama setengah jam.
6. Kukus sehingga masak lebih kurang 15 minit.
Mama kukus 2 minit jaa guna pengukus Tupperware
Untuk mengelakkan pau berkedut2 ,selepas kukus selama 15 minit , tutup api dapur kemudian buka sedikit saja penutup periok kukus tu untuk keluarkan wap sekejap jaa , lepas tu baru lah buka penutup tu keseluruhannya dan keluarkan pau tadi
6 comments:
wah cantiknya kuih pau mama ni...gebus jer...mama dok bm kat area mana yer?kg saya kat nibong tebal.
salam nieza....terima kasih byk2. mama dok kat Bandar Perda.dekat ngan Jusco tu, dok berek polis blkg balai tu (IPD)
Salam mamasyipah... saya dah cuba resipi pau mama ni. Best, tak lenguh tangan menguli dan tetap cantik walau tak cukup bahan.. terima kasih ye sudi kongsi..
w'salam Cik Siti..terima kasih ya kerna sudi mencuba resipi pau tu..
sedap pau mama...pos skit kat kajang