Resipi : Tok Mak
Sumber : Salina Abkamal
BAHAN- BAHANNYA :-
1 biji telur (mama guna gred B)*
2 sudu besar susu pekat manis*
3/4 cawan gula kastor
2 sudu kecil yis
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil sorthening
500gm tepung gandum (mama guna cap sauh)
1 sudu besar susu tepung (mama guna fernleaf)
300ml air*
( *air ni dah dicampur sekali dgn telur dan susu pekat manis jadikan 300ml kesemuanya )
CARA MEMBUATNYA :-
kaedah breadmaker
1. Masukkan air yang dibancuh dengan telur dan susu pekat manis.
2. Masukkan tepung, gula, marjerin. gula dan sorthening.
3. Akhir sekali masukkan yis dan on kan mesin.
4. Tunggu sehingga mesin berhenti dan bahagikan doh
beberapa bahagian dan bulat2kan, masukkan dalam loyang
yang telah disapu dgn marjerin kemudian rehatkan sekejap
lebih kurang 1/2 jam.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 120 darjah sehingga masak.
Suhu ikut oven masing2.
2 comments:
Salam...Geramnya saya tengok royi ni..Makan ngan kaya dan kopi panas sedapppp ni
w'salam..sue akak pun suka sgt dgn resipi roti ni ..sedap dan senang nak buat cubala..