Followers

Tuesday

KEK MARBLE TRIO





KEK MARBLE TRIO
Sumber: Mat Gebu

BAHAN - BAHANNYA :-

300 gm butter (unsalted butter)
280 gm tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking pawder* (*digaul rata dan diayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovelette
250 gm gula halus
30 gm gliserin*
20 ml air* (disatukan)
11/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawbery emulco
1/2 camca teh esen rose

CARA MENYEDIAKANNYA :-

1. Leser tin berukuran 8x8x3 inci dengan mentega,
    alas dasar tin dengan kertas minyak, leser kertas
    tadi dengan sedikit mentega.Ketepikan.
2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, 
    masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis,
    putar rata dan alihkan kedalam mangkuk lain.
3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, 
    masukkan gula halus dan  ovelette, putar hingga rata.
    Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada
    kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental
    seperti adunan bauhulu.
4. Perlahan sedikit speed dan masukkan adunan no.2
    sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan 
    masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
   1 bahagian + coklat emulco, 
   1 bahagian + stawberry emelco
   dan 1 bahagian esen rose (yang ni biar plain).
   Tuang adunan secara berselang seli dalma tin tadi.
    Lorekkan dengan hujung pisauu atau chopstik, 
    pastikan hujung pisau / chopstik sampai ke dasar adunan. 
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhuu 175c
    selama 55 minit hingga satu jam, bergantung pada oven
    masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya
    sebelum dihidangkan.

   CATATAN: Kalau tak ada gliserin, abaikan gliserin dan air,
    ganti dengan 50ml susu cair atau whipping
    cream. Oven hendaklah dipanaskan 10 minit
    terlebih dahulu.


3 comments:

ady said...

as-salam
cantiknye kek marble trio dia..perfect!!!

mamasyipah said...

w'salam ady...terima kasih kek ni memang sedap cuba laa

hajar saufi said...

salam..hey nice blog! follow mine ^_^

http://penhijaupenpink.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails