Followers

Tuesday

ADUHAIIII TERSALAH TEPUNGGG TAPI ........


Assalamualaikum dan salam buat semua kawan2. Aduhaiii lama betul tak jenguk blog mama, tnet kat rumah ni buat hal laa geram betul.. Dia orang bagi tahu 3 hari ja tapi dah satu minggu baru ok hairan la, tu pun kena tukar apa benda tah mama pun tak tau. Tapi tak kesah la janji ok dah laa.. nasib tak kena bayaran..



Akibat tersalah tepung tapiii... alhamdulillah tengok tu.. lembut dan gebu ja bun tuna ni..



Bun sambal tuna ni mama buat dua hari yang lepas. sedap la kalau nak tau sedap ker tidak cuba la . resipi mama ambil dari blog Cik Mat Gebu. Alaa siapa yang tak tau Cik Mat yang sinonim dengan dunia masakan tu..
Ok la cik mat seperti biasa mama minta izin letak resipi kat blog mama. Roti ni tersangat laa lembut dan gebu. Selalunya mama buat bun tak la selembut ni. Best la resipi ni suka sangat2. Waktu nak kemas dapur yang besepah2 tuu mama tengok dua bungkus tepung atas lemari dapur, sekali mama tenguk tepung roti masih blum guna lagi... heran la pulak ....Rupa2nya mama tersalah ambil tepung ,mama guna tepung pau. Tapi Alhamdulillah roti yang mama buat tu gebu dan tersangat lah lembut. Resipi asal Cik Mat guna tepung gandum. Ok la lain kali boleh buat roti guna tepung pau..
Ok la kita tengok resipi kat bawah ni....


BAHAN DOH :-)

300 g tepung gandum (mama guna tpg pau )
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 sudu teh softener ( yang ni mama tambah sendiri )
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
1 1/2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
100 ml air suam
50 ml air (xtra) ( mama tambah 25 ml saja )
sedikit bijan

BAHAN SAMBAL TUNA :-)

1 tin tuna flakes, toskan
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, cincang
1 ulas bawang putih, cincang
1/2 inci halia, diketuk
1 camca besar kicap cair
1/2 camca teh gula
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
Sedikit minyak untuk menumis

  CARA MEMBUATNYA -
 
 1. UNTUK DOH :- Dalam air suam, masukkan instant yeast dan 1 camca teh gula halus (dari 55 g gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan bancuhan ragi rati. Uli dan tambah air (yang xtra 50 ml tadi) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.

2. UNTUK SAMBAL TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan cili kisar hingga garing, masukkan tuna, gula dan kicap cair, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masak dengan api perlahan hingga sambal kering, masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Keluarkan halia titik sebelum digunakan.

3. UNTUK BUN SAMBAL TUNA :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, leperkan seperti dalam gambar, letak 1 camca besar sambal tuna dan balut inti tadi. Bulat2kan roti dan susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Perap roti tadi hingga naik, kurang lebih 45 minit. Sapu roti dengan telur lepas tu tabur bijan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, nak tabur bijan atas roti tadi pun ok, sapu permukaan roti dengan lebihan telur yang ditambah 1 camca besar susu cair, dan taburkan bijan, kemudian bakar seperti biasa......

2 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Salam MamaSyipah...wah cun nampak roti tepung pau tu....dah lama tak meroti.....asyik buat kek jer lately....Mama sihat ke??.Ma...ada lagi tak roti..nak sebiji!

mamasyipah said...

>> w'salam watieman..ya la tak sangka pulak menjadi roti tu.slalunya klau buat roti mama tak penah derhaka ngan resipi takut tak jadi.tpi kli ni dehaka yg tak dsedari..hihi.mama sihat.dah pinis la roti tu...

Related Posts with Thumbnails