Followers

Wednesday

KEK CHIFFON PANDAN


Terima kasih pada yatie jb kerna kongsi resipi ni. Betul la kata yatie kek ni memang sedap. Mama suka sangat2 sebab kek ni bukan saja lembut tapi lembab. Anak mama yang tak suka kek chiffon pun cakap sedap laaa kek ni. Mula2 dia tengok jaa kek ni atas meja, langsung dia tak sentuh tapi bila mama cakap sedap baru laa dia cubit sikit jaa nak rasa katanya, lepas tu laju laa pula dia makan sedap katanya. Lain kali boleh buat lagi laaa... 


sumber :- yatie jb 


BAHAN BAHANNYA :-
Acuan chiffon 22 cm  

Bahan A

* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B

* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

CARA MENYEDIAKANNYA :-

Bahan (A): 


1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau.
   ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan
    dan kacau lagi.
3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama 
    baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu


.Bahan (B) :- 

1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi
    hingga kembang.
4.  Masukkan cream of tar tar. 
     Pukul lagi hingga betul2 kembang,
     jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
5. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam
    bahan A sedikit demi sedikit....guna 
    spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
6. Tuang adunan ke dalam periuk lubang..
     tak perlu di lenser.
7. Setelah siap, hentakkan beberapa kali
    dan bakar selama 45-50 minit 175c.
8. Setelah masak, angkat kek dan terus
    terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
9. Setelah sejuk, boleh lah dipotong dan hidangkan.




lembut lembab dan gebu jaa kek ni...



Jemput makan kawan2 semua...


1 comments:

Yatie said...

Salam Mamasyipah,
Fulamak cantik, menarik, tertarik tul tngk kek chiffon mama ni...mmng betul2 gebu...yatie tngk pun geram tau...klau depan mata, takyah fikir2 lagi...terus ngap je....thanks sudi cuba resepi ni...

Related Posts with Thumbnails