Followers

Tuesday

AYAM PANGGANG LADA HITAM


Sumber :- Majalah saji
Di ubah suai ikut cita rasa keluarga mama

BAHAN BAHANNYA :-

1 ekor ayam dibersihkan
5 ulas bawang putih
3 cm halia
6 batang serai
3 sudu serbuk lada hitam
sedikit garam

CARA MENYEDIAKANNYA :-

1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Kisar semua bahan2 di atas dan lumur
     pada ayam dan perap ayam selama lebih
     kurang setengah jam.
3. Panggang ayam atau bakar dalam oven
     sehingga masak.



Sos lada hitam

BAHAN BAHANNYA :-

1 labu bawang Holland yg besar ( didadukan )
3 sudu besar mentega
100 gm serbuk sos perang
3 sudu lada hitam ( ditumbuk kasar2)
3 sudu besar whipping cream ( mama tambah )
1 batang saleri (diracik halus )
2 cawan air ( mama letak 3 cwan )

CARA MENYEDIAKANNYA :-

1. Panaskan mentega sehingga cair, tumiskan
     bawang Holland hingga kekuningan.
     Masukkan saleri yg telah diracik tadi,
     biar layu sikit
2. Kemudian masukkan air, lada hitam dan sos perang.
     Masak hingga agak pekat.
3. Masukkan whipping cream dan masak
     hingga pekat.
     Tak perlu letak garam sebab sos perang
     tu dah rasa masin
     Siap untuk di hidang dengan ayam panggang tadi.

2 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Wahhhh cunnye ayam tu posing kak!!! I'm soooo hungry right now! :D

mamasyipah said...

thank you love....sekali sekala bagi ayam tu posing...tapi kejap jaa tak sempat nak potong pun dah berebut2 ank2 dan ank buah mama... haha..

Related Posts with Thumbnails