Followers

Saturday

PANDAN LAYER CAKE





BAHAN BAHANYA : -

 bahan untuk kek

40 gm butter (dicair dan sejukkan)
35 ml minyak jagung
250 gm sponge mix
4 biji telor (gred A) @250 ml
100 air daun pandan
sedikit garam (tak letak pun boleh)
sedikit kelapa kering utk hiasan

 
CARA MENYEDIAKAN KEK : -

1. Telur dan sponge dipukul hingga kembang.
2. Masukkan air daun pandan dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan butter dan minyak jagung pukul lagi
     hingga sebati.
4. Masukkan adunan dalam loyang bulat 10'' yang
     telah dialas dengan kertas minyak dan
     disapukan marjerin.
5. Bakar pada suhu 170C selama 40-45 minit
     atau sehingga masak.
6. Biarkan sejuk, kemudian potong kek
     sebanyak 3 lapisan.
7. Gunakan loyang yang bakar kek tadi masukkan
     satu bahagian puding diikuti dengan satu lapisan kek.
8. Lakukan proses ini berselang seli hingga habis.
     Biarkan sejuk barulah dipotong.

BAHAN BAHAN PUDING :-

128 gm hoen kwee flour*
15 gm agar agar powder*
380 ml santan*
1200 ml air pandan*
sedikit pewarna hijau*
sedikit garam*
5 biji telur
330 gm gula kastor
30 gm marjerin

CARA MENYEDIAKANYA :-

1. Campurkan bahan2 yang bertanda (*) dalam periuk
     dengan menggunakan api yang perlahan kacau
     hingga sebati.
2. Kemudian masuk gula, telur dan marjerin.
3. Adunan ini henaklah dikacau selalu supaya tidak berketul2.
4. Masak adunan ini hingga berkilat atau sehingga masak.
5. Bahagi adunan ini kepada 4 bahagian.
6. Lakukan proses melapis ketika adunan ini masih panas
     dengan kek hingga selesai.
    Sejukan dahulu, keluarkan dari loyang dan taburkan
    kelapa kering.Siap boleh dipotong untuk di hidangkan. 

4 comments:

dayang_jack said...

sedapnya kek ni...dh lm teringin nak buat tp x tbuat2...hehe.

cikmanggis said...

salam mama..wah cantiknya kek mama ni..cm pernah buat tapi tak cantik camni,kena try resepi mama ni..terima kasih ya ambil resepi ni

mamasyipah said...

>> dayang Jack >> mama pun pertama kali mencuba,hasilnya tak mengecewakan..sedap .. cuba la dayang kan pakar buat kek2 nii..

mamasyipah said...

>> W'salam cikmanggis >> ambil la resipi tu.kita kongsi sama2.taukeh kek mesti pandai..

Related Posts with Thumbnails