Salam petang khamis buat semua.. tadi mama tengok dekat blog Cik Mat ada seri kaya karamel tengok bahan2 dia semuanya ada, jadi mama pun cuba buat nii la hasil nya .Sedap dan wangi jaa.Alahai tersilap laa.... mama buat 1 adunan dapat 1 mangkuk kecil tu jaa.Lain kali kena buat 2 adunan baru cukup.Resip ni mama ambik dari blog Cik Mat dan resipi asal Cik Mat bagitau dari Norzailina Nordin.Terima kasih banyak2 pada mereka berdua sebab kongsi resipi ni.. Ok la pada anda berdua izinkan mama letak resipi kat sini yeaa.. kalau siapa2 nak cuba boleh tengok resipi kat sini atau pergi jenguk kat blog Cik Mat .jom tengok kat bawah ni..
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur
300 ml pati santan (nak sedap guna santan segar)
180 g gula pasir (resipi asal 240g)
2 helai daun pandan
60 g gula pasir*
125 air panas*(*untuk karamel)
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Masak gula hingga perang, dengan berhati2 masukkan air
panas kacau rata dan matikan api. Biar suam.
2. Satukan telur, gula pasir dan pati santan. Kacau rata hingga
gula larut dan tapis. Tuang 1/2 adunan ke dalam karamel
tadi dan kacau pantas dengan whisk. Kemudian, bancuhan
karamel tadi tuang kembali ke dalam bancuhan telur dan
kacau rata2.
3. Alih ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan jerang atas
api kecik sambil dikacau sentiasa hingga bancuhan pekat dan
berkilat. Mati kan api, angkat dan sejukkan.
Simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka
hayat seri kaya tadi.
Jangan lupa keluarkan daun pandan....
6 comments:
wahh sedapnye nampak ... kalau makan ngan roti ni .. perghh ...
salam mama...
wowwww...soo smooth and haluss and licinn je seri kaya tuu...seksi kan..
mama, dtg nak minta sekaya tu makan ngan roti bakar....hehehe
>> jijahh..satu idea yg bagus tu..mama nak buat roti utk bekpes esok..
>> W'salam...aduhaii terima kasih banyak2 Cik Mat,terharu sangat2 laa bila Cik Mat sudi bagi komen kat blog mama ni..jgn main2 oii Cik Mat ni seorang tukang masak yg ada kelas u..
>> azian..boleh2 ambik la.. mama pun rasa nak buat roti la..