Followers

Tuesday

BINGKA UBI



Assalamualaikum,salam sejahtera dan selamat petang semua kawan2.Petang ni mama buat bingka ubi. Dok tengok kat umah Cik Mat dan umah yatie buat bingka ni teringin laa pulak.Apa lagi petang kelmrin mama dan cik abang p cabut ubi kat tepi umah banyak jugak..satu pokok ja dapat tiga kilo lebih jadi pagi tadi mula la projek mama kat dapur tuu , maka terjadilah bingka ubi ni, sedaap.. tak la terlalu manis sgt. Resipi dari umah Cik Mat , macam biasa laa Cik Mat minta izin tempek resipi kat umah mama sebagai rujukan mama dan anak menantu di masa akan datang .


BAHAN-BAHANNTA :-)


1 kg ubi parut
650 ml santan kelapa
100 g gula melaka, hiris halus
2/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak sapi...


CARA MEMBUATNYA :-


1. Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan
     daun pandan. Kacau rata dan jerang atas api,
     kacau hingga gula larut (tak perlu mendidih),
     masukkan minyak sapi dan kacau hingga sebati.
    Angkat dan biar sejuk. Ubi dimasukkan ke dalam
    kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi.
    Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam
    bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga
    sagunya mendak.

2. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan
    sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil,
    lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin,
    tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti.
    Ketepikan.

3. Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal
    sagunya yang mendak. Gaul dengan ubi tadi.
    Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan
    ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.

4. Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar
     selama 1 jam 30 minit hingga permukaannya
     kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam
    dan keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya
    sebelum dipotong....Selamat mencuba...
    kalau rasa macam "susah"..beli jeee lahhhh!!!!...
    habis cerita....

2 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Mama kita suka bingka ubi kayu....ada lagi tak???

mamasyipah said...

>> Watierman..ya la sedap bingka ubi tu resipi dari cik mat.cianya dah abis berkelah kat luar umah ngan kwn2..

Related Posts with Thumbnails