Followers

Tuesday

CARROT RAISIN BUN


Carrot Raisin Bun : Sumber daripada Hana


Carrot raisin bun ni kan lembut jaa. Terima kasih la Hana sebab kongsi resipi nii.
Seperti biasa Hana mama minta izin tempek resipi kat umah mama. Ok jom p tengok resipi kat bawah ni...atau pun anda2 semua boleh pergi kat umah Hana tuuu macam2 ada disana..... disana.....


BAHAN BAHAN

• 300g tepung roti
• 50g gula
• 2 sudu besar susu tepung
• 2 sudu besar marjerin
• 6g yis kering
• 1/2 biji telur ( mama guna 1 biji gred c )
• 1sk bread improver
• 100g carrot - potong kecil
• 60g kismis ( mama potong dua bagi kecik sikit )
• 90-100ml air @ susu segar

Bahan kastad

• 1 sudu besar tepung kastad
• 1 sudu besar gula - leh add if nk manis lg
• 1/2 cawan susu segar
• >> kacau atas api hingga pekat. dan masukkan 
  dalam  piping bag utk paip atas roti.

Untuk gliss

• susu segar+madu - sebelum bakar
• butter - selepas bakar


CARA CARANYA

1. Rebus carrot hingga empuk. Toskan.
    Blend@kisar carrot dengan setengah dari sukatan air.
2. Masukkan bahan2 lain ke dalam BM dan pilih menu doh,
    ONkan dan tunggu hingga siap.
3. Jika menguli dengan tangan, mulakan dengan mencampurkan
     bhn2 yg kering dahulu kemudian baru yg basah.
     masukkan air sedikit demi sedikit. uli semua bahan hingga
     kental dan elastik. kemudian bulatkan doh dan tutup
     menggunakan plastik wrap. Biarkan kembang naik
     hingga 2 kali ganda dari yang asal.
4. Keluarkan doh. Tumbuk2 keluarkan angin.
     Bahagikan kepada bulat2 kecil.
     Susun di dalam loyang yg telah disapukan tepung @ butter.
5. Naikkan doh hingga dua kali ganda lagi.
6.  Panaskan oven suhu 170-180. Glisskan roti yg telah naik td
     dengan campuran susu segar dan juga madu agar berkilat.
7.  Kemudian paipkan kastad di atas roti.
      Bakar selama 15-20min atau hingga keemasan.
8.  Keluarkan roti dari oven dan sapukan dengan butter
      agar roti anda lebih cantik. Jika tak mau sapu pong takpe,
      sbb susu dan madu tadi dah boleh membuatkan
      roti anda cantik.
      Sejukkan di atas redai. Dan siap utk dihidang.




0 comments:

Related Posts with Thumbnails