Followers

Wednesday

IKAN SIAKAP TIGA RASA


sumber dari majalah

UNTUK IKAN

1 ekor ikan siakap/kerapu/merah
garam secukup rasa
1 cawan tepung jagung
lada putih secukup rasa
2 sudu besar jus limau

1. perap kan ikan bersama jus limau,garam dan lada
2. gaul kan bersama tepung dan goreng dengan minyak yang banyak dan panas.

UNTUK KUAHNYA

15 ulas bawang putih (dicincang)
10 biji cili padi (dicincang)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar tepung jagung (campur air)
2 sudu besar sos cili
lada benggala
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 biji tomato
2 biji jagung muda (dibelah dua)
50 gram lada benggala (hijau)
80 lobak merah

CARA MEMBUAT NYA

1. tumis bawang putih dan iikuti cili padi
2. masukkan serai
3. masukkan pula air,sos cili,sos tomato dan sos tiram
4. masukkan tomato,jagung muda,lobak merah
5. kemudian masukkan gula dan minyak bijan
6. selepas itu masukkan tepung jagung dan biarkan kuah pekat
7. akhir sekali tuang kan kuah ke atas ikan ynag telah digoreng.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails