Followers

Wednesday

HOTDOG SCRAMBLE EGG



 Ni sarapan anak mama pagi tadi.Dah petang baru dapat n3 gambar ni.Macam biasa laa hana mama minta izin copy n paste resipi ni.


Resepi Hotdog Bread


BAHAN BAHANYA

 • 160ml air
 • 250g tepung roti
 • 14g(1 1/2 sudu besar) gula
 • 4g(1 sudu kecil) garam
 • 8g(1 sudu besar) lemak sayur
 • 2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
 • 16g(3 sudu besar) susu tepung

CARA CARANYA

1. Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam
     breadmaker. On kan. tunggu siap
2. Bila dah siap, keluarkan angin.
     Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian.
     Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
3. Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
5. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit.
     Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau
     mahukan roti kelihatan lebih perang.





  Resepi Hotdog Scramble Egg


BAHAN BAHANYA

 • Roti hotdog
 • Telur + garam+ lada sulah > goreng dengan
     minyak sedikit dan kacau hancur.
 • Daun salad
 • Tomato
 • Sos cili
 • Mayonis

 CARA CARANYA

1.  Potong dua roti hotdog tak putus.
2.  Susun salad dan juga hirisan tomato.
      Sumbatkan scramble egg.
      Letak sosej dan paipkan sos dan juga mayonis.
3. Siap untuk di ngap! Jgn lupa baca bismillah yerr......

8 comments:

cikmanggis said...

nampak yummi mama..terutamanya mayonis tu..sedapnya

mamasyipah said...

>>cikmanggis....roti tu terlebih garing laa.tapi anak mama kata sedap..memang anak mama suka sgt roti cam tu..

E-na Zarina said...

Cantiknya hotdog mama tu! sweet sgt, berselera nak mkn..

fazrin2211 said...

aik, hotdog pun ade resepi,??hahahaha

mamasyipah said...

>> E-na Zarina...roti hotdog tu buat bekal anak mama kat sekolah..dia tu suka sgt roti cam tuu..

mamasyipah said...

>> fazrin2211...alaa sekali sekala rajinkan diri buat roti apa salahnya kaann...

ana Coklat said...

salam..
mama nak tya skit..maaf la sy nie bru nak try2 wat roti..dry yeast 2 lau gnti ngan mauripan bleh x??

ana Coklat said...

salam..
mama nak tya skit..maaf la sy nie bru nak try2 wat roti..dry yeast 2 lau gnti ngan mauripan bleh x??

Related Posts with Thumbnails