Followers

Thursday

PAU KACANG MERAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan2. Mama buat kuih pau untuk juadah berbuka petang tadi. Sebenarnya kuih pau ni mama guna resipi yang selalu mama buat tu. Selalunya mama buat sendiri inti kacang merah. Tapi hari ni mama guna inti kacang merah yang readymade ja. Kak wan (cita rasawan) ada bagitau  inti readymade halus cantik jaa, so mama cuba la betul kata kak wan tu, lepas ni senang la nak buat bun inti kacang pula. Tapi pada kawan2 yang rajin boleh la buat sendiri kan.



Tak lengkap pula rasanya bila tak letak resipi kat sini. Jom kita tengok kat bawah ni


BAHAN BAHAN

500 gram tepung pau / tepung hong kong
5 sudu besar gula kastor
1/2 sudu besar shortening
1/2 sudu besar softener
1 sudu teh double action
1 sudu teh yis kering
250 ml air (260 ml mama tambah)
inti kacang merah secukup nya


CARA MEMBUAT PAU :-

1. Campurkan kesemua bahan A dan uli
      sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
2. Timbang adunan setiap satu seberat 50 gram.
3. Bulat kan adunan sehingga licin permukaan nya.
4. Masukkan sedikit inti dan bulatkan kembali.
5. Alas kan pau dengan kertas putih.
     biarkan adunan selama setengah jam.
6. Kukus sehingga masak lebih kurang 15 minit.
     Mama kukus 2 minit jaa

Untuk mengelakkan pau berkedut2 ,selepas kukus selama 15 minit , tutup api dapur kemudian buka sedikit saja penutup periok kukus tu untuk keluarkan wap sekejap jaa , lepas tu baru lah buka penutup tu keseluruhannya dan keluarkan pau tadi



Kuih Pau tengah posing dengan periuk pengukus  mama yang baru. Sekejap ja guna pengukus ni, 2 minit dah siap masak 8 biji pau. Pengukus ni 2 tingkat, mama buat 1/2 kilo tepung 2 kali kukus. kejap ja kaaan. Kempen jangan tak kempen, Kepada kawan2 yang nak order tu boleh la order sekarang.

6 comments:

mummyseri said...

Salam kak..
mmg nmpak gebu je pau ni..
nnt next nk try resepi ni pulak :)

mamasyipah said...

w'salam seri...cuba jangan tak cuba..gebu ja anak2 suka tu..

indahhouse said...

salam mamasyipah,
saya terpegun tengok. hai, bestnya kalu dapat satu. pau ni, yang panas2 yang buat berselera tu. filling dia cair...je. uish, sedap tu

Anonymous said...

salam mama...cantik sungguh pau akak tu...saya sukakannya...

mamasyipah said...

>> w'salam ima..terima kasih byk2.ank2 mama pun suka pau ni cuba la..

mamasyipah said...

>> w'salam indahhouse...ooii kalau dah filling cair tu cepat2 la pegi buat..nanti kempunan pulak....

Related Posts with Thumbnails