Followers

Saturday

IKAN SUMBAT KELAPA


(sumber dari cik mat)
tq. cik mat

BAHAN-BAHANNYA :-)

5 ekor ikan kembong saiz besar
(nak guna ikan cencaru pun ok)
Sedikit kunyit Sedikit garam
1 cawan kelapa parut putih
(guna kelapa untuk buat inti)
2 helai daun kunyit, hiris halus
Garam dan sedikit gula Putih
telur dari 2 biji telur 2 camca besar jus asam jawa
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1 biji cili merah* 8 biji cili padi*
1 camca besar udang kering,
rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan bakar*
1/2 inci kunyit, dibakar*
(*ditumbuk hingga lumat)

 CARA MEMBUATNYA :-)

 1. Ikan dibelah belakang buang insang
      dan segala isi perutnya, cuci bersih dan
      berhati2 supaya bahagian perutnya tidah terkoyak.
 2. Satukan bahan2 tumbuk lumat bersama kelapa parut
      jus asam jawa, putih telur, hirisan daun kunyit dan
      tambah garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
 3. Ikan tadi di lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
 4. Bahagi 5 bahan2 no. 1 tadi, isikan setiap bahagian ke dalam
      ikan yang telah dibelah belakangnya.
 5. Kemaskan dan buat hingga siap.
 4. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi dengan api
     sederhana sehingga masak, terbalikkan ikan perlahan2
      untuk mengelakkan kelapa tadi terkeluar.
 5. Tujuan menggunakan putih telur sahaja
      ialah untuk mengelakkan minyak berbuih semasa
      proses menggoreng ikan.
 6. Hidangkan ikan tadi panas2 bersama nasi dan lauk2
      kegemaran yang lain.   Selamat mencuba...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails