Followers

Wednesday

KUIH LAPIS KACANG HIJAU

 

BAHAN BAHAN :


1 1/2 cawan gula
 6 cawan air
1 1/2 cawan santan pekat
75 gram tepung kacang hijau
85 gram (1 peket) tepung hoen kwe
100 gran tepung ubi kayu
150 gram tepung gandum
3 helai daun pandan pewarna hijau dan kuning



CARA MEMBUAT NYA :



1. Masak dua cawan air bersama gula,garam
     dan daun pandan hingga  mendidih,masukkan santan
     pekat dan biarkan seketika sahaja.
2. Angkat dan tuangkan 4 cawan air lagi ke dalam
     adunan agar dia menjadi suam.masukkan ke dalam pengisar.
3. Campurkan kesemua tepung,tuang ke dalalm
     pengisar yang berisi santan masak tadi.
4. Bancuh seketika dengan pengisar tadi dan keluarkan.
     bahagikan kepada 2 bahagian.satu bahagian di wanakan
     hijau manakala satu lagi di warnakan kuning telur.
5. Dengan api yang kuat, didihkan air pengukus.
     sapukan loyang dengan minyak dan taburkan sedikit tepung
     panaskan seketika loyang.
6. Tuang 3 senduk adunan warna hijau,kukus selama 3 minit.
7. Setelah lapis hijau masak, tuang pula adunan kuning
     sebanyak 1 1/2 senduk,kukus tiga minit.bila masak
      tuang pula adunan hijau sebanyak 1 1/2 senduk.
8. Lakukan proses ini sehingga habis tetapi untuk lapisan terakhir
     tuangkan adunan sebanyak 3 senduk.
9.  kukus sehingga masak.




0 comments:

Related Posts with Thumbnails