Followers

Tuesday

SARDINE ROLL.



SUMBER DARI SUEJOSHUA


BAHAN BAHAN


250 gm mentega sejuk
500 gm tepung gandum
1s/t lemak sayur (shortening)
1 s/t garam halus
air sejuk secukupnya untuk menguli


CARA CARANYA


Gaul mentega,lemak sayuran dan tepung hingga menjadi breadcrumbs, masukkan pula garam halus
dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi doh.
Bungkus doh dengan plastik dan simpan doh didalam peti sejuk sementara  membuat intinya


BAHAN INTI


1 tin sardin
1 biji bawang besar - dicincang
2 biji cili merah - dicincang
1 biji cili hijau - dicincang
Garam, perasa dan gula


CARA CARANYA


Keluarkan ikan sardin daari tinnya dan ambil ikannya sahaja.
Buang tulang ikan sardin dan masukkan ikan tadi kedalam mangkuk, kemudian masukkan bahan
cincang , sedikit garam , perasa dan gula secukup rasa , gaul rata hancurkan2kan isi ikan tadi hingga
kesemua bahan rata.


CARA MEMBUATNYA


Keluarkan doh dari peti sejuk dan potong menjadi beberapa bahagian.
Ambil satu bahagian doh dan canai nipis dan potong menjadi  bentik segiempat tepat , kemudian
masukkan sedikit inti dan bentukkan memanjang , gulungkan.
Buat sehingga habis dan susunkan diatas dulang pembakar yg telah dialaskan dgn kertas minyak
atau sapukan dengan sedikit minyak.
Hiriskan sedikit bahagian atasnya dan sapukan dengan kuning telur.
Bakar pada suhu 175c selama 40 minit.



Sardine roll dah siap menunggu giliran untuk di bakar

0 comments:

Related Posts with Thumbnails