Followers

Tuesday

APAM TEPUNG BERAS


     

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan2.Petang ni mama buat apam tepung beras lagi untuk minum petang.Rasa mama kuih ni lah yang paling senang nak buat dan bahan-bahan dia pun senang jaa nak dapat


      

Dua tiga hari yang lalu mama dah buat kuih apam ni dan mama guna resipi yang sama gak ambik dari blog maz dan blog mamafami.terima kasih banyak2 yea dan terima kasih juga buat tuan empunya resipi , tapi kali ni mama bubuh pewarna pink gitu..


BAHAN BAHANNYA ( 12 biji )

• 100g tepung beras
• 50g gula
• 130 ml air
• 2g yis
• 2g eno
• sedikit pewarna

CARA MAMBUATNYA

1. Campurkan tepung beras,gula,yis dan air
     kacau sehingga sebati dan gula larut,
     kemudian tutup tupperware ( kedap udara )
    dan perap lebih dari 4 jam sblum dikukus
    ( mama bancuh pukul 10 pg dan kukus pukul 4.30 ptg )
2. Bila dah kembang (masa nk kukus) masukkan warna dan eno,
     kacau perlahan2 je dan biarkan selama 5 minit sblum dikukus
     Kukus selama 15-20 minit dlm cwn2 apam dlm pngukus
     yg telah dipanaskan terlebih dahulu (mcm nk kukus kuih2
     lain jgk ) mama tak panaskan dulu acuan .

6 comments:

Fiza Nordin said...

ni betul2 sudah jatuh chenta ni mama...selang 2/3 ari dah buat lagik...he hee...xleh jadik la...nak buat gak tuk bf anak & mamanye sekalik esok.i'Allah...

yis yg mama gunakan tu, yis ape?yis ketul atau serbuk?

mamasyipah said...

>>Fiza Nordin..sama la ngan mama dah jatuh chenta ngan apam tu..lagi pun senang nak buat.Utk bf mama bancuh kul 12 mlm dan kukus 6 pg.Mama guna yes serbuk ja.Fiza cuba la buat insyaallah jadi..

mamasyipah said...

>> Fiza Nordin..kuih apam tu kalau utk minum ptg,lepas bancuh adunan perap lebih krg 4-5 jam pas tu mama jemur panas sekejap (15 min) kat luar rumah pas tu baru boh eno dan warna.biar 5 min baru kukus.

cikmanggis said...

salam mama..wah musim apam nampaknya..rumah hana pun apam gak..cm pun nak mengapam la esok..ambik resepi ya:)

mamasyipah said...

>>W'salam cikmanggis..ha'aa hari tu mama buat satu adunan ja tak cukup ,sekali ni mama buat dua adunan.. puas ank2 mkn.resipi tu ambik la.esok buat antaq kat mama 3 ketoi yeaa..

Dr. Zuhaira said...

Salam Mamasyipah & semua pembaca blog ni,

Saya ingin menjemput anda semua untuk participate dlm survey saya berkenaan dengan Blog Quality Evaluation. Anda juga berpeluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

TQVM
-zu-

Related Posts with Thumbnails