Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam pagi jumaat buat semua.. petang kelmarin mama buat seri kaya, jadi pagi ni mama buat la roti benggali untuk makan dengan seri kaya tuu. Sedaaap, terima kasih Cik Mat mama ambik resipi roti benggali dari blog Cik Mat.Tapi roti tu mama potong dgn pisau potong sayur jaa. Mama tak dak alat pemotong roti laaa. tak pa la janji perut kenyang....
BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti
1 camca besar shortening (lemak sayur)
Secubit garam
120 - 160 ml air suam
1 camca besar yeast (mauripan)
2 camca besar gula halus
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Satukan air suam, yeast dan gula,
kacau rata dan biar sebentar.
Gaul rata tepung garam dan lemak sayur.
Masukkan yeast tadi sedikit demi sedikit
sambil digaul hingga menjadi doh.
Uli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik.
Perap hingga naik 2 kali ganda (35 - 40 minit).
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas
ke dalam beredmaker, pilih setting untuk "doh" dan
tekan on, tunggu hingga siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara.
Bahagi doh kepada 2 bahagian, bentukkan dan susun
dalam dua bekas yang telah disapu sedikit mentega.
Perap sekali lagi hingga 2 kali ganda.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan
pada suhu 180C selama 25 - 30 minit.
Bergantung pada oven masing2.
Sejukkan roti atas jaringan sebelum dipotong.
2 comments:
salam mama..wah dah ramai yg dah buat roti benggali ni...teringin nak buat lah..cm ambil resepi kat sini ya...
>> w'salam cikmanggis..ambik la resipi kita sama kongsi2 yeaa..