Followers

Friday

ROTI NAIK


Salam pagi jumaat buat semua kawan2.Pagi  ni kita sarapan dengan roti lagi laa.Resipi dari blog Cik Mat terima kasih banyak2 cik mat.
macam biasa la Cik Mat mama letak resipi ni di umah mama minta halal yeaa..




jom semak resipi kat bawah...



BAHAN-BAHANNYA :-)


400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong ( tepung gandum pun boleh gak )
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) mama guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
1 sudu teh susu pekat ( resipi asal tak letak )
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu
     bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh,
     masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus
     menguli hingga menjadi doh yang kenyal.
     Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.
     KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam
     Breadmaker dan pilih setting untuk "doh".
    Tekan on dan tunggu hingga siap.

2. Tumbuk doh untuk membuang udara,
      bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar,
      bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu
     dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih
     dan biar kan 1 jam atau hingga naik.

3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit.
     Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan
     dari oven.
     Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....

4 comments:

Watierman said...

Salam Mamasyipah...naik betoi roti mu itu....campak mai sini 2 biji boleh ka??Rindu dengan mama..tapi masih busy ni...!!

Anonymous said...

salam mamasyipah...
cantiknya roti mama buat tu...kita nak tanyalah bakar roti tu guna api atas bawah ke macam mana...

mamasyipah said...

>> W'salam Watierman...ok la mama campak kat sana tungguuu.mama pun busy gak,cuti2 m'sia baru balik dr KL.esok balik kpg jap..cik abg masih cuti lagi..

mamasyipah said...

>> w'salam ima..roti tu mama baru belajar,tengok resipi dari blog
kwn2.best laa dpt kongsi2 resipi.
mama bakar guna api bwh ja..cuba tanya pd yg lebih pakar...

Related Posts with Thumbnails