Followers

Monday

PEPPERMINT MUFFIN WITH CHOCOLATE

 Jom minum petang dengan muffin pudina sedap nih..

sumber : Mat gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)

100 g mentega
85 gram gula halus
2 biji telur gred A
175 gram tepung gandum*
10 gram baking powder*(*digaul rata dan ayak)
80 ml susu segar
30 gram coklat susu, didadu kecil (mama guna milk chocolate colatta)
Beberapa titik perwarna hijau muda
2-3 titik esen pudina


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang, jarak masa antara 1 biji telur ialah seminit. Perlahan kan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati.
  3. Masukkan pewarna hijau muda dan esen pudina, putar sebati. Akhir sekali masukkan coklat susu tadi, gaul rata.
  4. Sudukan 3/4 penuh dan bakar 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dihidangkan..
gebu ja muffin ni..

Mama guna acuan yang kecik ja, dapat banyak gak ni..

2 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Salam Mama syipah...sedap jer kan rasa peppermint....tapi budak 2 org kat rumah ni tak minat!Watie tumpang makan kat sini boleh tak?

mamasyipah said...

>> watieman...
w'salam..ya lah mama suka ngan rasa mint tu ..lagi pun senang jaa nak buat..resipi cik mat gebu...

Related Posts with Thumbnails