Followers

Thursday

APOM KASTARD

Salam petang khamis buat semua kawan2. Diam tak diam dah masuk bulan empat dah .Sekejap ja rasa.
Hari ni mama jalan kat umah kak wan (citarasawan) alaa kak wan yang begitu sinonim dengan dunia masak memasak tu laa, macam2 kuih muih ada kat umah kak wan.Sebenarnya mama cari resipi kek tapi terjumpa pulak resipi apom kastard ni.Tengok bahan2 dia semuanya ada..jadi mama pun mulalah beroperasi kat dapur tu.Alhamdulillah tak rugi rasanya percubaan mama.Terima kasih kak wan kongsi resipi ni.kalau nak tengok kuih apom kastard yg cantik ni pergi la kat umah kak wan yeaa.


 Jom semak resipi kat bawah ni mama buat 1/2 adunan ja,mula2 mama letak susu 3/4 cawan saja tapi nampak pekat sangat pastu mama tambah 1/4 cawan air baru lah elok. Maaf yea kak wan mama tambah sikit resipi tu ,Tapi kastard dia mama ikut adunan kak wan sebab mama letak inti kastard lebih sikit. Inti kastard tu kalau campur dengan jagung  cream yang dalam tin tu pun lagi sedap,mama tak letak jagung sebab tak dak..lain kali buat nak letak jagung pulak.


BAHAN BAHAN NYA :
2 cawan tepung naik sendiri diayak (1 cup )
1/4 cawan gula ( 2 camca besar )
1 biji telur (mama guna 1 biji gred E )
2 sudu kecil yis segera (1 sudu teh )
pewarna kuning
1 1/2 cawan susu segar / air (3/4 cup susu t 1/4 cup air )
1 sudu besar marjerin, dicairkan (1 sudu teh )

INTI KASTARD

1/2 cawan gandum
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan gula
1 cawan air
pewarna kuning (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :

1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
     Masukkan susu segar, gula, yis, majerin cair
    dan pewarna gaul hingga sebati.
2. Masukkan tepung, gaul rata dan kisar sekejap
    didalam pengisar, kemudian tapis. Perap adunan
    selama 1 jam sehingga adunan kelihatan berbuih.
3. Tuang 1 sendok adunan kemudian ratakan dan masak
     di atas non-stick pan tanpa menggunakan minyak.
     Masak dengan api yang kecil. Tutup kuali dengan penutup.
4. Apabila adunan masak, angkat dan letakkan 1 sudu
     besar inti ditengahnya. Lipat separa bulatan.

     Untuk Inti :

     Satukan semua bahan inti, kemudian tapis.
     Masak di dalam periuk diatas api sederhana sehingga
     kental dan berkilat.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails