Followers

Friday

ROTI KENTANG KFC



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan2 tak kira di mana jua berada..dah sarapan ke belum, jom kita sarapan sama2. Hari ni mama buat roti kentang lembut ja roti kentang ni resipi seperti biasa laaa mama ambik dari sini. Tapi kentang putar tu mama beli kat KFC ja, Kat umah ada ubi kentang tapi malas la pulak nak rebus pas tu nak kena lenyek bagi halus malas laa. Seperti biasa Cik Mat minta izin letak resipi kat sini. Roti kentang ni kat umah Hana tu pun ada gak, jom kita tengok di sinun


BAHAN BAHANYA :-


300 gram tepung roti (high protein flour)
2 camca teh instant yeast
3/4 camca besar susu tepung
3/4 camca teh garam (mat letak 1/2 camca teh)
50-70 g gula halus (mat letak 60g) mama ikut cik mat
60 g kentang lecek (mama guna kentang putar KFC)
1/2 biji telur (guna lagi 1/2 untuk sapu atas roti)
135 ml air sejuk (dari peti ais)
30 g mentega
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*resipi asal tak letak)

BAHAN KASTARD :-)

1 camca besar tepung gandum
1 camca besar tepung kastard
4 camca besar gula halus
1 cawan susu segar
1 biji telur saiz A
Secubit garam (mat tak letak) ikut cik mat
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH ROTI :-Satukan bahan untuk doh roti kecuali air dan mentega. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh dan perap 1 jam hingga doh kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh roti dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan telan "on", tunggu hingga siap.

UNTUK KASTARD :- Sementara menunggu doh naik, buat kastard. Satukan semua bahan2 kastard kecuali mentega dalam bekas tahan panas. Kacau rata dengan whisk. Masak secara double boiler sambil terus mengacau hingga pekat dan berkilat. Alihkan dari double boiler dan masukkan mentega, kacau hingga sebati. Tutup kastard dengan plastik cling untuk mengelakkan permukaannya keras.

UNTUK ROTI KENTANG :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kan doh kepada 15 bahagian (resipi asal 16 bahagian), bulat2kan setiap bahagian dan susun dalam bekas yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap. Biarkan 45 minit hingga doh mengembang. Sapu permukaan roti dengan baki 1/2 bahagian telur tadi. Isikan kastard dalam piping beg, dan paipkan secara bersilang atas roti tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang...

6 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Salam mama..kita datang lagi...nak makan bun kentang dengan mama...hehehe!

Nor Hayati Ramlan said...

salam mama, nmpk gebu dan lembutlah roti tu...nak buat tak terbuat2...hai mintak seketoi boleh ke....

kak norli said...

Salam mama..kak norli kesian..penat nk tumbok2 tepong roti..tu!!! Jusco kan dekat...tu!! he..he..tpi roti mama lagi sedap & lembutkan!!!

mamasyipah said...

>>w'salam watie..ok mai kita makan sama2 mama tunggu ni.kalau lambat nanti abis...

mamasyipah said...

>>w'salam yatie...aaha la roti tu lembut ja ,mama guna kentang putar yg KFC tu, dah 2 kali mama buat ikut resipi yg sama.sedap ank2 suka..mama ngan abah pun suka gak...buat tau jgn tak buat..

mamasyipah said...

>> w'salam kak norli..eh eh kak buat roti jgn kesian2 tau.kena marah lebih sikit pas tu tumbok tpg tu kuat2,baru jadi lembut roti tu hihi...Jusco tu dekat tapi jrg p laa.. kak. Mama suka beli brg dapur kat care4...

Related Posts with Thumbnails