Followers

Wednesday

DAGING PRUN


 Daging prun resipi ni mama ambil dari buku senangnya masak daging bersama Chef  Hanieliza.Terima kasih banyak Kak Liza sebab kongsi resipi ni.


Seperti biasalah ya.. mama minta izin  letak resipi kat sini.Jom semak resipi kat bawah ni.

   BAHANYA =

  600 gram daging  (dipotong nipis)
  1/2 cawan buah prun (dikisar halus)
  5 sudu sos tomato
  4 sudu besar kicap pekat
  2 sudu besar cili kisar
  2 sudu besar rempah kari daging
  4 sudu besar minyak masak
  1/2 cawan air
  garam secukup rasa

  BAHAN B (DIKISAR)

  4 ulas bawang putih
  10 ulas bawang merah
  2 inci halia

  CARA MEMBUATNYA

  1. Daging dibersihkan dan digaul dengan sos tomato
       rempah kari, cili kisar dan kicap pekat.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar
       hingga wangi dan naik minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata.
  4. Masakkan hingga daging lembut.
  5. Masukkan buah prun dan garam.Biarkan hingga
       kuah pekat.
  6. Hidangkan dengan nasi putih.nasi minyak atau nasi tomato.

2 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Salam Mamasyipah....kita datang nak makan dengan mama ni....boleh tak?

mamasyipah said...

w'salam watie...boleh2 jom kita makan sama2.masak simple2 ja hari ni..

Related Posts with Thumbnails