Keluar dari umah jam 11.30 pagi lepas makan kami terus ke Sungai Petani sebab anak perempuan mama tu ada Temuduga di UiTM kedah. Kami sampai jam 1.40 tgh. Sesi temuduga tu bermula jam 2ptg hingga jam 5ptg. Lama betul tunggu mama pa lagi zzzzzzzz. Pukul 4.3o ptg mama tel. kak Norli bagitau tak dapat ambik kek pada masa yang di janjikan. Tak apa la kata kak norli ambik kul 7 ptg laa...sebab kak nak pi sungai petani gak ada hal sikit, Alahaaaii hajat nak jumpa kak norli tak kesampaian. Lepas selesai urusan anak mama tu kami terus balik..rehat kejap pastu terima panggilan dari kak norli suruh datang umah anak kak norli ada di umah jam 7 ptg. Mama pegi ngan si angah, naik tingkat 6 tak jumpa pun umah kak norli rupa2nya tingkat 16 tingginyer atas kayangan nun...jumpa ngan anak kak norli comel orangnya. putih kecil molek... selesai urusan balik singgah jap kat Jusco beli KFC ja la untuk makan2 kami sekeluarga...
Lepas solat baru buka kotak kek tuuu cantik adik suka katanya ...itu ja la jamuan kami pada malam tu.Hari senin mak ,kak dan keluarganya datang bermalam kat umah .Hari rabu mama ada temujanji dengan Doktor kat Hospital Seberang Jaya. Esok Jumaat ikut cik abang ke Stadium ada perlawanan bola sepak sempena sambutan Hari Polis.Hari sabtu ada Senam robik sempena hari Polis gak laaa.. cik abang and the geng kena masak bihun tuk sarapan..
Adik maafkan mama ya.....
Untuk anak mama, kami sekeluarga ucapkan selamat Hari lahir yang ke 14 tahun ooo dah besar anak mama.Semoga jadi anak soleh hormat pada orang tua dan bahagia didunia dan Akhirat Amin.....
4 comments:
pehh! gile ar kek tu, susah mau buat tuuuuuuuu, gila bola la tu,hehehe, eh, angah mana ilang, lama tak dgr cerita, dah kemana?
Salam mamasyipah:)
hepy birthday buat adik yg ke 14 thn..
smoga jadi anak yg soleh yek..
cantek kek tu.cam syg nk mkn..
mama..asben mama polis yek ?
sorylah nyibok tanya sbb byk mama tulis psl polis je tu:)..
>> w'salam mummyseri.terima kasih Doakan untuk adik sama2lah kita Doa yea.ha r asben mama seorang anggota polis..
>> salam Fazrin..biasala tu layan kerenah anak2.org ada anak camtu la kau tu bila lagi nak makan nasi minyak..
Angah tak ilang mana2 nak sambung lajar lagi tuu, buat sementara ni dia keja kat Tesco.