Followers

Thursday

AYAM TANDORI


Ayam Tandori sumber dari umah Cik Mat .Terima kasih banyak2 cik mat sudi kongsi resipi ni. Selalunya tengok ayam tandori ni kat kedai mamak tu kaler merah dekat umah cik mat pun kaler merah juga.. cantik jaaa. Tapi kat umah mama ni kaler merah habis, tu la tak letak jadi  pucat laa sikit. Seperti biasa mama minta izin letak resipi kat sini buat rujukan dimasa akan datang. Sesiapa nak tengok resipi Ayam Tandori yang merah cantik beseri2 tu boleh tengok kat sini


BAHAN BAHANYA


500 g ayam,potong, buang kulit, cuci dan cucuk2 ( mama kelar2)
3 camca besar jus lemon
1 1/2 camca teh garam
1/4 camca teh serbuk kunyit
1/2 cawan plain yogurt
3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 inci halia, ditumbuk halus
1 1/4 camca teh serbuk ketumbar
3/4 camca teh serbuk jintan putih
1/2 camca teh serbuk paprika/serbuk cili
1 biji cili merah, ditumbuk
Sedikit pewarna merah (jika suka) tak letak pun habis
1/2 camca besar minyak sapi (resipi asal guna minyak masak)


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan jus lemon, garam dan serbuk kunyit,
     gaul bersama ayam tadi hingga rata dan perap 15 minit.
2. Dalam bekas lain satukan semua bahan2 diatas kecuali
     minyak sapi, kacau rata. Masukkan no 1 ke dalam no 2,
     gaul rata dan perap 30 minit (mama perap semalaman).
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C,
     sapu sedikit minyak sapi atas ayam sebelum dibakar hingga     
     masak. Nak sedap lagi bakar atas api arang.
4. Hidangkan bersama hirisan lemon dan salad, jika suka....

4 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Mama..tak makan ayam tapi nak jugak tengok yang mama masak.....cun ooo ayam tu!!

Watierman, rmanbkr said...

By the way mama last week ada juga gi BM...lalu tepi balai polis...teringat kat mama...on the way to Kulim...hehehe....!Nostalgia oo...kita dulu sekolah Convent BM masa sekolah rendah!

mamasyipah said...

>>watie...eeh tak makan ayam rugi la tapi tak pa ayam mahai..

mamasyipah said...

>>ya ke. napa tak tel mama, rumah mama dekat ja ngan Jusco tu...

Related Posts with Thumbnails