Followers

Wednesday

SPONGE CAKE ROLL


1st time mama buat sponge cake roll ni. Saja buat untuk makan dengan anak2. Alhamdulillah percubaan yang pertama ni tak menghampakan, bagi mama yang tak pernah buat kek ni rasa2nya ok la  kan. Pada kawan yang pandai buat kek ni sudi2kan lah tunjuk ajar pada mama ye...




 Kepada sesiapa yg nak cuba boleh lah ikut resipi kat bawah ni...



BAHAN BAHANYA :-
Sumber dari Chef James Phang


40 gram butter (dicair dan sejukkan )
40 ml minyak jagung
5 biji telor (gred B ) atau 250 gm telor
250 gram sponge mix
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh golden sirap
60 ml air ais
sedikit garam
sedikit coklat emelco
sedikit jem


CARA MEMBUATNYA :-


1. Cairkan butter biarkan sejuk kemudian masukkan
     minyak jagung. Ketepikan.
2. Putarkan sponge mix dan telur hingga sebati.
3. Kemudian masukkan butter dan minyak jagung
     tadi dan putar hingga kembang dan putih.
4. Masukkan pula air sejuk sedikit demi sedikit
     hingga habis.
5. Akhir sekali masukkan golden sirap esen vanilla
     dan garam putar hingga sebati.
6. Ambil 2 sudu adunan tadi campurkan
     dengan coklat emelco.
7. Masukkan adunan yang selebihnya dalam loyang
     11x15 inci yang telah dialas dengan kertas minyak.
     Kemudian corakkan dengan adunan coklat tadi.
8. Bakar dalam oven dengan suhu 160-170 darjah
     selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.
9. Biarkan kek tadi benar2 sejuk, sapukan jem
     dan gulung hingga siap.

2 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Salam mama...baru nak belajar dengan mama...tapi semalam hubby lak beli yang ready made...terbantut niat...hehe excuse sebab malas!!

mamasyipah said...

>> w'salam watie..alahaiii nak belajar ngan mama hihi... malu rasanya.
mama budak baru belajar nak minta watie tolong tunjuk ajarkan...boleh tak...

Related Posts with Thumbnails