BAHAN - BAHANNYA :-)
500 gram ubi keledek putih
60 gm tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air
minyak masak untuk menggoreng
CARA MENYEDIKANNYA :-)
1. Rebus ubi keledek hingga empok.
2. Kemudian lenyek ubi tadi hingga halus.
3. Masukkan tepung gandum. Gaul hingga sebati.
4. Buat bentuk gegelang satu persatu hingga habis.
5. Goreng dengan minyak dengan api yang pelahan
sehingga kekuningan atau hingga masak. (toskan)
6. Masak gula pasir dengan 1/4 cawan air
hingga pekat atau air gula nampak berbuih2.
( Padamkan api )
7. Masukkan kuih tadi, kacau pelahan2 hingga air
gula tadi bersalut pada kuih dan terus kacau
hingga air gula kering.
Siap untuk dihidang..
6 comments:
salam..wah cantiknya kuih keria mama..ingatkan donat tadi.Nak cuba resepi ni ya.Terima kasih:)
Salam mama! waduhhhh keria mmg peberet kita, kuih keria ma ni mcm kuih yg ada jual kat kg mak kita sbb mcm donut kita pun suke lembut! tp owang tunyer lg keciklah dr ma punyer keria ni ehehe...
salam ramadhan mamasyipah,
memang cantik kuih keria kak tu. sedapnya...
>> cik manggis << w'salam ..terima kasih .. cuba la senang ja buat.
>> ijayuji << w'salam ..ha arr la umah mama ni suka sgt ngan kuih keria ni.lembut ja ..
>> indahhouse >>salam Ramadhan jua buat anda sekeluarga.terima kasih ya. jgn puji sgt.mama sama gak ngan Hana tak da duit siling ...