Followers

Thursday

AYAM MASAK MADU



Salam hari khamis buat semua.Menu tengahari nii mama dapat dari umah Cik Mat.Ayam masak madu ni sedap dan memenuhi cita rasa mama sekeluarga.Kalau siapa2 yg nak cuba resipi nya ada kat bawah atau
pi tengok kat umah Cik Mat.Trima kasih Cik Mat kongsi resipi ni..


BAHAN-BAHANNYA :


500 g ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
3 camca besar cili merah
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
(*kisar halus)
2 camca besar cili sos
3 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam
2 biji cili merah, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris bulat (resipi asal tak letak)
Garam secukup rasa
Air secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-


1.Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan.
    Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama
2.Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak,
    masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
3.Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan
    hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat .
4.Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
    Angkat dan hidangkan.

4 comments:

Faz Fazrin said...

wau, ini lagi sodap! nak!

mamasyipah said...

to fazrin2211
sedap memang sodap cubalah.sekali sekala org bujang buat kejutan utk keluarga apa salahnya

Faz Fazrin said...

nanti kalau buat sekali, 20 kali dia org suh masak,hehehe

mamasyipah said...

to Fazrin2211

alaaa kat sapa lagi nak tunjuk bakat,nak tunggu w%%%%%e bila laa agaknya he he

Related Posts with Thumbnails