Followers

Sunday

TALAM PERMATA LABU


sumber majalah




BAHAN BAHAN


lapisan bawah

100 g labu (di potong dadu dan di kukus 2 minit)
3/4 cawan gula
1 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung beras (cap teratai)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 cawan air
sedikit garam
beberapa helai daun pandan

lapisan atas

100 g labu (di potong nipis2)
3/4 cawan gula
1 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras (cap teratai)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 cawan air
sedikit garam
beberapa daun pandan
pewarna hijau epal & kuning lemon


CARA MEMBUATNYA :


1.  Untuk menyediakan lapisan bawah,    
       masak gula dengan 1 cawan  air,
       santan pekat dan garam.
2.  Biarkan mendidih hingga gula hancur.
3.  Setelah mendidih angkat dan tuang kan 
       1cawan air lagi ke dalam santan agar
       adunan menjadi suam, tuangkan ka dalam   
       mangkuk pengisar ( ketepikan daun pandan)   
4.  Campur kan kesemua jenis tepung tadi
        masukkan sedikit demi sedikit kedalam 
        pengisar yang mengandungi bahan
        santan tadi
5.  Kisar seketika (sekadar semua bahan sebati)
6.  Keluarkan pada mangkuk pengisar,
        masukkan pula labu dadu yang di kukus     
        tadi sukat ke semua bahan tadi biar jadi
        1 liter @ (4 1/2 cawan adunan,ketepikan
7.  Untuk menyediakan lapisan atas pula, masak 1 cawan
       air bersama santan pekat,daun pandan, gula dan garam.
8.  Setelah garam hancur,angkat dan tuang kan 1 cawan air
       lagi agar adunan jadi suam.
9.  Masukkan santan yang masak td dan labu
       yang di potong nipis2 ke dalam pengisar.
10.  Kisar seketika.
11.  Campurkan kesemua jenis tepung tadi,
         masukkan sedikit demi sedikit ke dalam pengisar     
         yang mengandungi santan dan labu tadi.
12.  Kisar seketika hingga tepung sebati.
13.  Keluar kan dan sukat adunan menjdi 1 liter
         lebih sikit @ (4 1/2 cawan adunan)
14.  Keluar kan 3 senduk daripada adunan ini
         warna kan dengan warna hijau dan sedikit warna
         kuning lemon.manakala selebih nya di biar kan
         pada warna asal (kuning labu),
         boleh juga tambah sedikit warna kuning lemon.
15.  Alas kn loyang (22x22) dengan plastik
         tuang kan 3 senduk adunan dari lapisan bawah
         yang mengandungi labu kukus tadi.Kukus ealama 3 minit
16.  Bagi memastikan kuih masak tekan dgn jari,
         jika tidak melekat,tanda nya kuih telah masak.
17.  Tuang lagi 3 senduk adunan lapisan bawah di atas
         lapisan yang telah masak tadi,biarkan masak selama 3 minit.
         lakukan proses ini sehingga bahan lapisan bawah habis.
18.  Untuk melapis bahagian atas pula, ambil 3 senduk
         adunan lapisan atas yang berwarna hijau,
         tuangkn kesemuanya ke atas laipsan bawah tadi.
19.  Kukus selama 3 minit @ sehingga masak.
20.  Lapis seterusnya tuang 3 senduk adunan warna kuning
         biarkan masak selama 3 minit.Lakukan proses yg sama
         sehingga ke semua bahan atas habis.
21.  Setelah lapisan atas masak, angkat dan biar kan
         sejuk lebih kurang 4 jam, barulah di potong.
22.  Jika lapisan atas menggelembung 
         (akibat terlebih masak)
         biarkan seketika di dalam pengukus,
         (dengan tudung pengukus di buka) sehingga lapisan atas
         tadi kembali normal di keluarkan dan biarkan sejuk
   

5 comments:

fazrin2211 said...

dapnye mama. mama ape khabar? dah sihat ke?

cikmanggis said...

salam mama,wah cantik kaler talam permata labu ni..kena cuba ni

mamasyipah said...

to fazrin2211
Alhamdulillah sihat.tapi tak boleh buat keja yg berat2 lagi.masak ala kadar ja.si angah tu p kerja.boring dok umah katanya..

fazrin2211 said...

ooo patut la lama tak nampak angah.

masak ala kadar je ke? tapi resepi dasyat2,hehehe

mamasyipah said...

to cikmanggis

cuba jangan tak cuba.sodap tuu

Related Posts with Thumbnails