sumber majalah
BAHAN BAHAN
lapisan bawah
100 g labu (di potong dadu dan di kukus 2 minit)
3/4 cawan gula
1 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung beras (cap teratai)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 cawan air
sedikit garam
beberapa helai daun pandan
lapisan atas
100 g labu (di potong nipis2)
3/4 cawan gula
1 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras (cap teratai)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 cawan air
sedikit garam
beberapa daun pandan
pewarna hijau epal & kuning lemon
CARA MEMBUATNYA :
1. Untuk menyediakan lapisan bawah,
masak gula dengan 1 cawan air,
santan pekat dan garam.
2. Biarkan mendidih hingga gula hancur.
3. Setelah mendidih angkat dan tuang kan
1cawan air lagi ke dalam santan agar
adunan menjadi suam, tuangkan ka dalam
mangkuk pengisar ( ketepikan daun pandan)
4. Campur kan kesemua jenis tepung tadi
masukkan sedikit demi sedikit kedalam
pengisar yang mengandungi bahan
santan tadi
5. Kisar seketika (sekadar semua bahan sebati)
6. Keluarkan pada mangkuk pengisar,
masukkan pula labu dadu yang di kukus
tadi sukat ke semua bahan tadi biar jadi
1 liter @ (4 1/2 cawan adunan,ketepikan
7. Untuk menyediakan lapisan atas pula, masak 1 cawan
air bersama santan pekat,daun pandan, gula dan garam.
8. Setelah garam hancur,angkat dan tuang kan 1 cawan air
lagi agar adunan jadi suam.
9. Masukkan santan yang masak td dan labu
yang di potong nipis2 ke dalam pengisar.
10. Kisar seketika.
11. Campurkan kesemua jenis tepung tadi,
masukkan sedikit demi sedikit ke dalam pengisar
yang mengandungi santan dan labu tadi.
12. Kisar seketika hingga tepung sebati.
13. Keluar kan dan sukat adunan menjdi 1 liter
lebih sikit @ (4 1/2 cawan adunan)
14. Keluar kan 3 senduk daripada adunan ini
warna kan dengan warna hijau dan sedikit warna
kuning lemon.manakala selebih nya di biar kan
pada warna asal (kuning labu),
boleh juga tambah sedikit warna kuning lemon.
15. Alas kn loyang (22x22) dengan plastik
tuang kan 3 senduk adunan dari lapisan bawah
yang mengandungi labu kukus tadi.Kukus ealama 3 minit
16. Bagi memastikan kuih masak tekan dgn jari,
jika tidak melekat,tanda nya kuih telah masak.
17. Tuang lagi 3 senduk adunan lapisan bawah di atas
lapisan yang telah masak tadi,biarkan masak selama 3 minit.
lakukan proses ini sehingga bahan lapisan bawah habis.
18. Untuk melapis bahagian atas pula, ambil 3 senduk
adunan lapisan atas yang berwarna hijau,
tuangkn kesemuanya ke atas laipsan bawah tadi.
19. Kukus selama 3 minit @ sehingga masak.
20. Lapis seterusnya tuang 3 senduk adunan warna kuning
biarkan masak selama 3 minit.Lakukan proses yg sama
sehingga ke semua bahan atas habis.
21. Setelah lapisan atas masak, angkat dan biar kan
sejuk lebih kurang 4 jam, barulah di potong.
22. Jika lapisan atas menggelembung
(akibat terlebih masak)
biarkan seketika di dalam pengukus,
(dengan tudung pengukus di buka) sehingga lapisan atas
tadi kembali normal di keluarkan dan biarkan sejuk
5 comments:
dapnye mama. mama ape khabar? dah sihat ke?
salam mama,wah cantik kaler talam permata labu ni..kena cuba ni
to fazrin2211
Alhamdulillah sihat.tapi tak boleh buat keja yg berat2 lagi.masak ala kadar ja.si angah tu p kerja.boring dok umah katanya..
ooo patut la lama tak nampak angah.
masak ala kadar je ke? tapi resepi dasyat2,hehehe
to cikmanggis
cuba jangan tak cuba.sodap tuu