Followers

Showing posts with label Award dan penghargaan dari kawan2. Show all posts
Showing posts with label Award dan penghargaan dari kawan2. Show all posts

Tuesday

TANDA PERSAHABATAN DARI YATIE

Cantik bunga ni.. terima kasih yatie kerana bagi hadiah tanda persahabatan.... somoga persahabatan kita berpanjangan..

Tuesday

CARD FROM LOVE2 COOK


Terima kasih LOVE bagi card bunga rose yang cantik ni dekat mama.

Monday

HAPPY MOTHER'S DAY


..HAPPY MOTHER'S DAY..

kepada kawan2 mama,
tak terasa lambat lagi untuk raikan hari ibu.
so,sila lah ambil kad ni tanda penghargaan.

Sunday

KAD DARI KAWAN2 = HAPPY MOTHER'S DAY



Dari Izah daut


dari maz : dapur maz

Dari Cik Mat Gebu

Dari Kak Ummi

Dari Yatie
Dari Love2 Cook

TANDA PERSAHABATAN DARI NJ

Bunga rose tanda persahabatan dari NJ. Dah lama NJ bagi bunga ni baru hari sempat letak kat blog mama.Terima kasih NJ moga persahabatan kita berpanjangan Amin...

AWARD DARI YATIE



Ketiga2 award ni dari yatie dah lama yati bagi
ni...baru hari ni gantung kat blog mama.Terima kasih
yatie bagi award ni dekat mama.

Wednesday

AWARD DARI KAKSU

Terima kaseh banyak2 kak su bagi Award ni dekat mama.Sebenarnya dah lama kak su bagi Award ni. Hari baru mama letak dekat sini. Maaf ya kak su. Mama amat hargai pemberian dari kawan2 semua. Semoga
persahabatan kita berpanjangan.

Tuesday

INI PUN DARI KAK SU JUGA...

Salam buat semua. Hari ni mama berpeluang gantung Award  pemberian dari kak su. Terima kasih banyak2 ya kak su.Award pro memasak eh.. pro ke mama ni memasak, tak ada la biasa ja mama ni.. masak untuk keluarga boleh la.. Ok la nak kena jawab dulu ni..


3 jenis lauk pauk yang suka dimasak

    * Asam pedas
    * Kari (tak kira kari apa pun)
    * Sambal tumis

3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
     * Som som pandan
     * aiskrim kacang merah
     * puding roti

3 jenis biskut kegemaran time raya
      * Tart nenas
      * biskut kacang
      * biskut cornflakes

Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak
     Tak tau pula nak bagi dekat siapa2 sebab semua kawan2
      mama ni rajin dan pandai masak.

Ok dah siap pun...

Thursday

BUNGA DARI HANA


Kelmarin lepas saja ronda kat umah hana tu mama sempat juga sunting bunga kat taman rumah hana tu. cantik la bunga ni, lagi pun tuan rumah tu baik hati dia suruh ja pilih yang mana2 bekenan. Terima kasih la hana, bagi bunga tu. Mama gantung kat rumah mama ni. Siap letak frame lagi.





Yang ni pun petik kat taman rumah hana juga. Terima kasih ya hana.

Tuesday

AWARD DAN TAG

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan2. Kelmarin pergi klinik untuk buat rawatan susulan tapi entah macammana Doktor bagitahu keputusan pemeriksaan yang minggu lepas tak lengkap. Aduuuh geram betul laa. Doktor minta datang lagi esok pagi. Pagi tadi pergi lagi keklinik tu, tunggu bukan main lama boring sungguh. Bila tiba giliran Doktor cakap kena ambil darah sebanyak 8 tiub, Oooo dengar pun dah takut, dalam hati cakap betul ke Doktor ni banyak tuu 8 tiub mau pengsan mama nanti. Tanya dekat Doktor betul ke...Ya laa kata Doktor ada 4 borang nii, 1 borang kena guna 2 tiub. huhuhu dah terpaksa nak buat camna kan. Doktor bagitahu 10 hb mei datang lagi ok. Ok ja la mama nii. Sudah selesai semua balik rumah Doktor suruh minum air gula. Minum juga la sikit ja takut jadi penyakit lain pula maklum la umur dah meningkat ni kena la jaga2 sikit macam2 penyakit yang tak diundang tu datang kat kita kan. Ok la hari mama tak masak beli lauk kat kedai jaa untuk anak2. Ada masa la sikit petang ni jadi mama nak jawab tag dari Hana yang duduk dekat Jepun tu.




Terima kasih banyak2 bagi Award ni dekat mama. Semuga persahabatan kita dialam maya ni berpanjangan. Mama sentiasa berdoa semoga Allah panjangkan umur kita, murahkan rezeki buat kita semua dan permudahkan kehidupan kita di dunia dan akhirat. Amin....
ok la nak ambil Award ni kena buat kerja sekolah dulu..


1. 5 names that people call me

     * Che Pah ( nama sebenar la ) - panggilan cikgu cikgu dan
         kawan2 di sekolah dulu
     * Mamasyipah - panggilan di kalangan blogger
     * Syaripah - nama ni mak dan Aruah bapa ja yang panggil
     * Syipah. nama ni semua adik kakak dan saudara mara panggil.
     * Yang - nama ni mesti la laling panggil.

2. 5 Important dates in my life
   
     * 24.6 hari lahir husben mama la
     * 5.9  hari lahir mama
     * 23.8 hari lahir (along) anak sulong mama
     * 6.5 hari lahir ( angah ) anak mama yang kedua
     * 11.4 hari lahir ( adik ) anak mama yang ketiga

3. 5 things that i did yesterday
   
     * bangun pagi terus kedapur minum
        1 gelas air masak (setiap pagi )
     * mandi buat apa2 yang patut dlm bilik mandi tu
         tak yah bagi tau la kan
     * tunaikan kewajipan (solat subuh la yea )
     * siap untuk ke klinik Seberang Jaya
     * sarapan kat kedai dan beli juadah utk tengahari

4. 5 ways to be happy
   
     * anak2 dan hasben laa
     * dapat pujian iklas dari suami tercinta
     * masakkan yg dimasak habis di makan
     * dapat berkumpul dengan adik beradik
     * shopping

 5. 5 favourite movies
  
     * yang ni maaf la yeaa mama ni bukan kaki wayang
        walaupun kaki berjalan2,
        seingat mama filem yang last sekali mama tonton tu,
        bertajuk jangan pandang belakang dah lama daa
  
6. 5 hobbies

     * masak (dah tentu la kan kalau tak anak2
       dan laling nak makan apa kan
     * menjahit (ambil tempahan baju kurung shj )
     * kemas rumah dan apa2 yang patut
     * bekebun, banyak pokok2 bunga kat tepi rumah tu.
     * suka cuba resipi2 yang baru

 7. 5 favourite people

     * keluarga mama la anak2 dan hasben
     * emak dan aruah bapa
     * adik2 kakak dan ipar duai
     * keluarga mentua
     * saudara mara
     * kawan kawan

8. 5 places for vacation

     * nak ke tanah suci makkah insyaallah
     * nak pergi sekali lagi tempat ni...
        pernah dulu mama rehat baring2 dalam kebun
        getah sambil mata pandang kat atas (langit laa )
        betapa indahnya ciptaan tuhan.
        masa tu mama rasa aduhaaai tenang sangat2.
     * tepi sungai ala2 kampung
     * nak jelajah ke seluruh malaysia.tak habis lagi cuti2 m'sia
     * pergi Pulau Langkawi belun pernah pergi hasben
        takut naik bot laa. ( insyaallah akan sampai juga )

9. 5 reasons i answered the survey??
 
     * dah kena tag macam hana juga la
     * terharu sebab di hargai oleh kawan2
     * dapat eratkan tali persahabatan
     * dapat ramai kawan
     * memenuhi syarat dan permintaan
        sebab tak ada kerja petang ni

10. 5 persons to be tagged by me
      
      * so,spa2 yg bace tag mama ni,phm2 la erk.
         amek la tag ni n jwb la soalan yg spttnya.hehehe.
       Ok la dah siap kerja sekolah hari ni.
       Seronok juga lama tak jawab soalan2 macam ni.

Friday

DAPAT AWARD LAGI....


Salam buat semua kawan2. Hari ni mama jalan jauh la sikit pergi kat rumah Ena- zarina tu pergi ambil Award yang cantik ni ha. Mama suka la bunga2 ni cantik sangat.Terima kasih banyak2 pada Ena bagi Award ni kat mama ,semoga ikatan persahabatan kita di alam maya ni berpanjangan. Amin..

Tuesday

AWARD DARI KRIN

Terima kasih banyak2 pada krin bagi Award ni kat mama. Semoga persahabatan kita dialam maya ni berkekalan.

Wednesday

AWARD DARI KAKSU72


Award ni terima dari kaksu72. Terima kasih banyak2 kaksu bagi Award ni kat mama.



Yang ni pun dari kaksu juga sekali lagi terima kasih kaksu..cantik sangat2 , semua pakat2 ada kata kaksu nanti raya kita pakat pakai ramai2 macam boria gitu..Dulu masa mama jadi pengantin tak pakai pun Tiara yang secantik ni..ok laa terima kasih sekali lagi pada kaksu semoga persahabatan kita di alam maya ni berpanjangan...

Tuesday

AWARD DARI SUEJOSHUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan semua. Hari ni mama masak simple kailan goreng ikan masin je. Jadi mama luangkan sedikit masa sebab nak gantung Award dari sue. Award ni dah lama sue bagi tapi tak sempat nak gantung kat sini.
Terima kasih banyak2 sue ( http://suejoshua.blogspot.com/) kerana bagi Award ni kat mama.sekali lagi terima kasih banyak2.Nak dapat ni kena buat kerja sikit..ok la mama ikut syarat nya.

Yang pertama dah ikut kat atas tuu...


Award dari suejoshua.


Yang kedua letak gambar anak semua sekali..
Ni lah permata Hati mama Anugerah dari yang maha Esa




Muhammad Syahrel Hafidzi (Along )
Dilahirkan Di Hospital Umum Sarawak pada 18.8.1988




Ezzatul Zuria (Angah )
Di lahirkan Di Hospital Umum Sarawak pada 6.5.1992




Muhamad Haizal Syafiq  ( Adik )
Dilahirkan Di Hospital Umum Sarawak pada 11.4.1996




Wednesday

TANDA INGATAN DARI LINA PG

BUNGA ROSE

Bunga Orkid


Bunga rose

Cantik la bunga2 ni.Mama baru jer petik dari umah lina-pg. Pandai la lina ambik gambar mama suka.terima kasih banyak2 bagi bunga ni kat mama.

TANDA PERHARGAAN DARI AZIAN

Bunga rose yg cantik ni tanda persahabatan dan perhargaan dari Azian.Terima kasih banyak2 yeaa. Semoga persahabatan kita di alam maya ni berpanjangan..

Monday

AWARD DARI MAZ

Terima kasih MAZ bagi award kat mama.Top ke blog mama ni.. Apa2 pun terima kasih la semoga persahabatan kita di alam maya ni berpanjangan..


Ni pun Award dari MAZ

Wednesday

AWARD DARI MIMIELOMA


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan - kawan.Apa khabar harap2 sihat la yeaa. Hari ni mama nak gantung kan award yang mama dapar dari mimieloma.Daah banyak hari award ni dok simpan ,hari ni baru ada masa nak gantung. Teima kasih banyak2 mimieloma kerna bagi award ni kat mama.Semoga persahabatan kita berpanjangan.. Ok la nak dapat award ni kena buat homework sikit berkenaan diri sendiri..

Ni sedikit catatan mengenai mamasyipah =

1.  Che Pah binti Tasu adalah nama sebenar. Emak dan arwah bapa panggil syaripah , masa kat sekolah dulu kawan2 panggil Che Pah,saudara mara dan kawan yg terdekat panggil Syipah dan kwn2 anak mama si Along tu panggil mama.Tapi dlm blog ni lebih suka dgn panggilan Mamasyipah laa kan

2.  Mempunyai 5 orang adik beradik, 4 perempuan 1 lelaki . Mama anak yg ke 2.

3. Dilahirkan di kpg Jabi pokok sena  dan berpindah ke FELDA Lubuk merbau Kedah (rumah emak sekarang laa)sekarang ni tinggal kat Bandar Baru Perda,Bukit Mertajam .Pulau Pinang.

4. Seorang manusia biasa yg pendiam tapi kalau biasa tu jadi peramah juga tengok keadaan  laa.

5. Suka masak dan cuba resipi2 yg baru.tak mengenal erti putus asa cuba dan cuba.. kalau resipi yg di cuba tu menjadi suker la sangat2... kdg2 buat sampai dua tiga kali..

6.Tak suka pada seseorang yg suka menjatuhkan dan mengaibkan org lain..bencii tau org macam tuu.

8. Apa lagi ehh...ooo suka berangan2..haha macam2 hal la tuuu.

Ok la ni saja yg dapat mama coretkan dan award ni hendaklah dipanjangkan pada kwn2 yg lain . Tapi mama tak pandai la nak tag mengtag kawan2 ni.. Ok la pada kwn2 semua semoga persahabatan kita perpanjangan .....

Related Posts with Thumbnails