Followers

Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Saturday

IKAN SUMBAT KELAPA


Sumber :- cik mat
BAHAN - BAHANNYA :-)

5 ekor ikan kembong saiz besar
(nak guna ikan cencaru pun ok)
Sedikit kunyit Sedikit garam
1 cawan kelapa parut putih
(guna kelapa untuk buat inti)
2 helai daun kunyit, hiris halus
Garam dan sedikit gula Putih
telur dari 2 biji telur 2 camca besar jus asam jawa
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1 biji cili merah* 8 biji cili padi*
1 camca besar udang kering,
rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan bakar*
1/2 inci kunyit, dibakar*
(*ditumbuk hingga lumat)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis ( mama tambah )

 CARA MEMBUATNYA :-)

 1. Ikan dibelah belakang buang insang
      dan segala isi perutnya, cuci bersih dan
      berhati2 supaya bahagian perutnya tidah terkoyak.
 2. Satukan bahan2 tumbuk lumat bersama kelapa parut
      jus asam jawa, putih telur, hirisan daun kunyit dan
      tambah garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
 3. Ikan tadi di lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
 4. Bahagi 5 bahan2 no. 1 tadi, isikan setiap bahagian ke dalam
      ikan yang telah dibelah belakangnya.
 5. Kemaskan dan buat hingga siap.
 4. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi dengan api
     sederhana sehingga masak, terbalikkan ikan perlahan2
      untuk mengelakkan kelapa tadi terkeluar.
 5. Tujuan menggunakan putih telur sahaja
      ialah untuk mengelakkan minyak berbuih semasa
      proses menggoreng ikan.
 6. Hidangkan ikan tadi panas2 bersama nasi dan lauk2
      kegemaran yang lain.   Selamat mencuba...

Tuesday

IKAN GORENG SAMBAL ISTEMEWA





IKAN GORENG BERSAMBAL ISTIMEWA by AlongRoz
Copy: Izahdaut (boleh tengok disini.disini.disini
(Terima kasih Izah,alongRoz dan k.noor)

BAHAN - BAHANNYA :-)

3 ekor ikan
garam
serbuk kunyit
utk sambal:

4 bj cili hijau
1 bj cili merah
beberapa bj cili padi
1 btg serai
1/2 kuntum bunga kantan ~ k.nor ganti dgn daun limau purut (ikut kak nor juga)
5 bj bawah merah
4 ulas bawang putih
daun ketumbar ~ dihiris halus (tak letak pun)
garam

tambahan oleh k.nor:

2 sudu besar sos ikan (ikut kak nor)
sedikit gula
1 sudu besar perahan limau nipis

CARA MENYEDIAKANNYA

1. Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.

2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun ketumbar dan garam.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yg dah siap digoreng

Wednesday

ACAR IKAN

Sumber majalah

BAHAN BAHAN

2 ekor selar(mama guna ikan ikan kembong)
1 cawan air asam (mama guna 3 sudu cuka t 1/2 cwn air)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji buah tomato (mama guna tomato ceri)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau* (letak cili padi hijau)
1 biji bawang besar*
* di kisar

CARA MENYEDIAKAN : =

1. Ikan di goreng sehingga kekuningan.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Bila sudah agak layu,masukkan cuka t air tadi  
     buah tomato dan serbuk kunyit.
4. Apabila mendidih, masukkan ikan dan garam secukup rasa.
     gaul rata, siap untuk di hidang.

IKAN SIAKAP TIGA RASA


sumber dari majalah

UNTUK IKAN

1 ekor ikan siakap/kerapu/merah
garam secukup rasa
1 cawan tepung jagung
lada putih secukup rasa
2 sudu besar jus limau

1. perap kan ikan bersama jus limau,garam dan lada
2. gaul kan bersama tepung dan goreng dengan minyak yang banyak dan panas.

UNTUK KUAHNYA

15 ulas bawang putih (dicincang)
10 biji cili padi (dicincang)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar tepung jagung (campur air)
2 sudu besar sos cili
lada benggala
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 biji tomato
2 biji jagung muda (dibelah dua)
50 gram lada benggala (hijau)
80 lobak merah

CARA MEMBUAT NYA

1. tumis bawang putih dan iikuti cili padi
2. masukkan serai
3. masukkan pula air,sos cili,sos tomato dan sos tiram
4. masukkan tomato,jagung muda,lobak merah
5. kemudian masukkan gula dan minyak bijan
6. selepas itu masukkan tepung jagung dan biarkan kuah pekat
7. akhir sekali tuang kan kuah ke atas ikan ynag telah digoreng.

Thursday

HIDANGAN TENGAHARI MAMA SEKELUARGA


SOMTAM EPAL HIJAU ALA THAI


BAHAN-BAHAN



1 biji epal
1 batang lobak merah
1 biji tomato
6 tangkai cili padi
3 sudu sos ikan
2 sudu makan udang kering
1 sudu makan bijan (mama t'lupa kn letak akn.hehehe)

CARA MEMASAK :

1. Campurkan bahan bahan hirisan ke dalam magkuk.gaul rata.
2. Kemudian masukkan udang kering dan sos ikan.kacau sebati.
3. Akhir sekali,taburkan bijan di ataasnya.sedia untuk dinikmati.





Asam rebus ikan

Saturday

IKAN SUMBAT KELAPA


(sumber dari cik mat)
tq. cik mat

BAHAN-BAHANNYA :-)

5 ekor ikan kembong saiz besar
(nak guna ikan cencaru pun ok)
Sedikit kunyit Sedikit garam
1 cawan kelapa parut putih
(guna kelapa untuk buat inti)
2 helai daun kunyit, hiris halus
Garam dan sedikit gula Putih
telur dari 2 biji telur 2 camca besar jus asam jawa
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1 biji cili merah* 8 biji cili padi*
1 camca besar udang kering,
rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan bakar*
1/2 inci kunyit, dibakar*
(*ditumbuk hingga lumat)

 CARA MEMBUATNYA :-)

 1. Ikan dibelah belakang buang insang
      dan segala isi perutnya, cuci bersih dan
      berhati2 supaya bahagian perutnya tidah terkoyak.
 2. Satukan bahan2 tumbuk lumat bersama kelapa parut
      jus asam jawa, putih telur, hirisan daun kunyit dan
      tambah garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
 3. Ikan tadi di lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
 4. Bahagi 5 bahan2 no. 1 tadi, isikan setiap bahagian ke dalam
      ikan yang telah dibelah belakangnya.
 5. Kemaskan dan buat hingga siap.
 4. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi dengan api
     sederhana sehingga masak, terbalikkan ikan perlahan2
      untuk mengelakkan kelapa tadi terkeluar.
 5. Tujuan menggunakan putih telur sahaja
      ialah untuk mengelakkan minyak berbuih semasa
      proses menggoreng ikan.
 6. Hidangkan ikan tadi panas2 bersama nasi dan lauk2
      kegemaran yang lain.   Selamat mencuba...
Related Posts with Thumbnails