Followers

Sunday

APAM POLKADOT

 



BAHAN BAHANYA :-
Sumber : Hana
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE DARI HANA :-

  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur

Friday

KEK COKLAT

Tempahan dari Fadhilah untuk hari lahir anaknya.Terima kasih banyak2

Thursday

CHEESY FAIR LADY CAKE

Sumber: Norazizah Abdul Hamid FB kongsi resipi  

BAHAN BAHANNYA :-

125 gm tepung penaik -diayak dahulu-
5 biji telur
120 gm gula castor
2 sudu susu segar
1 sudu teh ovellate
1 st esen vanila
75gm minyak jagung....

CARA MENYEDIAKANNYA :-

1. Pukul telur sampai kembang putih...
2. Masukan gula + ovalet pukul sampai kembang
3. Masukan tepung + susu +esen vanila sedikit
    demi sedikit sampai habis ...sebatikan
4. Masukan minyak jagung n gaul sebati ....
5. Lapik loyang 10'' gan raping peper ..
6. Panskan oven 180 c
7. Masukan adunan masak secara kaedah steam bath...
8. Guna api bawh sahaja..bile kek dah kuning buka api
    atas sekejap...bg kek keras skit... n buka balik api bwh..
    masak sampai masak n kek kekuningan ...izah masak
    dlm mase 1 jam 15 min...   
9. Bila kek sejuk potong 3 lapisan..

   Untuk inti leyer..

100 gm butter
250 gm krim cheese
10o gm gula icing di ayak
100 gm fresh cream..
jus lemon

CARA MENYEDIAKANNYA :-

1. Pukul butter n cream cheese sehingaa sebati...
    kemudian baru masukan gula icing yg diayak
    tadi n akhir sekali baru masukkan fresh cream
    pukul sampai kembang.
2. Kemudian ratakan pada kek pada lapisan yang
    pertama hingga lapisan yang terakhir.

UNTUK HIASAN:-
                                                                                                                                                        
 150 gm fresh cream 
 25o coklat putih....di parut halus...

CARA MENYEDIAKANNYA :-

1. Pukul fresh cream sampai kembang.....
2. Ratakan pada permukaan kek sampai rata 
    dan hiaskan dgn parutan coklat putih.


Sunday

MARBLE CHEESE BROWNIES

 
Tempahan dari kawan2 ..Raihan, Asma dan kak Sakyah. Terima kasih semuanya.


Sumber : mamakitchen
Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong. 



Saturday

KEK COKLAT


 Kek tempahan milah untuk hari lahir anaknya yang ke 7 tahun. Terima kasih banyak2.

Wednesday

KEK KARAMEL / KEK COKLAT


Tempahan  kek karamel dan kek coklat dari kak Aziah untuk birthday anaknya. Terima kasih kak Ziah.

KEK KARAMEL

Yang ni belum potong lagi nii..Tempahan dari Raihan,Bela dan Sabariah. Terima kasih semuanya.

TEMPAHAN

Tempahan dari esah,munah dan asmah.Terima kasih semua..

Saturday

KEK KARAMEL


Tempahan dari kak Gayah bahagian Nakotik IPD. Perda. Terima kasih banyak2.

KEK KARAMEL lagi.....

Tempahan dari yati yang tinggal kat Tanah Liat, Bukit Mertajam. Yati ada call bagitau kek ni sedap sgt2 tapi manis sangat laa katanya. Terima kasih banyak2 yati nanti boleh mama kurangkan sukatan gula ok.

Related Posts with Thumbnails