Followers

Sunday

BEBOLA KELEDEK SALUT GULA

 

BAHAN BAHANNYA :-)

500 gram ubi keledek putih (buang kulit dan timbang)
60 gram tepung gandum
sedikit garam
4 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air
minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKANNYA :-)
1. Ubi keledek dikupas kulit dan potong
     2 atau 3  dan rebys hingga empuk

2. Lenyet hingga halus, masukkan tepung gandum
     dan garam.
3. Uli hingga sebati.
4. Ambil sedikit adunan bulat2kan.
5. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga masak.
6. Toskan minyak.
7. Dengan menggunakkan kuali yang sama buangkan minyak 
     tadi masukkan gula dan air, masak hingga gula pekat.
8. Selepas itu masukkan bebola, gaulkan pelahan2 
     hingga gula tadi salut pada bebola.
9. Padamkan api dan terus kacau pelahan2 hingga
     gula tadi kering.
     Siap untuk dihidang

    

Saturday

IKAN SUMBAT KELAPA


Sumber :- cik mat
BAHAN - BAHANNYA :-)

5 ekor ikan kembong saiz besar
(nak guna ikan cencaru pun ok)
Sedikit kunyit Sedikit garam
1 cawan kelapa parut putih
(guna kelapa untuk buat inti)
2 helai daun kunyit, hiris halus
Garam dan sedikit gula Putih
telur dari 2 biji telur 2 camca besar jus asam jawa
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1 biji cili merah* 8 biji cili padi*
1 camca besar udang kering,
rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan bakar*
1/2 inci kunyit, dibakar*
(*ditumbuk hingga lumat)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis ( mama tambah )

 CARA MEMBUATNYA :-)

 1. Ikan dibelah belakang buang insang
      dan segala isi perutnya, cuci bersih dan
      berhati2 supaya bahagian perutnya tidah terkoyak.
 2. Satukan bahan2 tumbuk lumat bersama kelapa parut
      jus asam jawa, putih telur, hirisan daun kunyit dan
      tambah garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
 3. Ikan tadi di lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
 4. Bahagi 5 bahan2 no. 1 tadi, isikan setiap bahagian ke dalam
      ikan yang telah dibelah belakangnya.
 5. Kemaskan dan buat hingga siap.
 4. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi dengan api
     sederhana sehingga masak, terbalikkan ikan perlahan2
      untuk mengelakkan kelapa tadi terkeluar.
 5. Tujuan menggunakan putih telur sahaja
      ialah untuk mengelakkan minyak berbuih semasa
      proses menggoreng ikan.
 6. Hidangkan ikan tadi panas2 bersama nasi dan lauk2
      kegemaran yang lain.   Selamat mencuba...

Friday

CUP CAKE


Suprise!!!! selamat hari lahir buat Sjn Syed dari rohayu Bohan Cawangan Trafik IPD SPT. Semoga panjang umur dan dimurahi rezeki,Selamat maju jaya dalam karier.Amin....

Monday

COKLAT CUP CAKE


Terima kasih Maznah dari Cawangan Trafik, selamat hari lahir Ezwa semoga mendapat kemenangan di dunia dan Akhirat
Related Posts with Thumbnails