Followers

Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Wednesday

DAGING PRUN


 Daging prun resipi ni mama ambil dari buku senangnya masak daging bersama Chef  Hanieliza.Terima kasih banyak Kak Liza sebab kongsi resipi ni.


Seperti biasalah ya.. mama minta izin  letak resipi kat sini.Jom semak resipi kat bawah ni.

   BAHANYA =

  600 gram daging  (dipotong nipis)
  1/2 cawan buah prun (dikisar halus)
  5 sudu sos tomato
  4 sudu besar kicap pekat
  2 sudu besar cili kisar
  2 sudu besar rempah kari daging
  4 sudu besar minyak masak
  1/2 cawan air
  garam secukup rasa

  BAHAN B (DIKISAR)

  4 ulas bawang putih
  10 ulas bawang merah
  2 inci halia

  CARA MEMBUATNYA

  1. Daging dibersihkan dan digaul dengan sos tomato
       rempah kari, cili kisar dan kicap pekat.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar
       hingga wangi dan naik minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata.
  4. Masakkan hingga daging lembut.
  5. Masukkan buah prun dan garam.Biarkan hingga
       kuah pekat.
  6. Hidangkan dengan nasi putih.nasi minyak atau nasi tomato.

Wednesday

GULAI REBUNG DENGAN DAGING


Menu tengahari gulai daging t rebung

DAGING BLACK PEPPER

MySpace


hidangn tengahri td.


 

resipi ni mama ambil dari umah hana.Tq hana minta halal yer
mama letak resipi ni kat cni untuk rujukkan mama dan anak2 mama di masa akan datang.Jom kita tengok resipi kat bawah nii



BAHAN BAHANNYA


500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg di tumbuk kasar-lebihkan jika ingin pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 sb sos lada hitam (mama tambah sendiri)
1 cawan air (mama lebihkan ckit anak2 suka makan kuah)
1 sb tepung jagung yg di bancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus
1 sb gula
 minyak utk menggoreng


CARA MENYEDIAKANNYA


1.  Potong daging nipis2 dgn cara melawan urat supaya daging tidak liat.
2.  Bersihkan dan tos kan selama 1 jam   atau lebih supaya tidak
      mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
3.  Potong panjang kedua2 lada.
4.  Panaskan minyak.Seboleh2nya gunakan minyak yg banyak dan
      menggunakan api yg kuat sprt yg di tunjukkan oleh chef asal
      supaya daging itu tak perlu di goreng dgn lama.
5.  Goreng daging lebih kurang 3-4 minit sambil di kacau
      supaya rata masaknya dan angkat.
6.  Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj.
7.  Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi
     dan masukkan lada merah.Lepas itu masukkan kicap manis,
     sos tiram,garam dan gula.Kacau sebati.
8.  Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkam air.
9.  Sekiranya ingin lebih kuah,lebihkan sukatan air.
10 Biar mendidih,barulah dimasukkan lada benggala dan
      bancuhan air tepung jagung.Biarkan mendidih.
11. Bila dah agak pekat bolehlah di padamkan api dan
      hidangkan panas2 dgn nasi putih.
Peringatan:Garam tak perlu letak byk2 kerana dah pun masin dari kicap dan sos tiram.

RENDANG DENDENG PERAK

 

BAHAN-BAHAN NYA :


1 kilo daging lembu
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu gula
2o tangkai cili kering*
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
   halia dan belacan*
   sedikit air asam jawa dan garam 
   sedikit minyak untuk menumis

 semua bahan2 bertanda * di mesin halus


CARA MEMBUATNYA :

1. Daging di rebus hingga empuk dan potong nipis2.
2. Perap dengan kicap lebih kurang 1/2 jam.
3. Tumis bahan2 yang di mesin tadi hingga wangi.
4. Masukkan daging yang diperap td dan masukkan air asam jawa.
5. Masukkan gula dan garam.
6. Goreng hingga rata dan keluar minyak.

Saturday

GULAI DAGING UMBUT PISANG



hari ni mama x masak pun..al maklum la..sbok menjahit..raya dkat dh..tempahan bnyak lagi blum jahit..so,abah masak la..amek alih tugas mama..masak ala orang dulu2..gulai daging umbut pisang..gulai kampung..

Sunday

sup cinta sayang mama

hidangan tengahari mama sekeluarga
BAHAN-BAHAN 600 gram daging (dipotong , direbus terlebih dahulu air rebusan hendaklah disimpan) 1/2 inci halia (diketuk) 2 ulas bawang merah (dimayang) 2 ulas bawang putih (dimayang) 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 2 inci kulit kayu manis 1 sup bunjut 1 bungkus sup sayur adabi daun sup dan daun bawang 1/2 batang karot 2 pelepah daun saleri 4 cawan air garam secukp rasa CARA MEMBUAT tumis bawang yang dimayang dan halia yang diketuk tadi dengan menggunakan api yang pelahan hingga kekuningan.masukkan bunga cengkih , bunga lawang , kulit kayu manis.selepas itu masukkan 1 bungkus serbuk sup sayur biar sehingga kekuningan.api hendaklah pelahan ini kerana sup sayur cepat hangus.masukkan air rebusan daging , sup bunjut dan tambahkan 4 cawan air.biar mendidih.masukkan daging dan garam secukup rasa.siap!! hidang..
Related Posts with Thumbnails