Followers
Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts
Friday
Saturday
ROTI NAIK PAHANG
Resipi : Tok Mak
Sumber : Salina Abkamal
BAHAN- BAHANNYA :-
1 biji telur (mama guna gred B)*
2 sudu besar susu pekat manis*
3/4 cawan gula kastor
2 sudu kecil yis
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil sorthening
500gm tepung gandum (mama guna cap sauh)
1 sudu besar susu tepung (mama guna fernleaf)
300ml air*
( *air ni dah dicampur sekali dgn telur dan susu pekat manis jadikan 300ml kesemuanya )
CARA MEMBUATNYA :-
kaedah breadmaker
1. Masukkan air yang dibancuh dengan telur dan susu pekat manis.
2. Masukkan tepung, gula, marjerin. gula dan sorthening.
3. Akhir sekali masukkan yis dan on kan mesin.
4. Tunggu sehingga mesin berhenti dan bahagikan doh
beberapa bahagian dan bulat2kan, masukkan dalam loyang
yang telah disapu dgn marjerin kemudian rehatkan sekejap
lebih kurang 1/2 jam.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 120 darjah sehingga masak.
Suhu ikut oven masing2.
Sunday
SWEET BUN
Resipi Roti Asas - asal dr Roshayati Rnet
Sumber: liza jb
Bahan A
500 gm tepung roti
100 gm gula castor
20 gm susu tepung
11 gm yis
5 gm bread improver (optional)
bahan A
ni digaul dahulu sebati masukkan garam 6gm
Bahan B
air dan sebiji telur dicampurkan menjadi 265gm
jumlah bahan cecair ini bergantung pada kondisi tepung
mungkin lebih atau kurang
Bahan C
butter 80gm atau gandingan butter dan shortening
5 grm bread softner
CARA MENYEDIAKANNYA :-
1. Gaul sebati bahan A masuk bahan B dan
di uli hingga sebati.
2. Masuk kan Bahan C dan uli lagi sehingga licin
dan elastik mcm roti canai ditarik tak putus.
3. Perap hingga 2x ganda dlm lingkungan
30 ke 45minit.
4. Setelah naik buang angin dan bahagikan doh
dan bentuk2kan, dan boleh di taruk inti semasa ini.
5. Perap hingga 2x ganda.
6. Bakar ikut suhu panas oven masing2 biasa
180c ke 200c,,,
Kalau bun dlm 15minit kalau roti loaf
dlm 25 ke 35 minit
Thursday
Roti benggali .lagiiiii... percubaan kedua
Doh yang lebih buat roti benggali tu mama buat bun sardin, dapat la 6 biji. Lupa pula nak tabur bijan kat atas bun tu. Kalau ada bijan lagi cantik kan kannn..
Roti benggali nii.. adalah percubaan mama yang kedua. Alhamdulillah hasilnya tak menghampakan..
RESIPI DOH ASAS ROTI (1)
RESIPI : Liza jb
BAHAN BAHANNYA :)-
A 100g tepung roti (high protin)
70 g air mendidih
B 300g tepung roti (high protin)
100g tepung gandum
80g gula castor
6g garam
20g susu tepung
9g yis segera
C 175g air sejuk
60g telor sejuk
D 60g butter
CARA MENYEDIAKANNYA :)-
1. Campurkan air panas didih kedlm tepung
sebatikan jadikan doh. sejukkan dah masukkan
kedlm peti ais selama 12 jam.
2. Campurkan adunan B sebatikan dan masukkan
adunan C dan uli sehingga menjadi doh baru
masukkan adunan A tadi, uli sehingga sebati.
3. Campurkan adunan D dan uli sehingga menjadi
elastik, buat ujian elastik
4. Rehatkan selama 40minit atau sehingga
naik 2x ganda
5. Apabila doh naik tumbuk buang angin dahulu.
Buat doh besar rehat 10 minit.
6. Bahagi2 kan doh dan bentuk2 kan dan masukkan
inti jika perlu.
7. Rehat 30minit to 1jam atau sehingga
doh naik 2x ganda bakar dalam oven dengan
suhu170 darjah atau ikut oven masing2.
masa bawa keluar dari oven cantik jaa roti nii licin ja, tapi tangan ni dok gatai laa pula bawa masuk sekali lagi dalam oven nak bagi garing la sikit baru laa sedapkan, tapi hasilnya berkedut2 laa pula. Tapi apa2 pun roti ni memang lembut. Terima kasih pada liza jbdan kak norli kerna kongsi resipi ni.. Resipi bleh tengok di sini.
Tuesday
wOOWWW.... buMM buM...........
Ya Allahh.. kenapa jadi cam nii...Dah tahu adunan tuu banyak napa la sumbat masuk gak.. ni laa akibatnya..Resip mama ambil kat sini
RESIPI DOH ASAS ROTI (1)
RESIPI : Liza jb
A 100g tepung roti (high protin)
70 g air mendidih
B 300g tepung roti (high protin)
100g tepung gandum
80g gula castor
6g garam
20g susu tepung
9g yis segera
C 175g air sejuk
60g telor sejuk
D 60g butter
CARA MENYEDIAKANNYA:)-
1. Campurkan air panas didih kedlm tepung
sebatikan jadikan doh. sejukkan dah
masukkan kedlm peti ais selama 12 jam.
masukkan kedlm peti ais selama 12 jam.
2 Campurkan adunan B sebatikan dan masukkan
adunan C dan uli sehingga menjadi doh baru
masukkan adunan A tadi, uli sehingga sebati.
masukkan adunan A tadi, uli sehingga sebati.
3. Campurkan adunan D dan uli sehingga menjadi
elastik, buat ujian elastik
elastik, buat ujian elastik
4. Rehatkan selama 40minit atau sehingga naik
2x ganda
2x ganda
5. Apabila doh naik tumbuk buang angin dahulu.
Buat doh besar rehat 10 minit.
6. Bahagi2 kan doh dan bentuk2 kan dan
masukkan inti jika perlu.
7. Rehat 30minit to 1jam atau sehingga doh naik
2x ganda Bakar dalam oven dengan suhu
170 darjah atau ikut oven masing2.
2x ganda Bakar dalam oven dengan suhu
170 darjah atau ikut oven masing2.
terima kasih banyak2 kerna kongsi resipi ni..
Thursday
BLUBERRY FINGER BUN
Terima kasih kak ummi dan nor
BAHAN - BAHANNYA :-)
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur gred A
100ml air
100gm Water Roux30gm butter
30gm shortening
Topping:
blueberry filling (diblend halus) atau custard filling
Filling kastad:
1 cawan susu fresh
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
CARA MENYEDIAKAN FILLING KASTARD
1. Campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
2. Kacau supaya tidak berketul / hangus
3. Masak hingga sedikit pekat4. Padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan
Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):
1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur.
Kocokkan sket dgn garfu.
2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari
garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis
manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk
bulat masukkan butter dan shortening. Biarkan proses
menguli hingga selesai. (Utk menghasilkan doh yg lebih
lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.) -
mama wat sekali jek..cukup lembut dah...
5. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda
6. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
Rehatkan lebih kurang 15 minit.
7. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
8. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk
jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
9. Susunatur ke dalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
10. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
11. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan
doh tak terlalu kering masa proses membakar.
12. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard
ke atas doh yg dah naik.
13. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih
kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
14. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan
dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml
air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati
dan biar hingga naik dan berbuih.
2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula
ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati
baru la dimasukkan bahan no1.
4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan
butter dan shortening, sedikit demi sedikit.
Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
6. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut.
(kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah
sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
7. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan
plastic cling supaya udara tak keluar.
8. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan
dgn step no. 6 di atas dan seterusnya
Monday
ROTI KISMIS YOGURT
Sumber : Majallah sedap Bil: 24
CnP: dari mat gebu.Terima kasih Cik Mat dan bdaria.
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti (high protein flour)*
100 g tepung gandum (plain flour)*
20 g susu tepung*
75 g gula halus*
1 camca teh garam*
1/2 camca teh bread improver (resipi asal tak letak)*
(mama tak letak pun )
8 g instant yeast*
50 g yogurt
1 biji telur, dipukul sedikit
150 ml air sejuk
75 g marjerin (mat guna mentega)
50 g kismis (rendam dalam air panas hingga kembang, tos dan lap kering)susu pekat campur air dan madu (utk sapu diatas roti )
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :- Satukan semua bahan bertanda (*) , gaul rata. Masukkan yogurt, telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal,(doh memang lembut sedikit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plasik bersih. Perap 30 minit. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh dalam bread maker dan pilih setting untuk "DOH", tekan "ON" dan tunggu hingga siap.
UNTUK ROTI KISMIS YOGURT :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, taburkan kismis dan uli sekejap sehingga kismis rata dalam doh, bagi2kan doh tadi pada 17 bahagian sama besar. Mama buat 12 biji besar2. Ambil satu bahagian, bulat2kan dan bentukkan memanjang. Mama bentuk bulat2 ja. Susun dalam bekas. Buat hingga siap. Biar 45 minit hingga doh kembang. Sapu dengan susu cair dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit. Sapu dengan susu pekat sejurus roti keluar dari oven, sejukkan atas jaringan sepenuhnya...
Thursday
ROTI MANIS ALA JEPUN
Assalamualaikum dan selamat petang semua kawan2. Hari ni tiba pula giliran mama mencuba resipi roti manis ala Jepun dari blog kak ummi. Terima kasih kak ummi kongsi resipi ni..
Adunan roti yang dah siap di bolat bolatkan....rehatkan sekejap, dimana tuu.. haa dalam keta laa. haah biar betoi mama nii. haarr memang betoi pun Cuaca panas2 camni kejap jaa adunan tu naik...........45 minit dah berlalu jom kita tengok apa dah jadi...
waaaa fullamak gemok2 montok2 gitu. cam tuan dia gak nih...hi.hi..
Maak aaii... dah siap dibakar, hitam hitam sitampok manggis la pulaak..
hitam2 pun tak pa... tengok tu lembut gebu jaaa. sedap nih cicah kopi O panas gerenti licinggg...Ok lah resipi kat bawah ni mama ambik dari blog Cik mat resipi asal dari blog kak ummi ....Terima kasih ya mat, kak ummi budi baik dan keiklasan hati anda berdua kongsi resipi ni amat di sanjungi .. izinkan letak resipi ni kat blog mama ya...
BAHAN-BAHANNYA:-)
375 g tepung roti (high protein flour)
100 g tepung gandum
35 g susu tepung
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
80 g gula halus
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca teh instant yeast
150 ml air suam (kurang lebih)
40 g mentega
4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH ROTI :- Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar (mat bagi pada 12, tapi kalau 16 lagi cun, comey). Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemeran atau seri kaya
Saturday
BUN SAMBAL SARDINE
Jom sarapan dengan bun sambal sardine pula. Panas2 lagi ni. Lepas ni nak pergi kenduri dekat Beris Jaya, Sik nun jauh kat utara Negeri Kedah. Lepas kenduri dok rancang nak pergi lawat kebun anggur kat situ boleh laa beli anggur segar bugar gituu tapiii.. kawan yg dekat kulim ajak pergi meminang gadis melayu buat menantu la pulaaa dekat Gurun pukul 4 ptg nanti. Nak tak nak terpaksa batal niat suci murni tu, nampak gayanya tak dapat den merasa anggur yang segar2 tuu alih2 kat Jusco gak tempat dia... Tak apa la kita makan roti dulu..
Pada asalnya resipi ni dari blog Cik Mat, terima kasih laa mat kongsi resipi yang sedap nii, mama dah buat dulu bun sambal tuna tapi sekali ni mama ganti tuna dengan sardine pula. Siapa2 nak cuba tu boleh laa sedapp dan gebusss ja... bak kata Ika yang duduk kat siam tu lembut
toiin2 gitu...cuba lah jom kita tengok resipi kat bawah ni... ok tuan rumah undur diri dulu ya...
BAHAN DOH :-)
200 g tepung pau*
100 g tepung Hong Kong*
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 sudu teh softerner
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
1 1/2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
125 ml air suam
sedikit bijan
* guna tepung roti pun boleh
BAHAN SAMBAL SARDINE :-)
1 tin sardine, toskan
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, cincang
1 ulas bawang putih, cincang
1/2 inci halia, diketuk
1 camca besar kicap cair
1/2 camca teh gula
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA -
1. UNTUK DOH :- Dalam air suam, masukkan instant yeast dan 1 camca teh gula halus (dari 55 g gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan bancuhan ragi rati. Uli dan tambah air (yang xtra 50 ml tadi) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
2. UNTUK SAMBAL SARDINE:- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan cili kisar hingga garing, masukkan sardine, gula dan kicap cair, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masak dengan api perlahan hingga sambal kering, masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Keluarkan halia titik sebelum digunakan.
3. UNTUK BUN SAMBALSARDINE:- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan kepada 12 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, leperkan seperti dalam gambar, letak 1 camca besar sambal tuna dan balut inti tadi. Bulat2kan roti dan susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Perap roti tadi hingga naik, kurang lebih 45 minit. Sapu roti dengan telur lepas tu tabur bijan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, nak tabur bijan atas roti tadi pun ok, sapu permukaan roti dengan lebihan telur yang ditambah 1 camca besar susu cair, dan taburkan bijan, kemudian bakar seperti biasa.....
Wednesday
BUN SUGAR CHEESE
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan2. Dah minum petang ke. Jom kita minum kopi O dengan bun sugar cheese. Sedaaappp
Semenjak mama tesalah tepung buat bun sambal tuna dulu rasanya mama dah jatuh cinta laa dengan adunan tpg pau ni. Hasilnya sangat lembut dan gebu gebuuss gituu... Rresipi asal dari blog Cik Mat Gebu. Maaf yer cik mat sekali ni mama derhaka sikit dengan resipi cik mat. Jom layan resipi kat bawah ni..
BAHAN DOH :-
300 g tepung pau
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 sudu teh softener
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
1 1/2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
100 ml air suam
50 ml air (xtra) ( mama tambah 25 ml saja )
sedikit cheese
sedikit gula pasir
CARA MEMBUATNYA -
1. UNTUK DOH :- Dalam air suam, masukkan instant yeast dan 1 camca teh gula halus (dari 55 g gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan bancuhan ragi rati. Uli dan tambah air (yang xtra 50 ml tadi) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit.
KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap
2. Bulat2kan roti dan susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Perap roti tadi hingga naik, kurang lebih 45 minit. Sapu roti dengan telur lepas tu bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 23 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan roti tadi sapu
butter kemudian tabur gula dan cheese masukkan semula dalam oven lebih kurang 3 minit. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
Friday
BURGER MALAYSIA
Salam pagi jumaat buat semua...Jom kita sarapan dengan burger hari ni.. burger ni mama ikut resipi donut suria..terima kasih pada empunya resipi..
meh kita layan resipi kat bawah ni..
Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula caster
** I like this count of threes....senang ingat!!!! - aku setuju!! hihihi
Bahan B
200ml air suam
2 sudu teh instant yeast
=> 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
Bahan c
sambal bilis secukupnya
Kaedah penyediaan
1. Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan
Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu.
Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
2. Terus terap atau bulat-bulatkan.
3. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
5. Potong dua tapi jangan putus letak sambal ikan bilis
hirisan timun dan salad.
siap untuk di hidang.
Tuesday
ADUHAIIII TERSALAH TEPUNGGG TAPI ........
Assalamualaikum dan salam buat semua kawan2. Aduhaiii lama betul tak jenguk blog mama, tnet kat rumah ni buat hal laa geram betul.. Dia orang bagi tahu 3 hari ja tapi dah satu minggu baru ok hairan la, tu pun kena tukar apa benda tah mama pun tak tau. Tapi tak kesah la janji ok dah laa.. nasib tak kena bayaran..
Akibat tersalah tepung tapiii... alhamdulillah tengok tu.. lembut dan gebu ja bun tuna ni..
Bun sambal tuna ni mama buat dua hari yang lepas. sedap la kalau nak tau sedap ker tidak cuba la . resipi mama ambil dari blog Cik Mat Gebu. Alaa siapa yang tak tau Cik Mat yang sinonim dengan dunia masakan tu..
Ok la cik mat seperti biasa mama minta izin letak resipi kat blog mama. Roti ni tersangat laa lembut dan gebu. Selalunya mama buat bun tak la selembut ni. Best la resipi ni suka sangat2. Waktu nak kemas dapur yang besepah2 tuu mama tengok dua bungkus tepung atas lemari dapur, sekali mama tenguk tepung roti masih blum guna lagi... heran la pulak ....Rupa2nya mama tersalah ambil tepung ,mama guna tepung pau. Tapi Alhamdulillah roti yang mama buat tu gebu dan tersangat lah lembut. Resipi asal Cik Mat guna tepung gandum. Ok la lain kali boleh buat roti guna tepung pau..
Ok la kita tengok resipi kat bawah ni....
BAHAN DOH :-)
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 sudu teh softener ( yang ni mama tambah sendiri )
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
1 1/2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
100 ml air suam
50 ml air (xtra) ( mama tambah 25 ml saja )
sedikit bijan
BAHAN SAMBAL TUNA :-)
1 tin tuna flakes, toskan
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, cincang
1 ulas bawang putih, cincang
1/2 inci halia, diketuk
1 camca besar kicap cair
1/2 camca teh gula
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA -
1. UNTUK DOH :- Dalam air suam, masukkan instant yeast dan 1 camca teh gula halus (dari 55 g gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan bancuhan ragi rati. Uli dan tambah air (yang xtra 50 ml tadi) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
2. UNTUK SAMBAL TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan cili kisar hingga garing, masukkan tuna, gula dan kicap cair, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masak dengan api perlahan hingga sambal kering, masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Keluarkan halia titik sebelum digunakan.
3. UNTUK BUN SAMBAL TUNA :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, leperkan seperti dalam gambar, letak 1 camca besar sambal tuna dan balut inti tadi. Bulat2kan roti dan susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Perap roti tadi hingga naik, kurang lebih 45 minit. Sapu roti dengan telur lepas tu tabur bijan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, nak tabur bijan atas roti tadi pun ok, sapu permukaan roti dengan lebihan telur yang ditambah 1 camca besar susu cair, dan taburkan bijan, kemudian bakar seperti biasa......
Subscribe to:
Posts (Atom)































