Followers

Friday

SICILLIAN ORANGE CAKE


Mama tak buat aising mama tabur snow powder jaa..

 Terima kasih pada penyumbang resipi ni.. sedap sangat. Tak lupa juga pada Hana sebab mama copy resipi dari blog Hana.

Sumber : Hana
Resipi Asal : Rima singapore

BAHAN-BAHANNYA

250g butter - suhu bilik
250g gula pasir -mama buh 210g.
4 biji telur size m
11/2 sk parutan kulit oren
250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
85ml jus oren


BAHAN UNTUK AISING


125g gula aising
5 sk jus oren

CARA MENYEDIAKANNYA

1. Panaskan oven 170c. sapu loyang 22 cm dengan butter 
     di keliling. Dan alas loyang dengan baking paper.
2.  Pukul mengtega dan gula hinggan berkrim selama 
      4-minit. pecahkan telur, masukan satu per satu.
      masukan parutan kulit oren. pukul lagi sehingga
      kembang.
3.  Perlahankan speed, masukan tepung sedikit demi 
      sedikit berselang seli dengan jus oren
4.  Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 
      45-50 minit. cucuk sebelum keluarkan dari oven.
      jika kek belom masak dan permukaannya
      sudah keperangan, letakkan aluminium 
      foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan 
      teruskan membakar.
5.  Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas 
      wire rack. kemudian baru sisipkan.
6.  Untuk membuat aising campurkan gula 
      aising dan jus oren kedalam mangkuk kacau 
      hingga berkrim. Curakkan keatas kek tadi  
      dan boleh la di potong dan di nikmati.

  Mama guna Bundt Pan yang berukuran 10inci.

LOTUS PINGPI MOONCAKES

 Resipinyer  kedian  yer....



Thursday

KEK COKLAT LEMBAB

Tempahan dari epy untuk kawan tempat kerja dia. Selamat hari lahir zura semoga di rahmati Allah selalu hendaknya.. Amiiiin.

Saturday

AGAR - AGAR KARAMEL

 
 
 
 
 
 
AGAR-AGAR KARAMEL by Fidah Shamen
COPY:Izah Muffin

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly ~ k.nor guna serbuk agar2 10gm
600 ml air ~ k.nor lebihkan 100ml
300 ml susu cair
120 g gula halus ~ k.nor letak 5 sudu besar aje
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)
 
1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, 
    kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi 
    kuning keemasan dan kelihatan berbuih. 
    Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. 
    Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang 
   dalam bekas untuk membekukan agar2.

2. Satukan susu cair dengan tepung kastard,
     kacau rata dan tapis. Satukan gula, 
     air dan sebuk jelly/serbuk agar2, 
     kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga 
     semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan
     masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.

3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat 
    (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali),
     matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi
     karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam 
     peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan
     isi dalam piring, hidangkan dingin...

 
1. Bila guna serbuk agar2 kena lebihkan air,
      sbb tekstur puding jd keras sket 
 2. Dlm adunan puding k.nor kurangkan sukatan
      gula sbb dah ada rasa manis dr karamel 
 3. Kalau masak guna serbuk agar2 tak perlu masak 
     lama bila dah letak adunan susu + kastad sbb
     serbuk agar2 tu akan buat adunan akan 
     pejal tak seperti kalau guna jelly

Thursday

MOON CAKE - RED BEAN



 Moon cake, bersih suci dan yang penting HALAL.

Sumber : Carson bakeri
BAHAN - BAHANNYA :-)
Menghasilkan 30 biji kuih bulan.

600 grm tepung hong kong
450 grm golden syrup
180 ml minyak masak cap pisau  @ cap helang
1 sudu besar air abu
2 biji kuning telur t 2 sudu kecil air ( tapiskan )
1 kilo inti kacang merah/ hitam/lotus

CARA MENYEDIAKANNYA :-)

1. Campurkan golden syrup, minyak dan air abu hingga sebati.
2. Masukkan tepung gaulkan dengan menggunakan
     spatula hingga sebati.
3. Tutup adunan tadi dan rehatkan selama 5 jam.
4. Sementara itu timbang inti kacang seberat 30 grm dan bulat2kan.
5. Timbang adunan tepung yang telah direhatkan tadi
     seberat 40 grm dan masukkan inti kacang dan buat bentuk bulat
     macam kita buat kuih badak.
6. Kemudian masuk dalam acuan kuih bulan tekan hingga
     sedikit padat.Buat hingga habis.
7. Susun dalam loyang yang telah dialas dengan kertas.
8. Panaskan Oven 165c ( ikut Oven masing2 la ya )
9. Bakar sekejap lebih kurang 12 minit keluarkan dan biarkan sejuk.
10. Kemudian  sapu kuning telur di seluruh kuih tadi dan
      bakar semula hingga masak.
     Selamat mencuba..

Kuih bulan seelok2nya biarkan terdedah pada angin selama 2 hari
baru sedap di makan, kalau lagi lama lagi sedap sebab dia makin lembut.


Moon cake - Red Bean 

Tempahan dari jiran sebelah rumah 

Tempahan dari Afida Cik Mat  

Tempahan dari Esah Jalal 

MOON CAKE - RED BEAN


Tuesday

WHIPPING CREAM


 SUMBER : kak wan 
 Terima kasih Kak Wan Tip yg amat berguna buat mama


Masih keliru dengan kedua cream ini??? Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.
Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan

1. Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream
Kandungan : Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur : Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
Kegunaan : Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
Kaedah Penyimpanan : Simpan di tempat beku
Jenama di Pasaran : Rich's, Shine Road

2. UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream
Kandungan : Pepejal susu
Tekstur : Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan : Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan : Simpan dalam peti sejuk tidak perlu dibekukan
Jenama di Pasaran : Anchor, Emborg, Pauls

UHT - Ultra High Temperature

Monday

CHOCOLATE PEPPERMINT CAKE



SUMBER : Cik mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega
140 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
1 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan diayak)
3 biji telur gred "A" (ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja)
120 gram gula halus
1/2 camca besar ovallate
15 gram gliserin + 10 gram air (boleh ganti dengan 25 ml susu segar)
1 camca besar serbuk koko*
1 camca teh coklat emulco*
1/2 camca teh esen vanilla*
3 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
Sedikit pewarna hijau
3 titik perisa pudina






CARA MENYEDIAKANNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahan kan kelajuan, masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, tambah gliserin + air tadi. Putar rata.
  4. Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata. Dan satu bahagian lagi dengan warna hijau dan perisa pudina, kacau rata juga
  5. Sudukan 1/2 camca besar kaler coklat, kemudian letak 1/2 camca besar kaler hijau, buat berselang seli hingga habis. Bakar 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan..

KEK COKLAT LEMBAB


Kek untuk Ayu Ismail....terima kasih ya.

KEK COKLAT LEMBAB


 Jamuan hari raya kat balai ( bahagian URJ ) dulu mama buat kek coklat lembab ..resipi mama ambil dari blog Maz Bahrin. Kawan2 hasben cakap sedap kek coklat ni.. Jadi kawan hasben oder la untuk besday anaknya.Terima kasih kak moga akak puas hati la yer .




Hepi besday to Hafefy semoga jadi anak yang baik dan bahagia bahagia dunia akhirat ..Amiiinn...

Sunday

SNOW ALMOND








Sumber Resipi : hana
Terima kasih kongsi resipi yg sedap ni.. 

 BAHAN BAHANNYA :-
  • 250g butter
  • 90g gula halus - leh kurangkan
  • 50g badam kisar @ serbuk badam
  • 50g tepung ubi
  • 25g coffeemate
  • 25g nestum - kisar
  • 1sk esen coffee
  • 1 biji telur
  • tepung gandum secukupnya
Utk saduran
  • Chocolate masakan
  • Nestum @ breadcrumbs



CARA MENYEDIAKANNYA :-)
  • Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
  • Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan atau boleh di terap.
  • Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat2kan.
  • Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
  • Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke dalam paper cup yg comel2.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.


    KEK MENTEGA OREN

    Sarjan Sakyah oder untuk anaknya di Cyber Jaya. Untuk makan2 ja katanya.. Terima kasih ya..


    Sumber : RESIPI.NET
    Terima kasih kepada empunya resipi yg sedap nii..

    BAHAN- BAHANNYA :-

    A: di pukul putih
    227 gm mentega Anchor
    1 sudu teh esen vanilla

    B:
    6 biji telor gred B -suhu bilik
    80 gm gula aising
    120 gm gula caster
    1/4 sudu teh baking powder
    2 sudu besar ovalette

    C:
    210 gm tepung naik sendiri
    1 sudu besar butter vanilla (mama guna esen vanilla)
    1 sudu besar susu cair ideal
    2 sudu teh perisa oren


    CARA MENYEDIAKANNYA :-

    1. Sapu loyang 9 inci dengan sedikit mentega,
         alas dengan kertas ikut dasar acuan, sapu lagi
         sedikit mentega ... bahagian tepi loyang juga.
    2. Pukul dan kedua2 jenis gula hingga hancur
         masukkan baking pawder dan ovelatte pukul lagi hingga
         naik 3x ganda guna speed yang paling tinggi, masukkan tepung
         sikit demi sedikit sambl di pukul pada kelajuan 1,dan bila dah
         sebati masukkan susu cair.
    3. Pukul lagi pada kelajuan tinggi hingga naik selama 10 minit.
    4. Panaskan Oven suhu 160c ( oven dipanaskan 20 minit
         sebelum membakar ).
    5. Masukka bahan A kedalam adunan BtC sedikit sambil dipukul
         pada kelajuan 3 hingga habis. 
    6. Masukkan butter vanilla dan perisa oren pukul lagi
         selama 5 minit.
    7. Tuang dalam loyang dan bakar lebih kurang 1 jam
         atau hingga masak.



    Related Posts with Thumbnails