Followers
Monday
BIHUN GORENG TOMYAM
haha..ari ni mama buli abah..mama suruh abah masak untuk berbuka..alo..lagi pun..mama sibuk sngat..tngl berapa hari lagi nk raya..bju tempahan bnyak lagi..terpaksa la suruh abah dan ank2 masuk ke dapur.. hari ni abah masak bihun goreng tomyam..simple tp sedap..smpai tak terkata..hehe.. tq ye abah sbb tolong mama ambil alih tugas di dapor..abah tak tolong tak dapat raya la dgn baju baru..bju abah tak ciap lgi ni.. abah nk tolong ke nk masak??..haaa.plih2..hehehe
Saturday
GULAI DAGING UMBUT PISANG
IKAN SUMBAT KELAPA
tq. cik mat
BAHAN-BAHANNYA :-)5 ekor ikan kembong saiz besar
(nak guna ikan cencaru pun ok)
Sedikit kunyit Sedikit garam
1 cawan kelapa parut putih
(guna kelapa untuk buat inti)
2 helai daun kunyit, hiris halus
Garam dan sedikit gula Putih
telur dari 2 biji telur 2 camca besar jus asam jawa
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1 biji cili merah* 8 biji cili padi*
1 camca besar udang kering,
rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan bakar*
1/2 inci kunyit, dibakar*
(*ditumbuk hingga lumat)
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Ikan dibelah belakang buang insang
dan segala isi perutnya, cuci bersih dan
berhati2 supaya bahagian perutnya tidah terkoyak.
2. Satukan bahan2 tumbuk lumat bersama kelapa parut
jus asam jawa, putih telur, hirisan daun kunyit dan
tambah garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
3. Ikan tadi di lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
4. Bahagi 5 bahan2 no. 1 tadi, isikan setiap bahagian ke dalam
ikan yang telah dibelah belakangnya.
5. Kemaskan dan buat hingga siap.
4. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi dengan api
sederhana sehingga masak, terbalikkan ikan perlahan2
untuk mengelakkan kelapa tadi terkeluar.
5. Tujuan menggunakan putih telur sahaja
ialah untuk mengelakkan minyak berbuih semasa
proses menggoreng ikan.
6. Hidangkan ikan tadi panas2 bersama nasi dan lauk2
kegemaran yang lain. Selamat mencuba...
Friday
PAU KACANG MERAH
BAHAN BAHAN :
BAHAN A.
1/2 kilo tepung hong kong atau tepung pau
5 sudu besar gula kastar
5 sudu besar gula kastar
1/2 sudu besar shortening
1/2 sudu besar softener
1 sudu teh double action
1 sudu teh yis kering
250 ml air
BAHAN INTI :
150 gram kacang merah (rebus sehingga empuk)
115 gram gula kasar (mengikut cita rasa)
115 gram minyak jagung
CARA MEMBUAT INTINYA :
1. Kacang merah direndam terlebih dahulu.
2. Rebus sehingga empuk dan kembang.pastikan air
ada sedikit biar kan sejuk.kisar hingga halus.
3. Masukkan ke dalam kuali,campur kan dengan gula dan minyak jagung.
4. Kacau hingga berkilat.sejukkan.
CARA MEMBUAT PAU :
1. Campurkan kesemua bahan A dan uli sehingga
lembut dan tidak melekat pada tangan.
2. Timbang adunan setiap satu seberat 50 gram.
3. Bulat kan adunan sehingga licin permukaan nya.
4. Masukkan sedikit inti dan bulatkan kembali.
5. Alas kan pau dengan kertas putih.
biarkan adunan selama setengah jam.
6. Kukus sehingga masak lebih kurang 15 minit.
Wednesday
KUIH LAPIS KACANG HIJAU
BAHAN BAHAN :
1 1/2 cawan gula
6 cawan air
1 1/2 cawan santan pekat
75 gram tepung kacang hijau
85 gram (1 peket) tepung hoen kwe
100 gran tepung ubi kayu
150 gram tepung gandum
3 helai daun pandan pewarna hijau dan kuning
CARA MEMBUAT NYA :
1. Masak dua cawan air bersama gula,garam
dan daun pandan hingga mendidih,masukkan santan
pekat dan biarkan seketika sahaja.
2. Angkat dan tuangkan 4 cawan air lagi ke dalam
adunan agar dia menjadi suam.masukkan ke dalam pengisar.
3. Campurkan kesemua tepung,tuang ke dalalm
pengisar yang berisi santan masak tadi.
4. Bancuh seketika dengan pengisar tadi dan keluarkan.
bahagikan kepada 2 bahagian.satu bahagian di wanakan
hijau manakala satu lagi di warnakan kuning telur.
5. Dengan api yang kuat, didihkan air pengukus.
sapukan loyang dengan minyak dan taburkan sedikit tepung
panaskan seketika loyang.
6. Tuang 3 senduk adunan warna hijau,kukus selama 3 minit.
7. Setelah lapis hijau masak, tuang pula adunan kuning
sebanyak 1 1/2 senduk,kukus tiga minit.bila masak
tuang pula adunan hijau sebanyak 1 1/2 senduk.
8. Lakukan proses ini sehingga habis tetapi untuk lapisan terakhir
tuangkan adunan sebanyak 3 senduk.
9. kukus sehingga masak.
KUIH LAPIS KACANG HIJAU
hari ni mama saja je buat kuih banyak..nk sedekah kt jiran2 mama..diorang dapat juga rasa kuih buatan mama walaupun mama ni sibuk sangat menjahit..tak cukup tangan..al maklum la..tempahan banyak..takot tak sempat plak pelanggan 2 mama pakai baju raya baru.. so buat jiran2 mama..selamat menjamu selera la ye..
Tuesday
KUIH KERIA
BAHAN - BAHANNYA :-)
500 gram ubi keledek putih
60 gm tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air
minyak masak untuk menggoreng
CARA MENYEDIKANNYA :-)
1. Rebus ubi keledek hingga empok.
2. Kemudian lenyek ubi tadi hingga halus.
3. Masukkan tepung gandum. Gaul hingga sebati.
4. Buat bentuk gegelang satu persatu hingga habis.
5. Goreng dengan minyak dengan api yang pelahan
sehingga kekuningan atau hingga masak. (toskan)
6. Masak gula pasir dengan 1/4 cawan air
hingga pekat atau air gula nampak berbuih2.
( Padamkan api )
7. Masukkan kuih tadi, kacau pelahan2 hingga air
gula tadi bersalut pada kuih dan terus kacau
hingga air gula kering.
Siap untuk dihidang..
Sunday
ROTI BERSOSEJ
(sumber dari cik mat..)
Roti bersosej
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
60 g gula halus
1 camca teh garam (mama guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air 30 g mentega
Sosej secukupnya (mama guna sosej "Ayamas"= 14 batang)
2 keping keju cheesedale, dipotong kepada 14 bahagian sama besar
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-
1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej.
2. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega
dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut,
kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit).
3. Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling.
4. Biar naik 1 jam.
KAEDAH LAIN :-
1. Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker
pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
2. Sosej dicelur dan sejukkan, dibelah tengahnya buat macam poket dan
masukkan1 potongan keju tadi, buat hingga siap. Canai doh dan potong
supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang.
4. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega.
5. Buat hingga habis.
6. Biarkan 45 minit sehingga doh naik.
7. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven
pada suhu 180C selama 17 - 20 minit.
8. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
amboi sedap nya..lembut dan gebu ja..
roti ni kali pertama mama buat..menjadi pulak tu..len kali mama akan buat sarapan ank2..tak gadoh nak beli kat luar..
roti ni jadi kegemaran anak2 mama..kalau pegi ke care4 roti ni la yang anak2 mama selalu ambil..buat sarapan pagi diorang..
ROTI
ni roti kosong ja..mama buat untuk abah..sebab abah tak makan roti bersosej..al maklum la orang dulu2 mana penah kenal makanan2 segera nii..
MUSIM BUAH
buah langsat..
mama baru balik dari market..geram tengok buah langsat,banyak..mama panjat la pokok langsat belakang rumah mak..dengan tak sempat nk tukaq baju..lantak la..janji mama boleh naik turun pokok tu..
Saturday
SABTU 5.9.2009 BIRTHDAY MAMA
hri ni mama suami ngan anak2 buka puasa kat luar..kt kfc..sbb hari ni birthday mama..hubby saja bwk kuar.buka puasa di luar..nk smbut birthday mama ktanya..mama ikut ja.
alhamdullilah..dh waktu berbuka..mama makan dulu ye..
lepas panas kuali kita tmbah kan sos 2 3 sudu ye puan2..kalau tambah 2 3 botol sos lagi afdal..
menambah selera suami dan anak2..hehehehe
pedas!!pedas!!mna air..air..!!
mama shoru dulu..hehehe
berseleranya makan..sampai tak sedar anak mama tangkap gmbaq..
adegan romantik mama dan hubby..
alo ai..makan tu cuba la cermat2 sikit..ni ha..comot habis aih.
saja nk manja2 la tu..nk ambil hati mama..
anak mama yang montel..
Thursday
TEPUNG TALAM PANDAN
BAHAN BAHAN :
BAHAN A :
1 cawan tepung beras (cap teratai)
3 cawan santan
1 cawan gula pasir
sedikit kapur
1/2 cawan air daun pandan
BAHAN B :
5 cawan santan
1 1/2 cawan tepung beras (cap teratai)
garam secukup rasa
CARA MEMBUAT NYA :
1. Bancuh ke semua bahan A sehingga sebati
2. Kemudian bancuh pula ke semua bahan B hingga sebati
3. Sediakan pengukus.panaskan air sehingga mendidih.
panaskan loyang yang telah di sapu minyak sekejap.
4. Tuang bahan A ke dalam loyang.kacau adunan
sehingga pekat.tutup pengukus dan kukus sekejap.
5. Apabila bahan A separuh masak tuangkan bahan B
di atas nya.kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.
Wednesday
Tuesday
SARDINE ROLL.
SUMBER DARI SUEJOSHUA
BAHAN BAHAN
250 gm mentega sejuk
500 gm tepung gandum
1s/t lemak sayur (shortening)
1 s/t garam halus
air sejuk secukupnya untuk menguli
CARA CARANYA
Gaul mentega,lemak sayuran dan tepung hingga menjadi breadcrumbs, masukkan pula garam halus
dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi doh.
Bungkus doh dengan plastik dan simpan doh didalam peti sejuk sementara membuat intinya
BAHAN INTI
1 tin sardin
1 biji bawang besar - dicincang
2 biji cili merah - dicincang
1 biji cili hijau - dicincang
Garam, perasa dan gula
CARA CARANYA
Keluarkan ikan sardin daari tinnya dan ambil ikannya sahaja.
Buang tulang ikan sardin dan masukkan ikan tadi kedalam mangkuk, kemudian masukkan bahan
cincang , sedikit garam , perasa dan gula secukup rasa , gaul rata hancurkan2kan isi ikan tadi hingga
kesemua bahan rata.
CARA MEMBUATNYA
Keluarkan doh dari peti sejuk dan potong menjadi beberapa bahagian.
Ambil satu bahagian doh dan canai nipis dan potong menjadi bentik segiempat tepat , kemudian
masukkan sedikit inti dan bentukkan memanjang , gulungkan.
Buat sehingga habis dan susunkan diatas dulang pembakar yg telah dialaskan dgn kertas minyak
atau sapukan dengan sedikit minyak.
Hiriskan sedikit bahagian atasnya dan sapukan dengan kuning telur.
Bakar pada suhu 175c selama 40 minit.
Sardine roll dah siap menunggu giliran untuk di bakar
Subscribe to:
Posts (Atom)